NUFFNANG

Monday, 13 January 2014

AMARAN KERAS KEPADA SEMUA PEMIMPIN BN !! @NAJIBRAZAK SEBELUM TERLAMBAT

AMARAN KEPADA SEMUA PEMIMPIN BN !! @NAJIBRAZAK

Segala kerisauan dan jangkaan MiM sebelum ini bakal menjadi nyata apabila isu kalimah Allah dan Bible bahasa Melayu yang dimainkan oleh Pakatan Pembangkang telah mulai dikaitkan secara langsung dengan bumiputera di Malaysia timur.

Portal pro-pembangkang telah mula melaporkan pandangan kumpulan-kumpulan bumiputera beragama kristian. Contohnya ialah kumpulan The Gempuru Besai Sarawak yang didakwa mewakili 6,000 Iban-speaking Christians di Sarawak.
 



Seperti yang kita semua tahu tugas portal pro-pembangkang, laporan mereka sudah tentu tidak adil, putar belit dan bermotifkan memburuk-burukkan Barisan Nasional. Dan laporan terbaru ini tidak terkecuali.

Di antaranya :
Speaking for the first time since the religious tussle over the word Allah started, the Gempuru Besai Sarawak, which represents about 6,000 Iban-speaking Christians in Sarawak, rapped Prime Minister Datuk Seri Najib Razak for keeping a "grim silence" over the seizure of the Bibles by Selangor Islamic Religious Department (Jais). 
Expressing its disappointment, the group's chairman, Pastor Greman anak Ujang, said Jais's raid of The Bible Society of Malaysia (BSM) office in Petaling Jaya, Selangor, where more than 300 copies of the Bibles in the Malay and Iban languages, were seized, was a breach of the 10-point solution and the Federal Constitution. 
Prior to the 2011 Sarawak elections, Putrajaya had endorsed a 10-point solution to allow Christians in Sabah and Sarawak to use “Allah” in the Malay version of the Bible. more
Di dalam laporan portal pro-pembangkang itu, mereka tidak langsung menyentuh kerajaan PKR Selangor dan titah Selangor yang melarang penggunaan kalimah Allah di Selangor.

Portal itu juga gagal melaporkan bahawa hal-ehwal agama adalah tertakluk pada negeri itu dan Sultan Selangor adalah ketua agama Islam di negeri itu.

JAIS adalah di bawah Sultan Selangor. Negeri Selangor pula ditadbir oleh kerajaan PKR bukannya BN. 

Sebaliknya, Najib Razak dan polisi kerajaan persekutuan yang diserang dan dipersalahkan. Dan MiM yakin Najib Razak dan kerajaan persekutuan BN akan berterusan dipersalahkan selepas ini dan lebih banyak lagi komentar dari organisasi-organisasi bumiputera Sarawak yang lain.

Bukan sahaja di dalam portal-portal dan media pro-pembangkang tetapi MiM percaya lebih ramai lagi pemimpin-pemimpin pembangkang yang akan turun ke Sarawak dan Sabah untuk menyemarakkan isu agama ini sehinggakan lebih ramai bumiputera dua negeri tersebut benci BN. 

Dahulu, pakatan pembangkang tidak berjaya untuk menembusi hati bumiputera di Sarawak dan Sabah. Apa yang berlaku di Semenanjung tidak sama di Sarawak dan Sabah. Dan bumiputera di Malaysia timur termasuk di dalam peruntukan Melayu dan bumiputera di dalam perlembagaan termasuk bumiputera beragama kristian.

Pembangkang tidak berjaya kerana mereka sekadar tin kosong dan tidak ada apa-apa sumbangan besar yang telah mereka berikan. Mereka mendabik dada kononnya Pulau Pinang berjaya dan maju di bawah Pakatan padahal negeri tersebut sudah pun maju dan berjaya sebelum kerajaan DAP, hasil daripada usaha kerja Barisan Nasional. 


Tetapi isu agama ini berkemampuan untuk memecahkan undi bumiputera yang menyokong BN sebelum ini. Kita tentu pernah dengar ayat 'fixed deposit' yang merujuk kepada negeri Sarawak dan Sabah sebagai kubu undi dan kerusi parlimen untuk Barisan Nasional. 

Sekarang, masih lagi. Tetapi jika pembangkang mengekalkan momentum dan berterusan melaga-lagakan BN dengan bumiputera di Malaysia timur, parti BN akan bakal berdepan dengan kekecewaan pada PRU14 dan juga pilihanraya Sarawak kelak!

Dan jika hari ini organisasi bumiputera di Sarawak diketengahkan oleh portal pro-pembangkang, MiM yakin selepas ini, organisasi bumiputera di Sabah akan turut di'undang' ke kancah ini. Dan begitulah seterusnya sehingga pilihanraya Sarawak dan PRU14.

Malangnya, jika BN lewa, tiada penyelesaian, tersilap strategi atau menunggu di saat-saat akhir untuk bertindak, ianya sudah terlewat.

Jangan kata MiM tidak beri amaran!

Apa pun, pakatan pembangkang sebenarnya telah berjaya mencipta modal mudah yang mereka sangat harapkan untuk politik mereka di Sarawak dan Sabah.  

source : dr mim

No comments: