Dihalang masuk Jepun: Perkasa terkejut Anwar salahkan Wisma Putra
Pertubuhan Pribumi Perkasa Kebangsaan (Perkasa) hari ini melahirkan rasa terkejut mereka apabila Ketua Pembangkang Datuk Seri Anwar Ibrahim(gambar) menyalahkan Wisma Putra dan bukannya Umno dan Barisan Nasional (BN) atas sekatan memasuki ke negara Jepun.
Ketua Penerangan Perkasa Muhammad Zahid Md Arip berkata, tindakan Anwar tidak seperti kebiasaan beliau yang akan menunding jari kepada Umno dan BN.
"Kita juga terkejut kenapa Anwar kali ini tiba-tiba salahkan Wisma Putra, apa kena mengena jabatan itu dengan pihak imigresen di Jepun maksudnya beliau sudah kehabisan modal untuk menyalahkan pihak atas kesalahan yang dilakukan," katanya dalam satu sidang media di Ibu Pejabat Perkasa di Kuala Lumpur hari ini.
Beliau mengulas mengenai sekatan terhadap Ketua Umum PKR itu untuk memasuki negara Jepun semalam oleh pihak imigresen kononnya kerana kesnya liwat pada tahun 1999.
Muhammad Zahid berkata Wisma Putra juga tidak perlu membuang masa melayan tuntutan Anwar itu untuk memperjelaskan isu tersebut.
source : mi
No comments:
Post a Comment