Pakatan tebar gambar Raja Muda untuk rosakkan kredibiliti Sultan
Nampak sangat puak-puak Melayu PAS dan PKR beriya-iya sangat nak gereja dibenarkan guna kalimah Allah dan murtadkan orang Islam cara tipu helah.
Mereka begitu bersungguh-sungguh hingga sedia merosakkan kehormatan Sultan sebagai ketua ugama bagi negeri Selangor dengan menjaja merata-rata gambar Tengku Amir Raja Muda Selangor.
Niat mereka begitu jelas tapi adakah itu cara politik yang sesat dan matang? Ini hanya melarikan fokus perbincangan awam dari isu sebenar dan sebahagian dari usaha tipu helah untuk mengelirukan keadaan.
Satu contoh adalah Professor Aziz Bari berkata titah perintah Sultan Selangor berkenaan melarang bukan Islam menggunakan kalimah Allah adalah ditujukan kepada orang Melayu dan bukan orang Islam.
Blurrr... Sultan bertitah kepada orang Islam untuk larang orang bukan Islam menggunakan istilah Islam? Kalau betul hujah Professor Aziz "Pari-pari", dah betullah JAIS menjalankan titah Sultan pasal titah itu hanya datang kepada orang Islam.
JAIS pun menjalankan undang-undang. Apa perlu kena tunggu kebenaran exco dan MB? Tak setuju tukar undang-undang dan luluskan usul DAP ... takutttt Anwar dan PAS!!!!
Berbalik kepada taktik hina Sultan menggunakan gambar Raja Muda, kami rakyat jelata berharap Tuanku dan pihak istana lebih berhati-hati dalam menjaga maruah dan public image keluarga di raja di luar. Dalam zaman fittan atau kuat fitnah, orang mudah dilarikan fokus dari
Hal ini bukan tertumpu pada Sultan dan keluarga di raja Selangor tapi meliputi semua Sultan. Jangan sebab persepsi ada berlaku kecuaian dan kelekaan, ketamakan dan campurtangan dalam urusan kerajaan maka rakyat jadi marah dan benci pada instuitusi Raja.
Akan sampai Sultan-Sultan dan Raja-Raja memerlukan sokongan rakyat untuk mengekalkan kedudukan mereka dalam institusi Raja dan tradisi Melayu ini. Sekarang pun institusi raja sedang dikritik dengan lebih terbuka oleh pelbagai pihak.
Kalau rakyat dah dibakar hingga membanci dan meluat dengan sikap sesetengah kaum kerabat diraja, mereka tak akan sokong lagi untuk kekalkan institusi raja sebagaimana pepatah Melayu yang penuh berbunyi ... Raja adil raja disanjung, Raja zalim raja disanggah.
Raja dan keluarga pun perlu mainkan peranan.
source : the unspinners
No comments:
Post a Comment