NUFFNANG

Monday, 20 January 2014

TERKINI ! BERITA DI SEBALIK ANWAR DILARANG MASUK KE JEPUN !!

TERKINI ! BERITA DI SEBALIK ANWAR DILARANG MASUK KE JEPUN !!

Selain daripada isu Anwar Ibrahim dilarang masuk ke negara Jepun menjadi bahan jenaka dan viral di dalam media alternatif, sebab sebenar beliau dilarang masuk ke negara itu terus menjadi persoalan besar.




Anwar Ibrahim mendakwa beliau telah mengunjungi Tokyo pada tahun 2006, 2009 dan 2012. Tetapi kali ini, lain pula ceritanya. Apakah yang sebenarnya berlaku pada tahun 2013 sehinggakan pihak Imigresen Jepun menyenarai hitamkan nama Anwar Ibrahim?

Kita sudah tentu mendengar atau membaca kemungkinan-kemungkinannya. Tetapi sudah tentu, ianya bergantung kepada kenyataan rasmi Kementerian Luar Negeri.

Jika kita perhatikan isu-isu yang berlaku pada tahun 2013, terdapat satu isu berunsur fitnah yang dimain-mainkan oleh kepimpinan PAS dan PKR sehingga menyebabkan campur tangan Kedutaan Jepun di Kuala Lumpur.

Kedutaan Jepun terpaksa menafikan fitnah rakan sejawat Anwar Ibrahim. Fitnah tersebut kononnya pihak Jepun telah membayar Putrjaya RM207 bilion sebagai pampasan untuk mangsa projek "Landasan Maut " semasa Perang Dunia ke dua.
Takaharu Suegami, Setiausaha Kedua Kedutaan Jepun di Kuala Lumpur menegaskan adalah salah untuk mencadangkan bahawa Malaysia menerima pampasan lumayan sebegitu.

Beliau terkejut dengan tindakan beberapa pemimpin pembangkang termasuk Ahli Jawatankuasa PAS Pusat yang mendakwa Jepun membayar RM207 bilion kepada Malaysia dalam tahun 90-an.

"Mereka mendakwa angka RM207 bilion, kita tidak tahu dari mana datangnya jumlah itu. Kami tidak mempunyai apa-apa rekod transaksi wang antara kerajaan Jepun dan Malaysia," katanya.

Pampasan itu didakwa adalah untuk 30,000 keluarga mangsa yang terbabit dalam pembinaan landasan maut di Myanmar (dahulunya Burma) ketika Jepun menakluki rantau ini semasa Perang Dunia ke dua.
Malah, Kementerian Kewangan turut menyatakan bahawa dakwaan kerajaan menerima pampasan itu adalah palsu.
Kementerian Kewangan dalam satu kenyataan kelmarin, menjelaskan, dakwaan itu yang dikatakan berpunca daripada memo yang dikeluarkannya bertarikh 29 Mac 2011 adalah palsu - BH
Pada 6 Januari 2013, Chua Jui Ming Naib Pengerusi PKR turut menulis artikel merujuk kepada pembohongan Pakatan pembangkang : 
The revelation by the Japanese Embassy that it had paidcompensation to the Malaysian government for families of victims of the so called “Death Railway” project in the 1940s is shocking 
The sum of RM207 billion or whatever the amount must be revealed by Mahathir. He was close to the Japanese government and corporate sector when he promoted his Look East Policy aimed at enhancing trade with Japan - Chua Jui Ming
Anwar Ibrahim yang juga merupakan MP Permatang Pauh, Pulau Pinang sendiri terlibat di dalam polemik memfitnah kerajaan Jepun itu apabila mendesak DS Najib Razak mengadakan siasatan terbuka mengenai status pampasan RM207 bilion oleh kerajaan Jepun kepada rakyat Malaysia yang menjadi buruh paksa landasan maut Siam-Burma semasa Perang Dunia Kedua.

Ironinya, apanya yang perlu didesak dan segala 'siasatan bebas dan penuh' seperti yang dinyatakan oleh Anwar Ibrahim jika ianya palsu?

Akan tetapi, campur tangan kedutaan Jepun tentang fitnah jahat 'pampasan palsu' sudah tentu menguris kerajaan Jepun.

So, apakah fitnah 'pampasan palsu' itu yang menyebabkan Anwar dilarang masuk ke negara Jepun?

Kita tunggu kenyataan rasmi Kementerian Luar Negeri.

But of course, there are more simplest explanations in photo form yang sedang viral di dalam blog, Facebook dan twitter !




Anda baca juga undang-undang negara Jepun yang melarang orang masuk ke negara tersebut : KLIK SINI

source : dr mim

No comments: