NUFFNANG

Thursday 6 February 2014

Blog Kristian : PAS Hanya Segerombolan Tentera Katak Hijau

Blog Kristian : PAS Hanya Segerombolan Tentera Katak Hijau

AIDCNews – 6/2/14 – Blog Kristian, christianunited4malaysia (CU4M) mengambarkan PAS hanyalah segerombolan tentera katak hijau, salah satu parti politik di Malaysia.
Gelaran itu diberi dalam artikel bertajuk “The Malaysian Crusade: The Rise Of The Green Frog Army.”
Berbeza dengan Ketua pembangkang, Datuk Seri Anwar Ibrahim, gelaran yang diberikan oleh CU4M adalah ‘Pejuang Kebebasan.’
“Kami di CU4M mendapat berita bahawa Parti Islam Se-Malaysia akan bertanding di Dun Kajang. Apakah natijahnya pihak PAS ingin melakukan perkara tersebut. Adakah ianya untuk menyekat kebebasan yang akan pasti dibawa oleh Anwar Ibrahim di dalam negeri Selangor ini?
“Kami ingin mengingatkan pihak PAS bahawa PAS tidak mampu untuk menjaga kebajikan rakyat Selangor. Kononya sebagai parti bumiputera terkuat di dalam Pakatan Rakyat, PAS harus sedar bahawa mereka tidak mampu untuk melaksanakan apa yang diperlukan oleh rakyat Selangor. Sebab itulah mereka gagal dalam usaha untuk memgang tampuk pemerintahan negeri tersebut. Jika mereka yang terkuat, maka kenapa tiada seorang pun diantara mereka yang memantau pergerakan JAIS semasa mereka menindas orang Kristian di Selangor?
“Amaran kepada PAS. Jika mereka menguji kekuatan kami, mereka akan GAGAL.
“Anwar Ibrahim For Kajang!,” kata blog itu dalam artikel bertajuk “Jika PAS bertanding lawan Anwar Ibrahim di Kajang, Tempat PAS adalah sehina UMNO.”
source : aidc

No comments: