Alamak! Dah parah ni, malunya Umno
Berita semalam di Wall Street Journal bertajuk ‘Between God and Allah: Malaysiatries to stop Christians using the Bahasa word for God’
WSJ memaparkan gambar di bawah diringi caption berbunyi, “Malaysian Muslim activists shout slogans during a rally after Malaysian Islamic authorities seized hundreds of Bibles from a Christian group over the use of the word “Allah” in Klang, outside Kuala Lumpur on January 5″.
Yahoo! News juga turut memuatkan gambar yang dirakam di acara yang sama, iaitu tunjuk perasaan terhadap gereja yang dikunjungi Marina Mahathir di Klang pada tempoh hari (5 Jan).
Gambar wanita-wanita sedang berdoa (bawah) disiarkan hari ini bersama rencana ‘WSJ to Malaysia: Drop sedition probe against priest‘.
WSJ dan Yahoo! adalah agensi media yang mencapai audien antarabangsa. Bermakna pembaca di seluruh pelosok dunia akan dapat melihat bahawa aktivis Islam tanahair rata-rata terdiri kaum Hawa.
Pada kacamata orang luar, hanya muslimah di Malaysia sahaja yang sanggup memperjuangkan kesucian perkataan Allah.
Pemuda “pahlawan” PPTA tidak pun turun padang pada pagi Ahad (5 Jan).
Semalam awal (4 Jan), Ketua Pemuda Umno telah mentweet sokongannya bagi tuntutan Puan Speaker yang mahukan MB menggantung pegawai Jais bertanggungjawab mengarah serbuan itu ke atas Bible Society – lihat screenshot bawah.
source : be kind to animals



No comments:
Post a Comment