NUFFNANG

Thursday 23 January 2014

Nasib Khalid Ibrahim Kini Terletak Di Tangan Sultan Selangor, DAP Dan PAS

3 beruk

Nasib Khalid Ibrahim Kini Terletak Di Tangan Sultan Selangor, DAP Dan PAS

Parti Keadilan Rakyat (PKR) nampaknya telah menetapkan keputusan untuk menyingkirkan Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim.
Khalid tidak lagi menerima sokongan Ketua Umum, Datuk Seri Anwar Ibrahim dan Presiden parti, Wan Azizah Wan Ismail.
Anwar dikatakan telah memperlihatkan dengan jelas bahawa beliau tidak lagi menyokong Khalid dalam mesyuarat semalam.
Namun, tindakan itu hanya boleh direalisasikan andai kata ia mendapat perkenan SultanSelangor dan persetujuan DAP serta PAS.
Andai ada pihak yang menolak, impian seumur hidup Timbalan Presiden PKR, Azmin Ali untuk menjadi Menteri Besar mungkin terbantut sekali lagi.
Mynewshub difahamkan, perkenan sultan adalah antara halangan utama untuk mengantikan Khalid dengan calon lain.
Majlis Pimpinan Pusat PKR yang bermesyurat semalam sebulat suara menetapkan Anwar sebagai wakil untuk bertemu Sultan Selangor dan dua lagi parti dalam Pakatan Rakyat (PR) bagi menjayakan usaha penyingkiran Khalid.
PKR merancang untuk mengantikan Khalid antara tempoh dua bulan hingga 2 tahun lagi, yakni pokok pangkalnya ialah ia perlu dilakukan sebelum pilihan raya umum akan datang.
Jika kesemua kepimpinan PR bersetuju dengan keinginan MPP PKR, maka Khalid akan diminta berundur atas alasan kesihatan, langkah yang perlu bagi mengelakkan kem Azmin membawa ususl undi tidak percaya terhadap Khalid.
source : my news hub

No comments: