NUFFNANG

Monday 13 January 2014

Satu Kajian Pendek Mengenai Kaum Melayu di Singapura yang bakal berlaku di Pulau Pinang, Selangor dan/atau KL andaikata umat MElayu Islam masih lelka dan lalai!

Satu Kajian Pendek Mengenai Kaum Melayu di Singapura


    "Mane ada identiti orang Melayu dah dekat Singapura ni!!"

Itulah kata-kata seorang rakan JK semasa kami sedang menunggu liputan perasmian My Beautiful Malaysia oleh DS Najib Razak semalam. Kawan JK yang boleh dikategorikan sebagai ultra Melayu ini memang benar-benar marah dan sedih dengan nasib orang Melayu di Singapura yang seakan-akan tertindas walhal asalnya tanah Singapura kepunyaan orang Melayu. Lantas JK terus teringatkan strategi penghapusan etnik Melayu yang dilakukan oleh "The Eastern Jews" iaitu puak PAP Singapura yang sedang memerintah Singapura selama berdekad-dekad. Apa tidaknya, dalam kad pengenalan pun dibahagikan bangsa Melayu kepada suku kaum atau pun etnik bagi mengelakkan orang Melayu bersatu. Maka, yang ada hanyalah orang-orang Boyan, Jawa, dan bermacam-macam etnik lagi yang sebenarnya serumpun Melayu! Begitulah liciknya orang kafir PAP yang sememangnya takut jika orang Melayu Islam bersatu.


JK minta rakyat Melayu Malaysia janganlah terpengaruh dengan dakyah yang dibawa pembangkang kerana muslihat yang mereka sembunyikan telahpun dibuat oleh kafir PAP berpuluh tahun dahulu. Malah, serpihan parti kafir PAP iaitu DAP pun sedang berusaha giat untuk mengaburi mata orang Melayu demi undi yang akhirnya akan meranapkan orang Melayu di tanah mereka sendiri. Lihat sahaja kebanjiran penduduk Cina dan daftar undi orang-orang Cina di Pulau Pinang dan bagaimana orang Melayu semakin lama semakin kurang di Pulau Pinang. Mahukah kita gadaikan Pulau Pinang kepada kafir DAP dan jadi seperti di Singapura. Walaupun ada lagi totok pembangkang yang percaya dengan kata-kata tokong Lim Guan Eng yang Pulau Pinang semakin maju atas usaha DAP padahal beliau mengambil kredit pembangunan di Pulau Pinang yang sebenarnya hasil pemerintahan BN dulu, JK harap mereka ini dapat membuka mata dan telinga akan muslihat ini kerana Lee Kuan Yew juga suatu ketika dahulu pernah lakukan perkara yang sama. Bagaimana Lee Kuan Yew hendak mengambil hati orang Melayu ketika PAP belum lagi mendapat kuasa, antaranya: 





Lee Kuan Yew sanggup memakai songkok, memasuki surau, makan sekali dengan jemaah masjid dan surau. Bukan itu sahaja Lee Kuan Yew sanggup berada di sesebuah kampung 2-3 hari bergotong-royong membersihkan kampung bersama -sama orang Melayu, tetapi apabila PAP dapat sahaja kuasa orang Melayu terus ditindas.

i. tiada menteri kanan orang Melayu di Singapura, mungkin orang Melayu tiada merit?

ii. kalau orang Melayu masuk kekawasan sensitif tentera untuk bekerja dsb, mereka akan sentiasa diawasi dan dikawal rapi ...orang melayu Singapura memang sentiasa dicurigai dan tidak dipercayai?

iii. Kalau orang Melayu bekerja di syarikat Cina, berkemungkinan besar orang Cina dari Malaysia yang baru masuk akan dinaikkan pangkat terlebih dahulu dari orang Melayu Singapura disebabkan warna kulit yang sama.

iv. Budak-budak Melayu ke sekolah tidak dibenarkan bertudung sekiranya ke sekolah kerajaan tapi anak benggali dibenarkan pula berturban, takut pulak orang Melayu jadi ekstremis dengan bertudung.

v. Kalau masuk National Service, orang Melayu dikhususkan menjaga stor,medical dan latihan bersenjata kurang ditekankan, takut orang Melayu pandai menggunakan senjata.. takutlah tu kalau Singapura dan Malaysia berperang, orang Melayu akan berpaling tadah.

v. Bahasa Melayu hanya digunakan untuk menyanyi lagu kebangsaan "Majulah Singapura";kesian kan bahasa Melayu. Kuota untuk orang Melayu mendapat pendidikan seperti kedoktoran, peguam ikut merit kata pemerintah

vii. Orang-orang Jawa ataupun orang Boyan,dalam kad pengenalan tidak diklasifikan sebagai Melayu tapi Jawa atau Boyan. Orang-orang Cina samada Hakka , Foochow akan dikategorikan sebagai Cina. Orang India pun macam tu juga.

viii. Tiada lagi kampung Tradisional orang Melayu di Singapura

ix. Kuota penempatan orang-orang Melayu dikecilkan.

Hakikatnya begitulah kehidupan orang Melayu,di penjara, dipusat pemulihan dadah bersepah orang Melayu, macam golongan kulit hitam di Amerika .

Kalau meninjau di pantai-pantai Singapura telah ada golongan yang hidup merempat di khemah-khemah sementara rata-rata mereka adalah Melayu. Sedih bukan, begitulah nasib orang Melayu di tanah kelahiran mereka itu kerana ditindas orang cina yang pendatang.

Ada juga beberapa pemimpin bukan Melayu nak menjaja hebatnya kerajaan Singapura dengan konsep 'meritokrasi' taik kucing mereka tu. Orang lama sudah tahu asam garam keadaan di Singapura.

Begitulah antara pendedahan yang dibuat oleh beberapa orang Melayu Singapura yang tahu akan keadaan sebenar yang berlaku di sana. JK harap pendedahan ini dapat membuka mata totok pembangkang dan orang-orang Melayu Islam Malaysia yang gah menyokong DAP dan dasar-dasarnya yang sememangnya seperti PAP di Singapura. Agak-agaknya totok ini mahu menyesal di kemudian hari baru mahu sedar kot? Tepuk dada tanya selera!



source : jejari kami

No comments: