RAJA: SAYA HILANG HORMAT PADA ANWAR
Raja Komando Dengan Songkok DiRaja Bangsawan Bugis |
Raja Kamaruddin Raja Ab Wahid atau lebih dikenali sebagai Raja Komando lebih dikenali di kalangan simpatisme Anwar zaman reformasi 1998, kerana beliau menjadi ‘saksi’ kepada satu teori yang sengaja dipopularkan iaitu ‘teori konspirasi.’
Raja Komando juga didakwa menjadi ‘saksi’ kononnya berlaku ‘konspirasi politik’ di peringkat tertinggi sehingga membawa kepada pemecatan Anwar daripada UMNO dan jawatan Timbalan Perdana Menteri serta Menteri Kewangan pada 2 September 1998.
Di atas kepercayaan Anwar tidak bersalah, Raja Komando juga merupakan salah seorang saksi peguam bela ketika kes salahguna kuasa Anwar dibicarakan di mahkamah sekitar tahun 1998/1999, namunAnwar disabitkan bersalah dalam pertuduhan itu dan dijatuhi hukuman 6 tahun penjara.
Namun, ketika ditemui wartawan klpos.com(Helme Hanafi) pada tahun 2007, Raja Komando membuat pengumuman rasmi meninggalkan PKR, parti yang disertainya sejak dari zaman reformasi.
Ini merupakan foto terbaru Raja Komando ‘saksi’ teori konspirasi bersama Yuktes Vijay, bekas pembantu peguambela Datuk Seri Anwar Ibrahim. |
“Saya hilang hormat pada Anwar,” kata Raja Komando ketika membuat pegumuman itu di rumah bekas Ketua Pemuda PKR Ezam Mohd Nor.
Ezam, walaupun ketika itu masih memegang Ketua Pemuda PKR, namun beliau sudah menunjukkan signal bakal meninggalkan PKR apabila meletakkan jawatan sebagai Ketua KeadilanShah Alam pada 4 April 2007.
Sebelum ini Raja Komando adalah Timbalan Ketua Bahagian KeADILan Shah Alam yang menguruskan kerja-kerja bahagian Shah Alam semenjak Ezam ditahan ISA.
source : mymassa
No comments:
Post a Comment