NUFFNANG

Thursday 23 January 2014

GEMPAR ! MALAYSIA TIDAK ADA KETUA AGAMA - AZIZ BARI

GEMPAR ! MALAYSIA TIDAK ADA KETUA AGAMA - AZIZ BARI

MIM terkejut dengan kenyataan Dr Abdul Aziz Bari yang dilaporkan di dalam portal pro-pembangkang, The Malaysian Insider.


Di antara kenyataan beliau :
Majlis Raja-Raja adalah platform terbaik untuk mewakili pemerintah dalam isu agama namun bukan semua sultan sependapat dengan Agong dan Sultan Selangor dalam isu kalimah Allah.seterusnya 
Tuduhan 'bukan semua sultan sependapat dengan Agong dan Sultan Selangordalam isu kalimah Allah' adalah satu tuduhan yang sangat berat terhadap ketua-ketua agama Islam negeri di negara ini.

Bagaimana pula 'bukan semua sultan setuju' padahal Jawatankuasa Fatwa Kebangsaan akan menimbang, memutus dan mengeluar fatwa atas apa-apa perkara berkenaan dengan agama Islam yang dirujuk kepadanya oleh Majlis Raja-Raja?


Jawatankuasa pula akan mengemukakan pendapat-pendapatnya kepada Majlis Kebangsaan Bagi Hal Ehwal Agama Islam Malaysia yang kemudian menghantarkanya bersama timbal balasnya kepada Majlis Raja-Raja.

MiM cabar Aziz Bari supaya menamakan 'bukan semua sultan' yang beliau maksudkan itu.

Dan jika beliau berbohong, kita menuntut beliau supaya meminta maaf secara terbuka kepada Majlis Raja-raja dengan segera. 

Selain daripada itu, 
Abdul Aziz berkata, Malaysia tidak mempunyai ketua agama keranaAgong hanya ketua agama di negeri asalnya dan tidak terpakai bagi negeri seperti Kuala Lumpur, Labuan, Putrajaya, Melaka, Pulau Pinang, Sabah dan Sarawak yang tidak mempunyai Sultan.

Apakah benar kenyataan Abdul Aziz ini?

Apabila MiM teliti lebih lanjut, Perkara 3 (Agama bagi Persekutuan) di dalam Perlembagaan Persekutuan, begitu jelas mewartakan kedudukan Yang Di-pertuan Agung di negeri-negeri yang dinyatakan oleh Abdul Aziz.
(2) Dalam tiap-tiap Negeri selain Negeri-Negeri yang tidak mempunyai Raja, kedudukan Raja sebagai Ketua agama Islam di Negerinya mengikut cara dan setakat yang diakui dan ditetapkan oleh Perlembagaan Negeri itu, dan, tertakluk kepada Perlembagaan itu,segala hak, keistimewaan, prerogatif dan kuasa yang dinikmati olehnya sebagai Ketua agama Islam, tidaklah tersentuh dan tercacattetapi dalam apa-apa perbuatan, amalan atau upacara yang berkenaan dengannya Majlis Raja-Raja telah bersetuju bahawa perbuatan, amalan atau upacara itu patut diperluas ke seluruh Persekutuan, setiap Raja lain hendaklah atas sifatnya sebagai Ketua agama Islam membenarkan Yang di-Pertuan Agong mewakilinya. 


(3) Perlembagaan-Perlembagaan Negeri MelakaPulau Pinang, Sabah dan Sarawak hendaklah masing-masing membuat peruntukan bagi memberi Yang di-Pertuan Agong kedudukan sebagai Ketua agama Islam di Negeri itu. 
(4) Tiada apa-apa jua dalam ini mengurangkan mana-mana peruntukan lain dalam Perlembagaan ini. 
(5) Walau pun apa-apa jua dalam Perlembagaan ini, Yang di-Pertuan Agong hendaklah menjadi Ketua Agama Islam di Wilayah-Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur, Labuan dan Putrajaya; dan bagi maksud ini Parlimen boleh melalui undang-undang membuat peruntukan- peruntukan bagi mengawal selia hal ehwal agama Islam dan bagi menubuhkan suatu Majlis untuk menasihati Yang di-Pertuan Agong mengenai perkara-perkara yang berhubungan dengan agama Islam sumber
Malah dalam perlembagaan negeri Pulau Pinang juga telah mewartakan Yang Di-Pertuan Agong hendaklah menjadi Ketua agama Islam bagi Negeri. Klik Sini



Kenyataan di atas sekali gus menafikan kenyataan Abdul Aziz yang kononnya Agong 'hanya ketua agama di negeri asalnya dan tidak terpakai bagi negeri seperti Pulau Pinang'.

MiM tidak faham individu yang dikatakan pakar perlembagaan itu tidak faham kepada fundamental perlembagaan persekutuan dan negeri seperti yang MiM nyatakan di atas.

Yang lebih hairannya ialah kenapa seorang Melayu mempertikaikan status Sultan Melayu sebagai ketua agama Islam? 

MiM berharap agar ada pihak yang akan bangkit mempertahanksan kedaulatan Raja-raja kita.

source : dr mim

No comments: