KERAJAAN PAKATAN HARAM SANGAT ZALIM!!!
Maaf la pembaca sekalian, tak sempat nak update blog hari ini, almaklumlah kita ni bukan blogger upahan jutawan muda kan? Saya nak cerita pasal kes yang berlaku di Kota Damansara, Selangor!
Ya pembaca sekalian, saya nak bercerita pasal kes kenaikan sewa rumah PPRT di Kota Damansara, Selangor, kes ini baru saja berlaku minggu lepas dimana MBPJ telah menaikkan sewa dari rm124 ke rm250!
Kesian saya tengok, ibu-ibu tunggal yang dibebani dengan kenaikan baru ini, ada yang sampai mengalirkan air mata kerana tidak mampu untuk membayar sewa baru itu, sudahlah dalam keadaan harga barang yang semakin meningkat ditambah pula dengan bebanan terbaru ini.
Saya pelik juga, kenapa tiada satu blogger berkebajikan yang amat prihatin terhadap RAKYAT, yang sanggup buat demo dan bikin susah sama peniaga lain ini tidak ambil pusing langsung tentang kes ini!?
Mengapa ya? Hmmmm..oh sebab perkara ini berlaku dalam negeri di bawah pemerintahan Pakatan Gangster bukan? Jadi kesemua bloggers yang begitu prihatin dengan RAKYAT sebelum ini tak ambil 'pot' la, kira tutp sebelah mata la sebab gang maa!
Saya simpati pada semua ibu tunggal dan golongan yang tak mampu membayar sea baru yang tinggi itu, apa nak buat, anda juga yang memilih mereka bukan? Dia bagi air free rm10 pastu depa tibai rm126 dari RAKYAT miskin dan sederhana!
Inilah kerajaan prihatin, berkebajikan, mengambil berat masalah RAKYAT dan pelbagai macam lagi lah! Hebat kan kerajaan Pakatan Gangster ini, mungkin hal ini kecik bagi sesetengah pihak tapi bagi saya ianya amat serius, sebab apa? sebab ianya masalah rakyat!
Tidak kira kecil mana sekali pun masalah yang RAKYAT hadapi kita sebagai kerajaan mesti mencuba sedaya upaya kita untuk menolong, Betul tak? Tambahan pula dengan janji manis tahap kencing manis Pakatan Gangster ini, mereka sepatutnya WALK THE TALK! Bukan bila berkuasa fikir nak jadi kaya je!
Satu demi satu masalah RAKYAT timbul sekarang ini, dari Penang sampai la ke Selangor,! Apa reaksi kerajaan Pakatan Gangster ini? Tak ada apa pun, buat bodh dan lepas tangan je! Inilah manusia durjana yang suatu masa dahulu dok menghina dan mengutuk kerajaan (walau kerajaan di bawah PM sebelum ini layak dihina) tetapi mereka tidak megotakan janji manis mereka!
Lepas tu pulak saya ada terbaca di Sinar Harian (suratkhabar yang disukai pembangkang) di bawah ini:
SHAH ALAM – Penduduk sekitar Shah Alam terutamnya di Seksyen 8, dekat sini mendesak Pengerusi Tetap Kerajaan Tempatan, Kajian dan Penyelidikan Ronnie Liu memohon maaf atas kenyataannya mengenai bir bukan minuman keras seperti yang dilaporkan dalam akbar Sinar Harian, semalam.
Penduduk mendakwa kenyataan Ronnie itu meragukan dan mengguris hati penduduk di bandar raya Shah Alam apabila menyatakan bir bukan minuman keras kerana ia akan mengelirukan penduduk sekitar terutamanya generasi muda.
Seorang penduduk, Mohd Khalil Abu Hassan berkata, kenyataan Ronnie itu mengelirukan dan bakal memberikan implikasi yang buruk kepada generasi muda khususnya remaja Melayu kerana bir adalah minuman yang memabukkan.
“Kenyataan beliau bahawa bir bukan minuman keras mengguris perasaan penduduk sekitar iaitu kira-kira 95 peratus penduduk Melayu berada di sekitar Seksyen 8 dan kenyataannya itu merupakan penghinaan kepada umat Islam.
“Sebagai penduduk, kami berharap beliau akan tampil memohon maaf secara terbuka dan bertanggungjawab terhadap kenyataannya kerana bir adalah minuman keras dan memabukkan dan berharap ‘fatwa’ beliau itu dibersihkan semula demi kebaikan semua pihak,” katanya.
Beliau berkata demikian ketika mengulas kenyataan Ronnie Liu yang mengesahkan kes rampasan bir di sebuah kedai serbaneka di Seksyen 8 salah faham dan memaklumkan bahawa bir tidak dikategorikan sebagai minuman keras kerana kandungan alkoholnya tidak tinggi seperti yang dilaporkan dalam akhbar Sinar Harian, semalam.
Makin lama makin terbongkar kemungkaran Pakatan Gangster ini, cerita ini bukan rekaan tetapi ianya adalah hakikat! Sekarang kita ada dua pilihan, pertama, kita pun macam bloggers pembangkang, tutup mulut dan diam sahaja atau pilihan kedua kita mulakan serangan sekarang terhadapa PAKATAN GANGSTER!
Sekiranya anda ingin berjuang bersama-sama saya dan rakan=rakan yang lain di alam cyber ini untuk bersama-sama menentang Pakatan Gangster, Ayuh! tanpa rasa gentar kita serang mereka dengan lebih dasyat lagi dari sebelum ini, Ayuh kita selamatkan Selangor!
Mana satu pilihan anda?
No comments:
Post a Comment