MB Selangor patut diputuskan oleh Majlis Tertinggi Pakatan Rakyat
KUALA LUMPUR: Perkara mengenai menteri besar Selangor patut dibincang dan diputuskan oleh Majlis Tertinggi Pakatan Rakyat, sebelum sesiapa mahu membayangkan dirinya menteri besar, kata Ketua Dewan Pemuda PAS, Suhaizan Kayat.
Beliau berkata tindakan Ketua Pembangkang Datuk Seri Anwar Ibrahim membayangkan dirinya mungkin menjadi menteri besar Selangor jika menang Pilihan Raya Kecil kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) Kajang 23 Mac depan, dilihat sebagai suatu yang tidak wajar.
(Malah) Tindakan Anwar itu dilihat seperti tidak menghormati menteri besar sedia ada, kata Suhaizan.
"Ia seakan tidak enak didengar, biarlah Abdul Khalid menjadi Menteri Besar dan tidak perlu ada orang cakap mahu menggantikannya sehingga perkara itu dibincang dan diputuskan secara bersama dalam Pakatan Rakyat," katanya ketika dihubungi Bernama di sini hari ini. - BERNAMA
source : bh
No comments:
Post a Comment