NUFFNANG

Monday 10 February 2014

ORANG PAS HARAP BACA ! BEKAS PEGAWAI KHAS ANWAR Nathaniel Tan Hairan PAS Rela Terus Dibuli Anwar

Nathaniel Tan Hairan PAS Rela Terus Dibuli Anwar

AIDCNews –  Bekas pegawai khas Datuk Seri Anwar Ibrahim, Nathaniel Tan (Nat) hairan kenapakah PAS merelakan partinya dibuli PKR berkaitan isu Pilihanraya Kecil (PRK) Dewan Undangan Negeri (DUN) Kajang, sedangkan dalam konteks Selangor parti itu lebih dominan.

“Nampaknya PAS telah dibahagikan. Ketua Pemuda yang baharu dipilih mengambil pendirian keras (menentang pencalonan Anwar sebagai Menteri Besar), yang boleh saya hargai, manakala pemimpin-pemimpin (PAS) selebihnya mungkin sekali lagi (merelakan diri mereka) dibuli (untuk “gambaran besar”) dengan mengambil peranan pasif.
“Mengapa mereka (PAS) terus membiarkan PKR melakukan perkara ini kepada mereka? Saya kurang faham,” katanya.
Nat bertanda bulat
Nat yang juga bekas Setiausaha Anwar untuk Foundation For The Future dalam tulisannya di Malaysiakini, 30 Jan.
Laman sosial pro ulama PAS, El Haraki menyiarkan pendedahan Dr Mohd Abd Rahman Kajani berkaitan Projek Kajang (Kajang Move).
“Projek Kajang digerakkan oleh Anwar dengan matlamat menjatuhkan Khalid Ibrahim sebagai MB. Walaupun pelbagai alasan dan hujah direka oleh Rafizi bagi mewajarkan PRK Kajang hakikatnya tetap satu iaitu menurunkan Khalid daripada jawatan MB Selangor.
“Rafizi boleh berhujah kononnya “gerak kajang penentu kejayaan menawan putrajaya” tapi hakikatnya ialah pintu kepada kemusnahan PR dan hancurnya impian PR ke Putrajaya< " dedah Dr Mohd Abd Rahman.
Menurutnya perancangan menjatuhkan Tan Sri Khalid Ibrahim sebagai Menteri Besar Selangor dilakukan dalam mesyuarat Biro Politik PKR beberapa minggu lalu.
Rentetan itu, Anwar bersama dengan satu kumpulan yang dianggotai Rafizi Ramli, Rahim Ghouse dan Saifudin Nasution telah memikirkan cara untuk menjayakan perancangan tersebut.
"Maka dikemukakan idea perletakan jawatan ADUN Kajang untuk Anwar bertanding seterusnya menjadi MB. Idea itu dilaksanakan tanpa memaklumkan dan dibincangkan dengan lumat oleh jawatankuasa tertinggi PKR atau PAS atau DAP atau PR.
"Tidakkah keputusan ini dan sebegini bersifat sebelah pihak dan jahat dengan mengabaikan rakan sekutu dalam PR? Adakah Tan Sri Khalid menjadi MB mewakili PKR atau mewakili PR? Cara bertindak sebegini dalam membuat keputusan besar bakal menghancurkan Pakatan Rakyat jika mendapat kuasa lebih besar lagi iaitu Putrajaya," soalnya.
Menurutnya lagi, PAS hanya dimaklumkan keputusan mengosongkan DUN Kajang itu pada Ahad malam Isnin, 26 Jan 2014.
"Pimpinan PAS membantah dan minta dimesyuaratkan dulu. Seterusnya dikatakan PAS bermesyuarat untuk membuat keputusan pada petang Isnin 27hb, namun Speaker DUN Selangor telah mengisytiharkan kekosongan kerusi DUN Kajang di saat PAS sedang berbincang.
"Tidakkah tindakan ini membelakangi konsep musyawarah dan muafakat yang sepatut menjadi amalan semua rakan Pakatan?," soalnya lagi.
El Haraki turut menyiarkan pendapat ahli PAS Kajang, Puan Wan Nazihah Wan Ismail yang kecewa dengan kenyataan angkuh Rafizi Ramli.
“Saya ada membaca ulasan Saudara Rafizi dalam portal malaysiakini yang bertajuk ” kalau ini permainan PKR, tolaklah kami. ”
“Sebagai salah seorang muslimat penyokong PAS di DUN Kajang, saya secara peribadinya sebagai pengundi di DUN Kajang berasa tergamam dan terkejut dengan tajuk portal berita tersebut.
“Seolah-olah kami penyokong PAS (dan juga seluruh pengundi DUN Kajang) boleh diugut dan dicabar secara terbuka oleh seorang pemimpin politik.
“Tidak pernah saya sepanjang menjadi pengundi di DUN Kajang ini dicabar sedemikian rupa oleh mana-mana tokoh politik sebelum ini. Kalau itu saudara Rafizi mahukan … saya sahut cabaran beliau !,”katanya

source : aidc

No comments: