NUFFNANG

Tuesday 10 September 2013

7 Sebab Mengapa Kristian Semenanjung Tidak Boleh Guna Kalimah Allah

7 Sebab Mengapa Kristian Semenanjung Tidak Boleh Guna Kalimah Allah

Umat Islam harus menunggu selewat-lewatnya Oktober untuk mengetahui keputusan rayuan penggunaan kalimah Allah oleh sebuah organisasi Kristian yang menjalankan dakwah di negara ini dalam Injil Bible berbahasa Melayu. 

Injil berbahasa Melayu yang beredar di Semenanjung / Malaya / Persekutuan Tanah Melayu selama ini  bukanlah baru kerana selama ini ia diimport dari Sabah , Sarawak dan Indonesia. Namun ia jelas budaya yang ditolak oleh penduduk Islam di jalur tanah ini sejak sekian lama apatah pula dengan menggantikan perkataan Tuhan dengan Allah (Tuhan Yang Satu) walaupun jelas yang memperjuangkannya berfahaman Tuhan Bertiga. Ia satu bentuk provokasi jahat, biadap dan penuh keraguan. Takkanlah mahkamah membenarkannya? Tapi siapa sangka.

Berbeza dengan Sabah dan Sarawak yang mana misi pengkristianan pribumi di sana dilakukan oleh kumpulan Kristian yang berpengkalan di Indonesia, penggunaan perkataan Allah di dalam Injil Bible mereka adalah sifat negeri yang  telah ada sebelum tertubuhnya Malaysia lagi.  Tambahan pula Indonesia dengan cemerlang selama 17 tahun mempengaruhi sosiobudaya Sabah dan Sarawak.

Malaya atau Persekutuan Tanah Melayu seharusnya difahamkan sebagai negara yang tidak pernah ditakluk sosiobudayanya oleh Indonesia. Hujah mudah ini wajar menjadi titik tolak bahawa selama ini pun, perkataan Allah di Sabah dan Sarawak tidak pernah menjadi isu dan sudah 50 tahun pun. 

Ini ditambah pula dengan pertimbangan bahawa iktikad mereka tidak baik kerana beberapa fakta seperti :

1. Mencemar persekutuan Malaysia di saat Malaysia menyambut ulangtahun penubuhan yang ke 50. 

2.  Menggunakan titik persamaan untuk menebalkan garis perbezaan 

3. Memprovokasi 63% umat Islam Malaysia yang hampir 90% tinggal di Semenanjung / Malaya / Persekutuan Tanah Melayu dengan membawa masuk elemen di luar konteks sejarah tempatan. Lebih nakal, 90% Kristian di Semenanjung adalah terdiri dari kaum yang masih bertutur bahasa ibunda mereka dan pendidikan vernakular mereka dijaga. 
4. Semenanjung / Malaya / Persekutuan Tanah Melayu tidak pernah 'dijajah' Indonesia kerana Melayu haluan kiri pro-pluralis gagal menguasai sokongan orang Melayu, malah gagal mengasingkan diri mereka dari Blok Timur yang ditokohi antaranya Sukarno. 
5. Semenanjung / Malaya / Persekutuan Tanah Melayu tidak pernah mengiktiraf mana-mana gereja di tanahnya, mencetak Injil Bible berbahasa Melayu. Ia secara adatnya, haram di Malaya dengan fakta penganut Kristian bukan Melayu telah berkitabkan Injil Bible dalam bahasa ibunda masing-masing. 
 6. Ia tidak boleh dan tidak relevan untuk menjadi isu di Semenanjung / Malaya / Persekutuan Tanah Melayu. Maka hak menentukan boleh atau tidak penggunaan kalimah Allah ialah hak rakyat Sarawak dan Sabah sendiri mengikut pertimbangan sejarah sendiri di mana selama ini tidak wujud masalah pun.
7. Kebenaran menggunakan Allah sebagai nama Tuhan Yang Satu untuk semua yang mempercayai keesaanNya tanpa mengira latar belakang kepercayaan hanya  layak dibolehkan SEKIRANYA pengharaman bahasa lain selain BAHASA MELAYU diberlakukan ke atas setiap rakyat Malaysia yakni melalui asimilasi paksaan, kerana tiada kewujudan bahasa lain yang diberi ruang kecuali bahasa Melayu.

Bukankah siapa-siapa pun tahu akan hal ini? Orang Semenanjung nak beli rumah di Sarawak dan Sabah pun secara teknikalnya tak boleh. Apatah lagi dengan fakta berkait sejarah yang jelas. Takkanlah hakim lagi ........ dari orang ramai. harap-harap, tak la..




Rayuan perbicaraan mengenai penggunaan kalimah Allah oleh bukan Islam yang dikemukakan oleh kerajaan akhirnya selesai petang tadi dengan hakim bersepakat menangguhkan sekali lagi buat kali kedua ke satu tarikh yang lain selewat-lewatnya sebelum bulan Oktober. 

Umat Islam seluruh negara sekali lagi terpaksa menunggu keputusan sama ada kalimah Allah ini boleh atau tidak digunakan oleh bukan Islam.


LAGI 11 GAMBAR DI : KULAAN NIRING

source : ipoh malay

No comments: