NUFFNANG

Tuesday 11 August 2009

Gunakan Islam untuk tonjolkan diri : Anwar Pengkhianat Agama, Bangsa dan Negara?

Gunakan Islam untuk tonjolkan diri : Anwar Pengkhianat Agama, Bangsa dan Negara?

Analisis Kumbang..

Beberapa hari lalu Kumbang bersembang dengan penulis blog Sana Sini Gitu Gini dalam satu majlis yang Kumbang hadiri bersama beliau. Kumbang hamparkan persoalan kepada beliau mengapa dan kenapa peristiwa-peristiwa yang seakan-akan berbau perkauman semakin berani dimainkan pihak pembangkang.

Yang terbaru adalah mengenai kenyataan Ketua Pemuda Kebangsaan Parti DAPSY Loke Siew Fook, merangkap Ahli Parlimen Rasah yang disiarkan dilaman blog http://sjsandteam.wordpress.com yang mana beliau mengutuk keras Dr. Mohd. Ridhuan Tee Abdullah, Pengerusi Malaysian Chinese Muslim Association (MACMA) mengenai isu anak luar nikah mendiang Teoh Beng Hock.

Kenyataan yang dibuat Lee adalah dengan menyerang peribadi seorang pendakwah Cina beragama Islam yang sangat dihormati iaitu Dr. Mohd. Ridhuan Tee Abdullah dengan menggunakan bahasa lucah, kesat, biadap dan melampau, menghina agama Islam dengan bahasa kesat, lucah, biadap dan melampau dan menghina ibu bapa, keluarga dan anak-anak Dr. Mohd. Ridhuan Tee.

Klik sini untuk melihat kenyataan akhbar Zulkifi Nordin mengenai perkara ini dan Klik sini untuk melihat senarai isu-isu perkauman lain yang dibawa oleh Pakatan Pembangkang.

Berbalik pada pertanyaan Kumbang kepada penulis blog Sana Sini Gitu Gini iaitu Yeopman. Beliau menjawab semua ini adalah disebabkan oleh seorang pemimpin melayu yang berada di belakang mereka dan menghalalkan segala apa yang dibuat mereka ini walaupun ia melibatkan isu sensitif mengenai bangsa dan agama.

Pemimpin melayu itu tidak lain dan tidak bukan adalah Anwar Ibrahim.

Menurut beliau Anwar Ibrahim sebenarnya tidak berjuang di atas dasar memperjuangkan Islam. Tetapi menggunakan nama Islam kerana ramai pemimpin pelajar di zaman beliau sudah mengisi kuota perjuangan sosialis dan idealogi lain. Beliau memilih Islam sebagai pilihan terakhir untuk menonjolkan diri dan menaikkan nama beliau.

Langkah ini dituruti kemas dengan Anwar yang turut menjadi anak angkat bekas presiden PAS iaitu Yusof Rawa sebagai tiket dan membantu usaha beliau untuk menjadi pemimpin Islam yang disegani. Hakikatnya Anwar Ibrahim bukanlah benar-benar ikhlas memperjuangkan Islam, tetapi Islam hanyalah alat untuk beliau menonjolkan diri dan menjadi popular.

Kejayaan Demontrasi Baling pada tahun 1974 juga adalah disebabkan faktor pengikut PAS yang turut sama menyertai demontrasi itu pada hari ketiga disebabkan Anwar Ibrahim menggunakan gelaran 'Anak Angkat' Yusof Rawa untuk mempengaruhi mereka menyertai demontrasi Baling. Tidak lebih daripada itu demontrasi Baling bukanlah adalah idea dan hasil usaha Anwar tetapi adalah hasil usaha dan idea Hishammuddin Rais dan rakan-rakan Sosialis yang lain. Anwar pada ketika itu hanyalah sekadar menyelit dan menonjolkan diri ketika ramai yang sedang berhimpun dan berlakon bahawa beliaulah kononnya pejuang rakyat.

Kumbang juga pernah membaca majalah Pesona keluaran tahun 1976, yang mengatakan Anwar tidak akan menyertai mana-mana parti politik, terutamanya UMNO kerana kononnya sistem parti itu yang korup dan tidak boleh diperbetulkan. 6 tahun kemudian pada tahun 1982, beliau telah menjilat kembali ludah beliau dengan menyertai UMNO dan kononnya ingin meng'Islam'kan UMNO.Tetapi apa yang terjadi adalah sebaliknya. Setelah merosakkan UMNO selama 17 tahun beliau keluar daripada parti UMNO dan mengutuk kononnya UMNO dirosakkan oleh Tun Mahathir dan pemimpin-pemimpin lain yang korup sedangkan sebenarnya kerosakkan itu dicorakkan beliau.

Sebab itu ramai yang melihat Anwar berjaya sekarang sebagai Ketua Pembangkang kerana beliau berjaya mendedahkan apa yang sebenarnya beliau rosakkan dulu di dalam UMNO.

Disebabkan pendirian Anwar yang hanya menggunakan Islam sebagai alat untuk menonjolkan diri dan beliau sememangnya tidak ikhlas dalam perjuangan serta mementingkan diri diri sendiri.

Kita dapat lihat seorang pemimpin yang dulu sanggup berdemontrasi kerana papan tanda jalan mempunyai tulisan inggeris kini senyap sepi apabila Teresa Kok ingin membuang papan tanda tulisan jawi daripada Bukit Bintang.

Kita juga dapat lihat bagaimana seorang pemimpin yang pernah gah berdiri di mimbar membaca khutbah kononnya sebagai pemimpin Islam dan gerakannya kini senyap sepi apabila ketua Pemuda DAP menggelarkan Islam sebagai 'fucking religion',Ronnie Liu mengatakan beer halal dan Jeff Ooi mengatakan Jemaah Islam Malaysia sebagai pengganas.

Di samping itu kita dapat lihat banyak kaitannya Anwar Ibrahim dengan yahudi dan Amerika dewasa ini. Kerana Anwar sememangnya tidak ikhlas memperjuangkan Islam dan hanya menggunakan Islam sebagai tiket untuk menonjolkan diri dan menaikkan nama beliau.

Adakah ini dikatakan tindakan seorang pejuang agama dan bangsa?
Adakah salah untuk kita gelarkan Anwar sebagai pengkhianat bangsa, agama dan negara?
Berapa ramai lagi pemimpin pembangkang yang berani untuk mengeluarkan kenyataan berunsur perkauman?

Kumbang tinggalkan persoalan di atas untuk sama-sama kita fikirkan, yang pasti pertemuan Kumbang dan Yeopman tempohari dapat mengesahkan lagi Anwar sememangnya seorang Pengkhianat agama ,bangsa dan negara.

Pendapat anda bagaimana tentang isu ini?

ANWAR PENGKHIANAT MELAYU : 2

Isnin, Ogos 10, 2009

SANGGUP JAHIL KERANA POLITIK...

MENTERI Wilayah Persekutuan, Datuk Raja Nong Chik ditegur oleh Ahli Parlimen Titiwangsa, Dr. Lo’ Lo’ kerana didakwa mencampuri urusan hal ejwal agama Islam di Wilayah Persekutuan.

Beliau mendakwa, ia dilakukan melalui surat yang ditandatangani oleh Setiausaha Politik Menteri berkenaan yang dikatakan ditujukan kepada Jabatan Agama Islam Wilayah Persekutuan (JAWI) berhubung penyusunan semula pentadbiran masjid dan surau.

Tidak ke pelik dan jahil bunyinya apabila seorang Menteri beragama Islam, yang jadi Menteri di Wilayah Persekutuan, ditegur kerana mengambil tahu atau mengawal selia pentadbiran masjid yang semuanya dibina dan diselenggara oleh kerajaan?

Sedangkan seorang Exco di Selangor dari golongan ‘kafir harbi’ dengan sewenang-wenangnya campur tangan dalam urusan Jabatan Agama Islam negeri itu dari melaksanakan pengharaman jualan arak tidak diendah dan diambil berat oleh pemimpin kanan Pas.

Kalaupun ada bantahan dan teguran dari pemimpin seperti Dato’ Hassan Ali, sekadar wayang sahaja. Akhirnya terpaksa minggir dan menyepi setelah tidak diendahkan oleh kerajaan Pakatan Kongsi Gelap Selangor yang dikongsi sama pemerintahannya oleh Pas. Kehadhiran Pas dalam pakatan di Selangor bagaikan ‘melukut di tepi gantang’. Masuk tidak menambah, keluar tidak mengurangkan.

Double Standard jenis apa yang cuba ditunjukkan oleh pemimpin Pas ini? Kenapa takut sangat urusan pentadbiran masjid yang dibina oleh kerajaan Umno/BN dikawal selia oleh menterinya?

Kalau Pas hendak sangat menguasai urusan pentadbiran masjid, binalah masjid sendiri. Pihak kerajaan tidak akan melarang kalau mahu berbuat demikian.

Malulah sikit dan cuba sedar diri apa yang sedang berlaku dengan kedudukan agama Islam sekarang ini di negeri yang dikuasai oleh Pakatan Kongsi Gelap Selangor tu.

Kalau tidak silap dan salah, menteri yang ditegur oleh Ahli Jawatankuasa Pusat Pas itu masih beragama Islam dan tidak akan menghalalkan benda-benda haram seperti yang terlarang mengikuit ajaran Islam. Rasanya beliau masih mengucap dua kalimah syahadah, masih bersolat, berpuasa pada bulan Ramadhan, membayar zakat dan fitrah serta menunaikan haji dan umrah ke tanah suci Mekah.

Menteri itu juga diyakini percaya kepada Tuhan, Allah, percaya kepada Rasul, percaya kepada kitab al-Quraan, percaya kepada Malaikat, percaya kepada hari qiamat dan percaya kepada qadha dan qadhar.

Raja Nong Chik bukannya seperti Ronnie Liu yang mengatakan beer itu bukan arak dan Jabatan Agama Islam tidak ada hak melarangnya dijual secara terbuka. Beer dijual sama macam jual air tin 100 plus.

Kepada YB, blog ini ingin berpesan supaya jangan menjahilkan diri kerana taksub dengan fahaman politik sempit yang semakin diketepikan rakyat. Kerana tidak mahu hilang kuasa dan kawalan ke atas masjid dan surau yang sendiri tak pernah terfikir untuk membinanya - cuma tahu merampas dari segi pengurusannya sahaja setelah siap dibina oleh kerajaan Umno/BN, jangan le melatah dan terkial-kial macam cacing kepanasan.

Carilah cara lain nak mengekalkan pengaruh di kalangan penyokong. Jangan peralatkan masjid dan surau dan jangan juga pergunakan agama Islam sebagai landasan untuk meraih kuasa. Islam menyuruh umatnya membuat amal dan kebajikan kerana Allah. Bukan kerana kuasa.

Zaman kegemilangan sedemikian telah berlalu. Rakyat telah sedar siapa Pas dan apa kerja buat Pas selama ini dari segi mensejahterakan rakyat serta mengharmonikan agama Islam.

Islam fahaman mikeme (loghat Perak yg maksudnya ‘suku sakat anda’) cuma nampak salah dan silap orang lain yang dianggap musuh politik sahaja. Sedangkan jika yang terang-terang buat salah itu adalah partner politik untuk berkuasa, semuanya tak apa dan dicari hadis serta ayat suci al-Quraan untuk membetulkan ‘sabdu’.

Kesimpulannya, janganlah ada lagi golongan pemimpin politik Melayu/Islam yang jadi jahil kerana mempertahankan fahaman politik puak untuk mengekalkan kuasa.

Sanasinigitugini: Sering sedih dan hiba mengenagkan perangai pemimpin umat Melayu/Islam yang sanggup mengenepikan kepentingan dan martabat agama suci Islam semata-mata kerana keuntungan politik yang sementara sifatnya.



Bukankah Pakatan Haram Juara Memainkan Isu Perkauman?

Pakatan Haram sudah mula panas. Api perkauman sudah mula membakar parti-parti gabungannya. Kini mereka senada menuduh api perkauman yang melanda Pakatan Haram mungkin ditiup oleh parti-parti lawan dari Barisan Nasional.

Kes terbaru di mana kenyataan Ketua Pemuda Kebangsaan Parti DAPSY Loke Siew Fook, merangkap Ahli Parlimen Rasah yang disiarkan dilaman blog http://sjsandteam.wordpress.com yang mengutuk keras Dr. Mohd. Ridhuan Tee Abdullah, Pengerusi Malaysian Chinese Muslim Association (MACMA) mengenai isu anak luar nikah mendiang Teoh Beng Hock. Laman web berkenaan telahpun diberhentikan sejak pukul 3.00 pagi semalam.

Laman web berkenaan bertindak kurang ajar dan membangkitkan isu perkauman dengan menyiarkan kenyataan Ketua Pemuda Kebangsaan DAPSY ini bertindak melampau, kurang ajar, biadap dan keterlaluan. Penyiaran yang dibuat adalah dengan menyerang peribadi seorang pendakwah Cina beragama Islam yang sangat dihormati iaitu Dr. Mohd. Ridhuan Tee Abdullah dengan menggunakan bahasa lucah, kesat, biadap dan melampau, menghina agama Islam dengan bahasa kesat, lucah, biadap dan melampau dan menghina ibu bapa, keluarga dan anak-anak Dr. Mohd. Ridhuan Tee dengan bahasa kesat, lucah, biadap dan melampau. Walaupun blog berkenaan telah dihentikan, namun kenyataan penuh yang biadab daripada babi ini boleh dibaca di blog YB Zulkifli Nordin, di sini.

Sebelum daripada kes kontroversi ini, terdapat seorang lagi peniup api perkauman, Jeff Ooi, Ahli Parlimen Jelutong dari DAP merangkap Ketua Staf Ketua Menteri Pulau Pinang yang disiarkan di dalam akhbar the Star Ahad lalu di mukasurat N12, atas kebiadapannya menuduh Jemaah Islah Malaysia (JIM) sebagai ekstremis agama. Walaupun Jeff Ooi telah menarik balik kenyataan itu (lihat di sini) tetapi kenapakah beliau tidak memohon maaf secara terbuka kepada badan berkenaan termasuk Ahli Majlis Kerajaan Tempatan Pulau Pinang dari PKR, Mohd Razali Abdullah.

Ahli Parlimen dari PKR Rakyat Kulim Bandar Bahru, Zulkifli Nordin juga dikatakan mengutuk sekeras-kerasnya tohmahan dan dakwaan yang disifatkan terlalu dangkal kerana keangkuhan yang melampau. Pendapat YB Zulkifli bahawa Jemaah Islah Malaysia adalah sebuah badan NGO berteraskan Islam yang menjadi badan naungan beribu-ribu pelajar Muslim Malaysia terutamanya yang belajar di luar negeri. JIM tidak ada kena mengena dengan Kumpulan JI yang difitnah dan ditohmah sebagai sebuah badan teroris oleh Barat.

Kalau benar Jeff Ooi telah menuduh seseorang Muslim sebagai ekstremis kerana bercita-cita untuk membentuk Malaysia sebagai sebuah negara yang melaksanakan undang-undang Islam sepenuhnya, maka itu adalah satu tuduhan tidak wajar. Mungkin kerana kedangkalannya dalam memahami agama Islam itu sendiri, yang menjadi kewajipan parti rakan-rakan gabungan untuk menjelaskannya.

Begitu juga dengan apa yang berlaku di Selangor isu penjualan arak yang menyebabkan PAS Selangor mendesak supaya kerajaan negeri Selangor memberhentikan Exco Kerajaan Tempatan, Ronnie Liu dari DAP, ekoran campur tangan ahli politik berkenaan di dalam isu jual arak di negeri itu. Sehinggakan beliau boleh mengeluarkan fatwa "beer" bukanlah minuman haram dan pengikut-pengikut PAS menjerit "Take beer, Take beer".

Beberapa bulan yang lepas juga kita dikejutkan dengan mainan politik perkauman oleh DAP Kedah yang memainkan isu merobohkan pusat penyembelihan babi di Kedah sebagai satu lagi isu perkauman. Walaupun Kerajaan Pas Kedah tidak akur dengan desakan tersebut, kita boleh melihat ke mana arah yang ingin di bawa oleh DAP mengenai hala tuju politik mereka.

Siapakah yang lebih memainkan isu perkauman? Pakatan Haramkah atau Barisan Nasional? Sayangnya, PKR dan PAS hanyalah boneka untuk tunggangan DAP. Di manakah suara ahli-ahli PAS dan PKR yang berugama Islam? Adakah mereka tidak mempunyai keprihatinan mengenai isu-isu di atas? Adakah suara mereka hanyalah seperti anjing yang menyalak bukit? (lihat di sini) Siapa kata pemimpin de facto Pakatan Haram, Anwar "The Drama King" Ibrahim bukan pembelot bangsa Melayu dan Islam. Sudah terang lagi bersuluh.


BIADAPNYA PEMUDA DAP

06 August 2009

(Gambar laman web tersebut "THE MIGHT OF THE PEN")


Salam 2 all.

KENYATAAN AKHBAR

ZULKIFLI BIN NOORDIN

Khamis 15 Sya'ban 1430 / 06 Ogos 2009

Saya merujuk kepada kenyataan Ketua Pemuda Kebangsaan Parti DAPSY YB Loke Siew Fook, merangkap Ahli Parlimen Rasah yang disiarkan dilaman blog http://sjsandteam.wordpress.com yang mengutuk keras Dr. Mohd. Ridhuan Tee Abdullah, Pengerusi Malaysian Chinese Muslim Associattion (MACMA) mengenai isu anak luar nikah mendiang Teoh Beng Hock.

Disaat umat Islam menyambut hari mulia Nisfu Sya'ban, Ketua Pemuda DAP ini memilih untuk berkonfrontasi dan menyerang seorang tokoh pendakwah Islam. Dr. Mohd. Ridhuan Tee dalam tulisannya mempertikaikan langkah menghalalkan "anak luar nikah" yang didakwa kepunyaan mendiang Teoh Beng Hock dengan tunangnya.

Saya tidak pasti apakah menjadi dasar DAP menghalalkan perhubungan luar nikah dan "menghalalkan" anak luar nikah. Kita memang bersimpati dengan nasib yang menimpa mendiang Teoh, malahan ahli PAS dan juga PKR yang beragama Islam antara kumpulan yang banyak terlibat dalam demo atau bantahan terhadap kematian mendiang Teoh. Saya sendiri antara Ahli Parlimen beragama Islam yang paling awal yang mendesak supaya siasatan segera dibuat atas kematian mendiang Teoh. Malahan Naib Presiden PAS YB Dato' Seri Nizar sehingga sanggup bersama menyalakan lilin dalam "candlelite vigil" memperingati mendiang Teoh.
Tetapi isu menghalalkan anak luar nikah adalah satu isu lain. Ramai dikalangan masyarakat Cina yang ditemui menyatakan tidak bersetuju dengan cadangan itu, kerana seolah-olah memberi gambaran masyarakat Cina yang ramainya penganut agama Buddha dan Kristian meredhai perbuatan mengadakan seks dan mengandung sebelum berkahwin.

Pemuda DAP sepatutnya tidak bertindak menurut emosi dan kelabu dengan isu dihadapan kita. Dalam isu kematian mendiang Teoh, kita semua bersetuju satu siasatan telus dan adil perlu dibuat untuk mencari sebab-musabab kematiannya. Malahan satu inkues perundangan sudah pun dimulakan di Mahkamah Majistret Kuala Lumpur, dengan Suruhanjaya DiRaja akan ditubuhkan sebaik sahaja inkues tersebut selesai dijalankan. Tetapi dalam isu beliau menjalin hubungan seks sebelum berkahwin dan mengandungkan tunangnya, itu satu isu yang lain.

Dr. Mohd Ridhuan Tee Abdullah berhak untuk menyatakan pendapatnya. Beliau adalah seorang berbangsa Cina, sudah tentu beliau juga tahu adat resam dan budaya masyarakat Cina.

Apakah Pemuda DAP tidak boleh menerima perbezaan pendapat? Apakah kita semua mesti sentiasa menari gendang yang dipalu oleh DAP? Sesiapa yang tidak bersetuju dengan DAP menjadi musuh yang mesti dikutuk dan diserang?

Apa yang kesal laman tersebut menyiarkan komen yang menggunakan bahasa kesat, cabul, mencarut dan biadap terhadap Dr. Mohd. Ridhuan. Apa yang lebih biadap dan kurang ajar ialah mereka juga menyerang agama Islam, bangsa Melayu dan mereka yang convert atau memeluk agama Islam. (Untuk membaca lebih terperinci sila layari laman web tersebut). Berikut adalah contoh bahasa yang diguna saperti:

"Who is this bastard of a Mohd. Ridhuan"
(siapa anak haram Mohd. Ridhuan ini);

"What sort of fucking Dr. r u"
(Dr pu... apa awak ni);

"Has everything be reduced to your fucking religion (iaitu Islam)"
(Apakah semua mesti menurut agama (iaitu Islam) pu... awak itu);

"R your parents still alive mohd ? If they r not, their bones must be rattling in their graves,if they r they must be hiding in shame to know that a son they brought into the world is now considered a bastard by every non muslim n also by real muslims"
(Apakah ibubapa kamu masih hidup Muhammad? Kalau sudah mati, sudah tentu tulang mereka berantakan didalam kubor, kalau masih hidup, tentu mereka bersembunyi dengan penuh malu yang anak lelaki yang mereka lahirkan dianggap anak haram oleh setiap bukan Islam dan Muslim);

"They would b happier now if they had flushed u down the toilet when u were born".
(Sudah tentu mereka (iaitu ibubapa Dr. Ridhuan) akan bergembira kini jika mereka mengepam awak (Dr. Ridhuan) kedalam lubang tandas semasa dilahirkan);

"U have tainted your family with your stupidity for monetary gain. Your conversion was not through conviction, it was with an ulterior motive".
(Awak telah mencemar nama keluarga awak kerana kebodohan mendapatkan habuan duniawi. Kemasukan awak kepada Islam bukan kerana keyakinan, tetapi kerana niat tidak baik);

"As for your children they won’t be carrying your name. They will be ahmad bin abdullah or something akin to that. 2 generations down they will be saying “I don’t know who the fuck my grandfather is. He was an arsehole who brought shame to the family”. They will be like bastards who can’t trace a family history".
(Bagi anak-anak awak pula, mereka tidak akan mewarisi nama awak. Mereka akan menjadi ahmad bin abdullah atau yang sewaktu dengannya. Dua generasi lepas itu mereka akan berkata, "saya tidak tahu siapa pu... datuk saya. Beliau adalah pu... yang telah memalukan keluarga". Mereka akan menjadi saperti anak haram yang tidak dapat mengesan salasilah keluarga mereka).

"If u can be the president of the chinese muslim association I shudder to think what the other chinese muslims r like………? Thieves, robbers, criminals or some other unsavoury characters".
(Kalau awak (Dr. Ridhuan) boleh menjadi presiden Persatuan Muslim Cina, saya tidak tahu apa jenis cina muslim yang ada......?Pencuri, perompak, penjenayah atau penyangak).

Adalah jelas laman web yang menyiarkan kenyataan Ketua Pemuda Kebangsaan DAPSY ini bertindak melampau, kurang ajar, biadap dan keterlaluan.

Penyiaran yang dibuat:
1. menyerang peribadi seorang pendakwah Cina beragama Islam yang sangat dihormati iaitu Dr. Mohd. Ridhuan Tee Abdullah dengan menggunakan bahasa lucah, kesat, biadap dan melampau;

2. menghina agama Islam dengan bahasa kesat, lucah, biadap dan melampau;

3. menghina ibu bapa, keluarga dan anak-anak Dr. Mohd. Ridhuan Tee dengan bahasa kesat, lucah, biadap dan melampau;

4. menghina agama Islam dan mereka yang memilihIslam seolah-olah keturunan semua mereka yang memeluk Islam saperti anak haram yang tidak mengenal salasilah dan keturunan keluarganya;

5. menghina kaum Cina yang memilih memeluk Islam sebagai pencuri, penjenayah, perompak dan penyangak.

Saya mengutuk dengan kutukan yang paling keras dan dengan bahasa yang paling tegas terhadap laman web tersebut. Apakah mereka berasa saperti cengkadak naik ke junjong; sudah tidak mengerti adab susila dan kesopanan ketimuran? Apakah mereka merasakan mereka golongan yang hebat dan "untouchables", sehingga orang lain tidak boleh berbeza pendapat dengan mereka.

Tindakan laman web tersebut sudah pasti akan menimbulkan kemarahan umat Islam dan akan mencetuskan ketegangan agama.

Saya dengan ini mendesak:
1. Ketua Pemuda DAPSY YB Loke Siew Foke dan Pemuda DAP meminta maaf kepada Dr. Mohd. Ridhuan Tee khususnya dan umat Islam umumnya;

2. pengendali laman web www.sjsandteam.wordpress hendaklah meminta maaf secara terbuka kepada Dr. Mohd. Ridhuan Tee Abdullah khususnya dan umat Islam umumnya;

3. penulisan dan komen bertajuk"Ridhuan Tee must apologize to Teoh Beng Hock's family" hendaklah ditarik balik;

4. Pihak polis hendaklah menyiasat segera kenyataan tersebut serta pengendali web berkenaan menurut peruntukkan undang-undang sedia ada saperti Akta Hasutan dan Seksyen 298A Kanun Kesiksaan;

5. Jika didapati ada kes, pihak Peguam Negara hendaklah dengan segera mengenakan pendakwaan jenayah terhadap mereka yang berkaitan;

6. Suruhanjaya Multimedia dan pihak berkuasa yang berkaitan hendaklah membatalkan laman web tersebut;

Sekian wassalam.

ZULKIFLI BIN NOORDIN
Khamis
15 Sya'ban 1430 / 06 Ogos 2009

**************************************************************************************
RIDHUAN TEE MUST APOLOGIZE TO TEOH BENG HOCK'S FAMILY;
WARNS DAP MP

Loke Siew Fook DAP Socialist Youth (DAPSY) National Chairman and MP for Rasah 4 August 2009

It is sickening to see that a person with supposedly strong academic credentials and high religious stature can produce such cruel and heartless remarks over the issue of Teoh Beng Hock’s unborn child.

By twisting a dreadful tragedy with his zealous agenda against “bastard children” in his Utusan Malaysia article, Dr. Mohd Ridhuan, the vice-president of the Malaysian Chinese Muslim Association, has caused immense emotional damage to Teoh’s family.

Whatever superficial sympathy Dr. Mohd Ridhuan has for Teoh’s family is lost when he chooses to harp on the status of the child, whom he labels as an illegitimate child. Dr. Mohd Ridhuan has also compared Teoh’s child to the children of “Malay-Muslim girls who have sex with Muslim or non-Muslim partners with or without consent”, who are born without taking their father’s names.

By comparing, with blatantly racist language, an unborn child of an engaged couple who is painfully separated by the fiance’s mysterious death, to children who are results of unplanned conception, Dr Mohd Ridhuan has shown everyone how low he can go to hurt other human beings with broken logic.

As if that wasn’t enough, Dr. Mohd Ridhuan produced another hurtful article to slam his critics, labelling two Chinese language dailies – China Press and Nanyang Siang Pau – as racist, for highlighting his own racist outbursts. You can’t get more hypocritical than that.

DAPSY condemns in the strongest possible terms, the decision by Dr. Mohd Ridhuan to produce such insensitive, racist, zealous and hypocritical writings and the decision by Utusan Malaysia to publish them. DAPSY calls on Dr. Mohd Ridhuan to immediately apologize to Teoh’s family and to China Press and Nanyang Siang Pau, for all they have done is to reveal and reject his nasty character.

-------------------------------------------

No comments: