NUFFNANG

Wednesday, 8 January 2014

Sejauh Mana Kerajaan Pimpinan Khalid Ibrahim Dukung Titah Tuanku Sultan Selangor Dalam Isu Kalimah 'Allah'? Atau Sekadar Lakonan?

Sejauh Mana Kerajaan Pimpinan Khalid Ibrahim Dukung Titah Tuanku Sultan Selangor Dalam Isu Kalimah 'Allah'? Atau Sekadar Lakonan?


Benarkah kerajaan Selangor pimpinan MB TS Khalid Ibrahim mengambil pendirian bersama titah Sultan dalam penggunaan kalimah 'Allah' seperti dilafazkan oleh Exco Agama Sallehin Mukhyi dalam video di bawah?


Dalam pada perkembangan yang sama, amati pula petikan laporan BERNAMA di bawah;
Sementara itu, (Paderi Lawrence) Andrew berkata, beliau tidak akan memohon maaf seperti yang didesak oleh beberapa pertubuhan bukan kerajaan (NGO) termasuk Umno Selangor dan Perkasa atas pendiriannya yang tetap mahu menggunakan kalimah Allah (dalam perhimpunan mingguan). 
"Saya mengikut dasar kebebasan beragama, dalam Artikel 11(3) (A) Perlembagaan Persekutuan menjelaskan setiap kumpulan agama berhak menguruskan hal ehwal keagamaan mereka sendiri tanpa campur tangan kumpulan agama lain," katanya.
Bagi episod seterusnya, kita tunggu pula bentuk penyelesaian kerajaan Selangor terhadap provokasi, yang telah pun bermula, klik SINI.

No comments: