NUFFNANG

Monday, 13 January 2014

Sementara UMNO Selangor Nak Pergi PERTH – PKR Selangor Kaji Pemantapan Politik

Sementara UMNO Selangor Nak Pergi PERTH – PKR Selangor Kaji Pemantapan Politik


business class
Aduhai, masih rasa kecewa dengan perangai buruk Ketua-Ketua UMNO Bahagian di Selangor yang buat muka merajuk kerana tak dapat naik BUSINESS CLASS ke Perth. Ramai yang dah plan baik. Ada di dalam whatsapp, buat lawak samada nak bawa Isteri No 1, 2 atau bawa awek. Perangai macam syaitan.

Blog ini nak maklumkan, kalau tidak ada rasa keinsafan di kalangan Ketua-Ketua UMNO Bahagian Selangor, jawabnya sampai hari kiamat, UMNO akan gagal menawan Selangor.
Di peringkat SUK/HQ PKR, mereka sedang adakan kajian pemindahan pengundi dan pembangunan perumahan baru di Selangor. Terperinci kajian sehinggakan mereka boleh tahu berapa penambahan pengundi di sesuatu tempat – dan kesan kepada pola pengundi.
Mereka nakkan ketepatan. Precision jumlah pengundi. Bukan main agak-agak. Ada kajian demografik lengkap. Apa impak perumahan baru kepada sokongan pengundi.
Noh Omar buat apa? Sibuk pakai songkok tinggi ke hulu ke hilir?
Kita senaraikan antara projek-projek perumahan baru di Selangor/KL:-
- Dream City Residence, Seri Kembangan – Tropicana Cheras – Vina Versatiles Homes, Cheras – Ara Greens, Damansara – Nadayu Residences, Sunway – Avenue Crest, Subang West – Urbana Residences, Ara Damansara – Aspen, Cyberjaya – Mansion Park, Cyberjaya – Verdi Condo Cyberjaya – Rafflesia, Damansara Perdana – Desa Meringin, Kajang
DAP sememangnya ada pool 40,000 pengundi yang siap dipindahkan secara strategik ke mana-mana kawasan di Lembah Kelang. Makna kata, kalau mereka nak hijack satu-satu kawasan, mereka boleh buat dengan mudah.
UMNO? BN?
Yang mereka sibukkan nak buat retreat, tetapi sekadar seronok-seronok dan gelak ketawa. Retreat nak di hotel mewah. Naik BUSINESS CLASS.
Insaflah wahai UMNO Selangor. Anda sebenarnya sedang merancakkan lagi kemusnahan UMNO kalau tidak ubah sikap.
Cuba duduk di atas sejadah, dan fikir apakah and sudah buat sesuatu yang baik untuk rakyat dan umat Melayu?
source : gelagat anwar

No comments: