Patut la kenapa ramai Menteri hari ni half past 6 @ tiga suku..! ada diantara Menteri yang kata..
"Kami sediakan jalan alternatif kepada mereka sedia bayar dengan kadar premium."Bagi mereka yang fikirkannya ia terlalu mahal, mereka ada pilihan untuk tidak gunakan jalan tersebut," kata Abdul Wahid di Putrajaya hari ini.
Ada pulak Menteri ayam kata..
Menteri Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan Kepenggunaaan Datuk Hasan Malek hari ini mengajak orang ramai 'menukar' selera daripada memakan ayam kepada menu lain seperti ikan dan daging sebagai usaha mengekang kenaikan harga ternakan itu.
Menteri ni pulak kata..
Majikan yang tidak bersetuju dengan kos RM110 bagi i-Kad, tidak perlu mengambil pekerja asing bekerja di syarikat mereka, kata Menteri Dalam Negeri Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi.
Sampaikan Mufti pun sound kat Menteri supaya berambus..
Ada pulak yang terlebih pandai sampai sebok mengira..! teori mana dia dapat pun kita tak tahu..! mungkin dapat masa tidur dirumah orang tak..!!!
Ni semua kerana Menteri pekak badak ni beranggapan bahawa rakyat semua sama dungu macam dia..
Tapi jelas la kepada rakyat hari ini apabila Najib sendiri mengakui bahawa…
Datuk Seri Najib Tun Razak berkata adalah tidak adil menyalahkan kerajaan semata-mata apabila berlaku kenaikan harga barangan.
Ini kerana, kata Perdana Menteri, kerajaan telah dan sedang melakukan pelbagai inisiatif dalam usaha mentransformasikan ekonomi negara bagi memastikan rakyat sentiasa menikmati kehidupan lebih baik.
Rupanya itu sahaja yang boleh diungkapkan oleh seorang yang berjawatan Perdana Menteri? dulu, apabila PM bersuara, selesai masaalah rakyat dan negara..! tapi kini makin teruk rupanya..! membela para Menteri tiga suku nya..! bukan membela rakyat yang utama..!
Fikir La Sendiri!!!
No comments:
Post a Comment