‘Penghapusan Etnik’ di Pulau Pinang?
Agenda 13 Mei DAP untuk menghalau Melayu balik kampung dan masuk hutan adalah
agenda yang berterusan. Laungan Melayu Mati! merupakan cetusan kebencian yang
tidak berkesudahan dan berakar umbi dari generasi ke generasi, dijana oleh Sekolah-
sekolah vernakular.
Biarpun pada dasarnya DAP telah menjadi parti politik yang sah, namun agenda perkauman
mereka tidak pernah luput.
Keadaan memihak kepada mereka apabila mereka berjaya menawan Pulau Pinang.
Mungkin kemenangan mereka adalah satu petunjuk bagi orang-orang Melayu yang
masih enggan sedar. Sejak DAP menguasai ulau Pinang, parti itu tidak segan silu
dan semakin rakus menjalankan agenda mereka menghalau orang Melayu dan juga
India jauh dari kawasan yang ingin diduduki mereka.
Tidak cukup dengan menggunakan kuasa sebagai kerajaan negeri, mereka turut
menggunakan samseng apabila 'perlu'. Kejadian di Nibong Tebal semalam seharusnya
membuka mata semua orang-orang Melayu dan India di Pulau Pinang bahawa keputusan
mereka memberi kuasa kepada DAP adalah keputusan yang salah dan memakan diri.
Dalam kejadian tersebut, samseng telah digunakan untuk menakut-nakutkan penduduk
Kampung Valdor, Sungai Bakap setelah penduduk mengadakan demonstrasi dan
menghalang lori pemaju dari masuk ke kawasan mereka. Tindakan penduduk kampung
tersebut adalah sebagai membantah tindakan kerajaan DAP meluluskan projek pembangunan
di kawasan bersebelahan.
Projek tersebut nampaknya telah dibangunkan tanpa kajian mendalam memandangkan
tiada persediaan awal bagi meningkatkan sistem perparitan. Menurut penduduk, saluran
parit telah ditimbus bagi memberi laluan kepada projek tersebut sehingga menyebabkan
banjir kilat di kampung mereka setiap kali hujan lebat.
Memandangkan majoriti penduduk adalah Melayu dengan segelintir India, tidak hairanlah
kenapa keadaan ini berlaku.
Kita percaya, ini adalah cara halus bagi DAP untuk menghalau penduduk kampung
tersebut dari tanah mereka bagi memberi laluan kepada tauke-tauke Cina untuk
mengaut keuntungan dari projek pembangunan dan komersial.
Hakikatnya, apa yang berlaku di Kampung Valdor hanyalah lanjutan dari apa yang
berlaku di Kg. Pokok Assam yang mana penduduknya telah dihalau dan diberi pampasan
yang tidak setimpal berbanding nilai tanah yang dirampas. Pampasan yang ditawarkan
adalah RM25,000 – RM180,000 sedangkan nilai hartanah yang bakal dibina menjangkau
jutaan ringgit. Sehingga kini, difahamkan seramai 29 penduduk masih enggan meninggalkan
rumah mereka dan menuntut dialog yang dijanjikan oleh kerajaan negeri.
Pada tahun 2010 sahaja, 6 dari 13 kampung Melayu di kawasan Jelutong telah pun
dimajukan untuk tujuan pembangunan komersial. Antara yang terlibat ialah 450 penduduk
Kampung Tengah dan 200 penduduk Kg. Masjid yang ditawarkan pampasan sekitar
RM14,000 – RM180,000.
Pastinya, wang pampasan yang diberikan tidak mampu membeli rumah yang dibina
pemaju yangrata-ratanya berharga RM800,000 ke atas. Yang menerima rumah pangsa
pula kini baru menyedari bahawa nilai rumah pangsa mereka jauh terlalu rendah berbanding
nilai tanah yang mereka tinggalkan.
Mahu tidak mahu, mereka ini semua pasti terpaksa berhijrah ke kawasan lain yang
semestinya jauh dari pusat pembangunan dan jauh dari bandar.
Apa yang berlaku membuktikan segala amaran BN terhadap rakyat mengenai kezaliman
dan sifat perkauman DAP bukanlah sekadar mainan politik. Ia adalah benar dan sedang
berlaku di hadapan mata kita semua.
Apa yang DAP lakukan adalah 'penghapusan etnik' secara terancang. Lebih menakutkan,
kejadian di Kg. Valdor menunjukkan bahawa pihak yang rakus ini tidak lagi pedulikan
undang-undang, alam sekitar atau apa kata orang. Walaupun samseng-samseng tersebut
mungkin bukan orang suruhan DAP, namun keberanian mereka mengugut penduduk kampung merupakan 'konsistensi' dari sikap DAP yang begitu giat membela samseng selama ini.
Nampaknya, DAP benar-benar sedang merealisasikan slogan mereka pada 13 Mei iaitu
'Melayu balik kampung', 'masuk hutan' dan 'mati'.
source : taipingmali
No comments:
Post a Comment