NUFFNANG

Monday 10 February 2014

DULU SALAH UMNO... SEKARANG SALAH SITI NURHALIZA PULAK ! TERKINI ! @TERESAKOK KAITKAN VIDEO KONTROVERSI DENGAN PENYANYI @CTNURHALIZA11 PULA !!

TERKINI ! @TERESAKOK KAITKAN VIDEO KONTROVERSI DENGAN PENYANYI @CTNURHALIZA11 PULA !!

Kita tentu mual dengan jawapan Tersa Kok tentang video biadap yang memburuk-burukkan serta menjejaskan nama kerajaan negara.




Pertama, Teresa Kok mengaku tidak mengenali pelakon-pelakon video beliau.
"Saya memang tidak mengenali seorang pelakon mahupun hos dalam program tersebut jadi jangan susahkan pelakon itu. Bagi pelakon, mereka boleh suka-suka hati (berlakon) apa-apa jenis program dan mereka tidak harus diseksa sebegini," katanya. seterusnya
Sebelum ini, RTM telah menarik balik sekatan mereka terhadap Program Kopitiam 88 yang dihentikan sementara sebagai menyiasat penglibatan artis dalam video klip Tahun Baru Cina beliau.

Kedua ialah putar belit ahli politik DAP itu :
"RTM harus memainkan peranan sebagai satu badan satu badankomunikasi yang natural dan tidak berpihak kepada sesiapa.
Isunya bukan 'berpihak kepada sesiapa' tetapi RTM adalah agensi siaran kerajaan yang sudah tentu akan mempertahankan imej kerajaan daripada diperkotak-katikkan oleh pihak-pihak yang tidak bertanggungjawab.  

Ketiga ialah putar belit Teresa Kok yang cuba mengaitkan tindakan RTM itu dengan perkauman, satu eksploitasi yang sering diapi-apikan oleh parti DAP untuk memburuk-burukkan kerjaan BN dan parti UMNO.

Omongan beliau :
"Saya ingin menyeru supaya RTM menghentikan diskriminasi terhadap program bahasa Tiong Hwa dalam program Kopitiam 88 kerana saya tidak kenal mana-mana pelakon kopitiam 88.
Isunya bukan 'diskriminasi terhadap program bahasa Tiong Hwa' tetapi tindakan pelakon yang didakwa bersekongkol dengan Teresa Kok di dalam video biadap DAP itu. Dan sebelum ini, kita tidak pernah mendengar pihak RTM 'mendiskriminasikan' mana-mana rancangan bukan Melayu.

Dan jika tiada pelakon Kopitiam 88 yang terlibat, MiM pasti RTM akan meneruskan program tersebut untuk hiburan kaum Cina di negara ini tanpa 'diskriminasi' atau 'perkauman'.

Tuduhan Teresa Kok ini sangat berat dan bersifat pembohongan dan sengaja mengada-adakan cerita untuk memburuk-burukkan nama RTM? Dan sebelum ini pun, kepimpinan Pakatan pembangkang telah giat cuba mencemarkan nama baik RTM.

Malah tindakan Teresa Kok yang mengaitkan nama Siti Nurhaliza juga merupakan satu alasan kurang cerdik seorang pemimpin tertinggi parti DAP.
"Siti Nurhaliza sings at a lot of BN (Barisan Nasionalfunctions but sometimes she also sings at functions of Selangor GLCs... this is aprofessional career, so why make things difficult for those suspected of being ‘stars’ in my video?"
MiM tidak mahu menuduh Teresa Kok seorang yang bodoh tetapi kenyataan beliau itu seolah-olah menunjukkan sikap demikian. Siti Nurhaliza hanya menyanyi untuk menghiburkan orang ramai tetapi penyanyi tersebut tidak mencampur adukkan konsert beliau dengan memburuk-burukkan BN mahu pun Pakatan pembangkang tidak seperti video DAP itu.

Takkanlah perbezaan fundamental ini tidak dapat dibezakan oleh Teresa Kok ?

Come on la auntie......  

Media melaporkan :
Sitkom 88 Kopitiam yang bersiaran di saluran RTM dihentikan sementara bagi menyiasat kesahihan dakwaan pembabitan pelakonnya dalam klip video yang dikatakan mencemar imej negara. 
Selain itu, RTM turut akan memanggil penerbit rancangan berkenaan dalam masa terdekat untuk mengesahkan pembabitan pelakon tersebut. 
RTM akan mengkaji mana-mana rancangan yang mengaitkan pelakonnya dengan aktiviti yang memburuk-burukkan nama dan imej negara. 
Video yang disiarkan melalui media sosial sempena Tahun Baharu Cina itu membabitkan Anggota Parlimen Seputeh Teresa Kok. 
Sitkom 88 Kopitiam disiarkan menerusi TV2 pada setiap Isnin, pukul 7 malam dan mengetengahkan isi-isu semasa dalam kalangan masyarakat Cina berlatarkan kopitiam dengan konsep komedi bersahaja.seterusnya

source : dr mim 

No comments: