BILA KDN NAK BERTINDAK NIHHH? NAK JADI "HISHAM" KE?
![]() |
| Bila KDN nak bertindak macam ni agaknya? Jangan sampai umat Islam hilang sabar dan buat tindakan sendiri... |
Semalam, S/U UMNO Kepala Batas dan 5 NGO tampil buat laporan polis menggesa
pihak berkuasa bertindak kat peguam tak reti hormat DYMM Yg DiPertuan Agong
dan Fatwa Islam tentang hak eksklusif penggunaan kalimah "Allah"...
Saya pernah menulis tentang kenyataan Edmund Goh, sila rujuk di sini...
Saya sebenarnya dah muak dengan laporan polis. Dah banyak sangat dah. Sampai
dah boring... Tapi bila KDN nak habis siasat? Sampai PRU ke-14? Bila pulak
nak ambil tindakan? Takkan berani ambil tindakan kat PATI je kot? DS Zahid nak
jadi macam DS Hishamuddin dulu ke? Heheeee...
Ni... cuba tengok kat bawah ni.. ni kawasan UMNO bapak mertua KJ ni...

Senda Agong: Gesa Polis Bertindak
KEPALA BATAS – Umno Bahagian Kepala Batas dan lima Badan
Bukan Kerajaan (NGO) hari ini membuat laporan polis bagi meminta pihak
berkuasa mengambil tindakan terhadap pihak yang mempersenda titah
Yang di-Pertuan Agong berhubung hak eksklusif penggunaan kalimah
Allah untuk penganut agama Islam. Setiausaha Umno Bahagian Kepala
Batas Datuk Ahmad Darus berkata kenyataan
peguam Edmund Bonyang mempersoal kuasa Yang di-Pertuan Agong bersifat
menghina Seri Paduka dan boleh menimbulkan perasaan tidak menghormati
Institusi Raja-Raja Melayu dan agama Islam sebagai agama persekutuan.
Beliau berkata, kenyataan peguam itu dalam laman sosial facebook telah
digunakan pengamal laman sosial yang lain untuk menghasut rakyat supaya
membenci dan tidak menghormati Seri Paduka.
“Sehubungan itu, Umno Kepala Batas bersama lima NGO hari ini mahu polis
mengambil tindakan tegas terhadap peguam berkenaan kerana kenyataannya
boleh disalah anggap oleh rakyat untuk tidak menghormati Agong
sebagai Ketua Negara yang termaktub dalam Perlembagaan
Persekutuan,” katanya.Beliau ditemui pemberita selepas membuat laporan polis di Ibu Pejabat Polis
Daerah Seberang Perai Utara (SPU) di sini hari ini.
Lima NGO yang turut membuat laporan polis ialah Pertubuhan
Peribumi Perkasa Malaysia (Perkasa), Mimbar Permuafakatan Ibu Bapa
Malaysia Pulau Pinang (Mapim), Alumni Belia 4B Pulau Pinang, Majlis Belia
Daerah SPU dan Kelab Warisan Pulau Pinang (Keris).
Ahmad berkata, pihaknya juga mahu polis mengambil tindakan termasuk
menggunakan Akta Hasutan 1948 terhadap pemilik laman sosial ‘Rejimen Anarki’
yang dilihat menghasut rakyat supaya membenci institusi Raja-Raja Melayu.
“Kita bimbang jika perkara ini tidak dibendung akan timbul insiden yang tidak
diingini seperti ketegangan dan pergaduhan antara kaum,” katanya. – BERNAMA

No comments:
Post a Comment