NUFFNANG

Monday 20 January 2014

Kerajaan negeri maklumkan PKNS, surat pengguguran Azmin “tidak ikut prosedur”

Kerajaan negeri maklumkan PKNS, surat pengguguran Azmin “tidak ikut prosedur”

OLEH MOHD FARHAN DARWIS
JANUARY 20, 2014







Timbalan Presiden PKR Mohamed Azmin Ali (gambar) dimaklumkan surat pengguguran beliau sebagai ahli lembaga pengarah Perbadanan Kemajuan Negeri Selangor (PKNS) adalah tidak mengikut prosedur.
The Malaysian Insider difahamkan, surat bertarikh 16 Januari berkenaan telah dihantar oleh Pejabat Kerajaan Negeri Selangor (SUK) kepada PKNS dan Mohamed Azmin turut menerima salinan tersebut semalam.
"Surat yang ditandatangani oleh setiausaha kerajaan negeri (Datuk Khusrin Munawi) itu memaklumkan surat pengguguran berkenaan tidak mengikut prosedur," kata sumber yang dihubungi The Malaysian Insider.
"Jadi surat sebelum ini tidak sah," kata sumber itu lagi.
Laporan media turut berkata Mohamed Azmin akan kembali sebagai ali lembaga pengarah PKNS selepas seminggu surat pengguguran beliau dikeluarkan kerajaan negeri Selangor.
Mohamed Azmin, yang juga Ahli Dewan Undangan Negeri (Adun) Bukit Antarabangsa telah menerima surat pengguran daripada ahli lembaga pengarah PKNS pada 8 Januari lalu.
Ekoran tindakan berkenaan, beberapa pemimpin PKR Selangor membantah tindakan berkenaan yang dikatakan dilakukan atas arahan Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim selaku Menteri Besar Selangor.
Abdul Khalid bagaimanapun, selepas mesyuarat exco minggu lalu, menegaskan tindakan menggugurkan Mohamed Azmin daripada ahli lembaga pengarah PKNS dilakukan oleh Pengurus Besar PKNS Othman Omar dan Mesyuarat Majlis Kerajaan Negeri (Exco) hanya bersetuju dengan perkara itu.
"Keputusan bukan dibuat Exco. Keputusan tidak sambung Azmin dibuat oleh GM (pengurus besar) PKNS. Ia bukan keputusan parti. Exco tak buat keputusan itu.
"Dalam minit mesyuarat Exco tiada siapa yang disingkir. Surat sudah diberi kepada Azmin dan beliau terima. Exco terima keputusan mereka," katanya pada sidang media selepas mempengerusikan mesyuarat Exco berkenaan.
Kenyataan itu bagaimanapun dinafikan PKNS, apabila Setiausaha Kerja anak syarikat kerajaan negeri Selangor itu, Norita Mohd Sidek berkata, PKNS telah memaklumkan kepada Mohamed Azmin mengenai penamatan jawatannya melalui sepucuk surat bertarikh 8 Januari, 2014.
"Tempoh jawatan beliau ditamatkan selaras dengan keputusan Exco Selangor pada 13 November, 2013 dan disahkan pada 4 Disember, 2013.
"PKNS juga ingin memaklumkan bahawa kuasa melantik ahli perbadanan adalah di tangan Exco dan bukan di tangan Pengurus Besar selaras dengan klausa 4(1) enakmen penubuhan PKNS," katanya.

source : mi

No comments: