NUFFNANG

Monday, 13 January 2014

Kalau ini hujah Zul Nordin, retorik Marina kalah dan dia toleh lari

Kalau ini hujah Zul Nordin, retorik Marina kalah dan dia toleh lari


KENAPA penganut kristian dilarang oleh Bible daripada menyebut nama tuhan mereka Yahweh didalam Lev 24:16  'he that names the name Yahweh shall surely be put to death (dia yang menyebut nama Yahweh pasti akan dihukum bunuh'? Pelikkan....
Masa bapak dia Perdana Menteri, dia akan act dan kata, "Do you know who I am? Do you who my father is?"

Masa bapak dia bukan PM, masa ni dia nak tunjuk belang dan temeng. ...Marina perlu disedarkan dia hanya wartawan dan naik atas nama bapak. Perlu disedarkan bahawa mindanya sudah dijajah barat dan dia sudah diperguna.

Dia bukan hebat sangat dan hujahnya retorik dan cetek. Kalau debat dengan Zul Nordin, retoriknya akan dipatahkan dengan mudah. Pasti dia akan toleh dan lari...bila baca hujah Zul Nordin


Salam 2 all.


Sebenarnya isu penggunaan istilah atau perkataan Allah oleh para pendakyah kristian bukannya soal menganut atau mengamal agama kristian mereka. Sebaliknya ianya adalah soal penterjemahan.

Malah sebenarnya ianya soal salah penterjemahan perkataan God kepada Allah.

Dalam bible bahasa hebrew, perkataan God ialah Eli, Eloi, Adonai atau Elohim. Contohnya dalamMatthew 27:46 Jesus merintih diatas salib semasa dipasung dengan teriakan:

Eli, Eli, Lamma sabachthani.

Ini telah diterjemahkan kedalam bahasa Inggeris dengan ayat;

My God, My God, why have thy forsaken me.

Tetapi apabila diterjemah kedalam bahasa Melayu versi Indonesia, ayat ini diterjemah;

Allahku, Allahku, mengapa Kau tinggalkan aku.

Adalah jelas ini soal salah penterjemahan. Sepatutnya ayat itu diterjemah seperti berikut: 

Tuhanku, Tuhanku, mengapa Kau tinggalkan aku.

Dalam bahasa Melayu, God maknanya Tuhan. Sebab itu Rukunegara sebut Kepercayaan kepada Tuhan, bukan Kepercayaan kepada Allah.

Bermakna apa yang berlaku ialah pendakyah kristian, samada secara sengaja atau kerana kejahilan, telah salah menterjemahkan perkataan God kepada Allah.

Jadi tidak timbul soal pelarangan penggunaan perkataan Allah terhadap pendakyah kristian....

Baca seterusnya hujah Zulkifli Nordin di SINI yang mana ramai orang Islam boleh nampak.

Boleh agak Marina akan kata pasal kebebasan ugama dan hak asasi manusia. Bila dijawab semua itu dah ada dan disertakan dengan pelbagai fakta dan butiran, dia akan lari. Garenti....

Pe'el Marina adalah suka bercakap dan lantang dalam pendiriannya tapi tak tahu ambil kira hujah orang lain. Pandangan dan tulisannya pulak penuh retorik. Bila bercakap, monolog. Setiap kali hujahnya dipersoal, dia akan anggap orang lain bodoh dan tak perlu layan lalu terus belah.

Tu pasal dia anggap hujah Wira Perkasa 'rubbish' pasal dia tak boleh pertahan hujahnya.

Semua Mat dan Minah Liberal cakap penuh retorik, tak realistik, dan tak berfakta atau berani keluar semua fakta. Bagi yang nak berhujah dengan mereka, kelemakan mereka memang di sini

source : the unspinners

No comments: