NUFFNANG

Saturday, 18 January 2014

Dah ugut bunuh, takkan lepas dengan maaf saja

Dah ugut bunuh, takkan lepas dengan maaf saja


Utusan Malaysia menyiarkan berita berikut:

RM0.UM.17/01:
PENGERUSI Lembaga Pengurusan dan Guru Besar SJKC Nan Ya di Johor memohon maaf kepada guru Cina mualaf yang diminta membuka tudungnya....

Tak lepaskan sewenang2nya. Pihak pengurusan sekolah ada buat laporan polis menafikan ada peristiwa paksa buka tudung. Sekarang sudah mengaku dan mintak maaf.


Tambah lagi dia membuat ugutan bunuh dan ini perlu disiasat.

Apa hal pun guru besar ini tidak boleh dikekalkan di sekolah ini tapi perlu digantung perkhidmatan sehingga kes selesai.

Elok dipindahkan segera ke sekolah lain dahulu. Guru muallaf itu boleh dikekalkan di sekolah yang ada.

Takkanlah minta maaf begitu mudah.

Sebagai orang Islam, kita digalakkan saling maaf memaafkan... NAMUN... UNDANG2 TETAP UNDANG2. Jika ada aduan bahawa ada perlanggaran terhadap undang2 oleh sesiapa pun... pihak yang bertanggung jawab wajib menyiasat dan mendakwa sesiapa yang terlibat itu ke muka pengadilan.

Jangan cuba nak gula2kan dengan meminta maaf. Pihak yang menyalahi undang2 negara dalam erti kata menghalang dan menafikan hak seseorang warganegara yang juga seorang penjawat awam daripada mengamalkan ajaran agamanya tidak boleh dibiarkan bebas.

source : the unspinners

No comments: