Peguam UMNO #SyokSendiri
Hampir 21 minit peguam UMNO membebel bahawa langkah strategik #syoksendiri dia untuk membatalkan saman terhadap Tian Chua diterima oleh semua ahli UMNO dan masyarakat luar.
‘Kita jangan jadi pendendam’, kata Datuk (beli) Peguam UMNO.
Kalau itulah nasihat dan konsultansi Peguam UMNO, elok agaknya Presiden/Timbalan Presiden UMNO ambil pendekatan sama.
Yang lama-lama nak berdendam dengan Anwar Ibrahim buat apa. Maafkan. Dan cuba bentuk kerjasama dengan Anwar. Bukan bertekak sampai tak sudah.
Datuk Peguam UMNO nak beritahu Presiden/Timbalan Presiden, tak guna dendam-dendam ni. Buang masa. Tengok macam dia. Senyum. Tak dendam. Dapat projek berbilion ringgit. Korang kerja bagai nak rak, buat laporan Polis seluruh negara, hanya dapat makan mee goreng dan teh o ais.
UMNO kena dengar nasihat Hafarizam ini. Sangat berguna.
Dalam pada Najib teruk kena balun, kita patut wirid ‘jangan dendam, jangan dendam’ setiap masa.
Datuk Peguam UMNO dan Datuk SUK memang cekap kerja side deal begini. Pada mereka, imej mereka perlu dijaga. Imej parti boleh pergi jahanam kalau nak ke longkang pun.
Maruah UMNO tercalar. Maruah Peguam #syoksendiri kekal mantap. Bisnes terus didahulukan.
Ini macam baru #SendiriSyiok
source : gelagat anwar
No comments:
Post a Comment