NUFFNANG

Thursday, 6 February 2014

AMARAN ORANG KRISTIAN KEPADA PAS, KALAU BERANI BUAT LAH!

AMARAN ORANG KRISTIAN KEPADA PAS, KALAU BERANI BUAT LAH!


Laman blog Kristian Katolik Malaysia 
iaitu christianunited4malaysia.blogspot.com menulis artikel berbaur amaran 
kepada Pas yang merupakan parti di dalam Pakatan Rakyat dan juga parti 
yang mempunyai banyak kerusi dalam Dun Selangor.
Satu artikel bertajuk “Jika PAS bertanding lawan Anwar Ibrahim di Kajang, 
tempat PAS adalah sehina UMNO”.
Agaknya laman blog ini terlupa bahawa PAS memiliki kerusi yang banyak 
sama dengan parti DAP iaitu 15 kerusi berbanding PKR di Selangor, 
PAS sepatutnya lebih layak dalam hal menjawat jawatan Menteri Besar.

Menurut artikel itu, pihak laman blog itu mendapat berita bahawa PAS 
ingin bertanding melawan Anwar di Kajang.

“Kami ingin mengingatkan pihak PAS bahawa PAS tidak mampu untuk 
menjaga kebajikan rakyat Selangor. Kononnya sebagai parti bumiputera 
terkuat di dalam Pakatan Rakyat, PAS harus sedar mereka tidak 
mampu melaksanakan apa yang diperlukan oleh rakyat Selangor,” menurut 
artikel itu.
Ulasan pendek : Kasihan PAS, dihina, terhina, diugut tiada siapa 
berani menjawab Amaran orang Kristian di atas...

source : mymassa

No comments: