NUFFNANG

Wednesday 15 January 2014

IniKaliLahh... Melayu Selangor Padan Muka Laa...

IniKaliLahh... Melayu Selangor Padan Muka Laa...


Penduduk Melayu Selayang kini telah menyesal mengundi DAP di kawasannya. Dia yang termakan
dengan slogan "Ini kalilah!, kita Tukar!, kita Ubah!" telah bertukar sebaliknya diluar jangkaan.
Ramai antara mereka yang menghantar anak mereka belajar di GiatMara Selayang akhirnya
terpaksa memikirkan jalan untuk menghantar ketempat lain ekoran arahan exco DAP Selangor.

Salah seorang ibu bapa yang terlibat dalam memberi undi kepada wakil rakyat cina Selayang ini berkata
-"kita harus bagi peluang kepada DAP memerintah, Jika nanti tidak suka, kita ubah kembali, 5 tahun
tidaklama pun" -itulah kata-kata mereka sewaktu kempen PRU13 yang lepas. Sebenarnya ini sudah
kali kesepuluh tempat Melayu dan kampung Melayu diroboh oleh pembangkang selepas PRU13.

William Leong Jee Keen hasil pilihan Melayu Selayang ini telah bersetuju bersama exco DAP Selangor
untuk setuju meroboh serta merampas Institut Pendidikan GiatMara yang telah dibina di Selayang
sejak 20 tahun lepas iaitu dari 1994 akhirnya pertama kali dalam sejarah diarah tutup atau akan
dirobohkan serta merta pada masa terdekat.

Kedengaran berita bahawa William Leong Jee Keen hasil pilihan Melayu Selayang ini
hendak membina kondominium bersaiz kecil diatas tapak Institut Pendidikan GiatMara ini. GiatMara
merupakan usaha kerajaan BN yang memandang keperluan utk membela pelajar-pelajar yang
tercicir dalam memasuki IPTA/IPTS.
Senarai tempat yang diroboh lepas PRU13:
1.Tempat pertama(1) diserang adalah hasil pilihan Melayu Penang iaitu di Uptown Bandar
Perda pada bulan ramadhan diatas arahan DAP Lim Guan Eng. Tetapi dibuka semula kerana
atas desakan orang Melayu Penang. Bukti sila scroll down

2.Tempat kedua(2) ditutup adalah hasil pilihan Melayu Kajang, iaitu di Bazar Ramadhan Reko
Sentral Kajang, Tapak depan Econsave. Hasil pilihan Melayu Kajang yang mengundi PKR Lee
Chin Cheh. Juga penutupan tapak itu atas arahan Exco Selangor DAP yang sama seperti didalam
gambar. Bukti sila scroll down

3.Tempat ketiga(3) baru baru ini adalah hasil pilihan Melayu Cheras iaitu di Downtown Cheras, hasil
pilihan Melayu yang mengundi DAP Tan Kok Wai yang telah merampas kesemua stall peniaga
Melayu ditepi jalan Downtown Cheras yang sebelum ini tidak pernah menjadi masalah kepada orang
Melayu untuk berniaga kerana umum semua orang tahu sejak dibuka lagi kawasan itu memang
tempat pencarian wang bagi orang Melayu dan sesak itu adalah perkara normal. Bukti sila scroll down

4.Tempat keempat(4) pula telah diarah tutup oleh 3 Exco DAP dan 1 Exco Pkr seperti gambar diatas
dimana hasil persetujuan ahli parlimen DAP Klang iaitu bertempat di Jalan Meru tambahan,
Kapar, Klang. Walaupun tanah itu sebenarnya milik kerajaan negeri, tetapi sepatutnya ahli parlimen
DAP Klang hasil pilihan Melayu Klang perlulah tampil berbincang bersama-sama peniaga untuk memberi
notis awal serta memberi penyelesaian kepada peniaga peniaga Melayu ini. Bukti sila scroll down

5.Tempat kelima(5) baru-baru ini diserang di Penang dimana sekali lagi diatas arahan Lim Guan Eng.
Untuk kes kelima ini anda boleh menghubungi Makcik Ila untuk mengetahui kes yang menganaya dirinya
hasil arahan DAP ditalian 0174177739/0194117294- Makcik Ila. Perniagaan makcik Ila selaku ibu
tunggal yang mempunyai 2 orang anak yang masih bersekolah, disamping mendapat bantuan dari Jabatan
Kebajikan Masyarakat kerana kedaifan yang dihadapi, pihak Majlis Perbandaran tetap juga merampas
stall dan juga perniagaan makcik Ila ini. Bukti sila scroll down

6.Tempat keenam(6) adalah di Taman Mesra, Kajang iaitu peniaga Selangor yang telah berniaga di
Taman Mesra, Kajang selama puluhan tahun akhirnya telah dirobohkan secara mengejut dan tanpa
sebarang notis. Kerajaan Negeri Selangor yang dipimpin oleh Exco DAP Selangor seharusnya
memberi peluang budi bicara atau penempatan tapak baru kepada peniaga Melayu ini. Banyak lagi
restoren cina di Taman Mesra, Kajang yang berniaga tanpa lesen, tetapi 1 pun tidak diusik. Bukti sila
scroll down

7.Tempat ketujuh(7) adalah di kawasan Uptown Bandar Perda, depan kedai Emas. MPSP telah
datang dan merampas gerai makanan Melayu sehingga menyebabkan salah seorang pemilik telah
jatuh pengsan akibat pergelutan dan juga terkejut dengan tindakan MPSP. Walhal ada beberapa gerai
cina berniaga secara haram, tetapi tidak dirampas oleh MPSP. Bukti sila scroll down

8.Tempat kelapan(8) adalah perobohan perkampungan Melayu di Kampung Mutiara, Batu
Ferringhi dibawah Parlimen DAP Bukit Bendera. Penduduk Melayu yang telah dihadiahkan tapak
badminton 2012 akhirnya sebulat suara memberi sokongan untuk memberi undi pada DAP.
Akhirnya selepas PRU13 bulan Disember 2013 ini, kerajaan negeri telah menjual tanah seluruh
Kampung Mutiara pada pemaju cina dan kerajaan negeri tidak menyediakan sebarang pampasan
atau rumah ganti. Bukti sila scroll down

9.Tempat kesembilan(9) adalah di kawasan Gurney, sebelum roundbout, depan Mc'D. Peniaga ini
hanya berniaga didepan rumahnya dan MPPP telah bertindak merobohkan gerainya kerana bertindak
atas arahan wakil rakyat tempatnya bersama persetujuan Exco DAP Penang. Pak Cik Ali
(nama samaran) telah menyesal memberi undi pada DAP kerana ini balasan yang diberi
sehingga tidak dapat berniaga. Bukti sila scroll down

10.Tempat kesepuluh(9) kini adalah Institut Pendidikan GiatMara yang mahu diroboh serta
diarahkan tutup hasil pilihan Melayu Selayang yang mengundi William Leong Jee Keen. GiatMara
Selayang yang telah dibina sejak 20 tahun lepas kini terpaksa menutup Institut tersebut dan
pelajar-pelajar mungkin terpaksa diberhentikan kerana cawangan lain juga telah penuh utk dipindahkan.

11.Kedengaran DAP tengah merancang untuk membuat beberapa pindaan dan perubahan
dengan penutupan di peniaga kawasan Melayu Kelantan pula selepas ini. Tujuan pindaan dan
perubahan tersebyt akan datang kepada Kelantan bertujuan untuk memajukan negeri dengan
strategi yang berlainan dari PAS. DAP menasihatkan supaya PAS Kelantan akur sahaja
apa apa tindakan DAP yang mahu dibuat di Kelantan, diatas semangat setiakawan.

Bukti DAP rampas stall Melayu di Uptown Bandar Perda, Penang: link

Bukti DAP rampas stall Melayu di Permatang Pauh, Penang: link

Bukti DAP tutup tapak bazar ramadhan Reko Sentral Kajang, Selangor (tapak depan Econsave): link

Bukti DAP rampas peniaga Melayu tepi jalan Downtown Cheras: link

Bukti DAP tutup periuk nasi Melayu di Jalan Meru Tambahan, Kapar, Klang: link

Bukti DAP rampas stall peniaga Melayu Ibu tunggal yang punya 2 anak kecil di Penang: link

Bukti DAP roboh gerai Melayu di Uptown Bandar Perda, Penang: link

Bukti DAP roboh perkampungan Melayu, Batu Ferringhi: link

No comments: