NUFFNANG

Friday 17 January 2014

AKHIRNYA Najib ulas 'isu kangkung'...INI ULASAN NAJIB.

Najib ulas 'isu kangkung'...sayur itu hanya contoh

pm-kangkung513Kalau nak bandingkan polimek ' pemecatan' Azmin Ali sebagai Ahli Lembaga Pengarah PKNS yang cacamarba macam kartun itu...apa sangat soal kangkung yang dijadikan contoh oleh Datuk Seri Najib Tun Razak mengenai harga barang.

Ini belum lagi sebut tentang kenyataan paling lawak Presiden PAS Datuk Seri Haji Hadi Awang mengenai video itu besi tidak boleh dijadikan bukti semasa kehangatan isu video China Doll didedah Datuk T yang dikaitkan dengan Datuk Seri Anwar Ibrahim tidak lama dulu.

Jangan lupa ' jam Omega ' pernah popular gara-gara itu.
PAS juga buat-buat tak faham tentang lawak 'kibar spender' dalam isu video yang dikaitkan dengan Setiausaha Agung PAS Datuk Mustapha Ali.
Namun pembangkang dan pihak-pihak tertentu jenuh putar punya putar untuk mencetuskan persepsi yang memperlekehkan kerajaan dalam isu harga barang mengunakan sayur kangkung yang disebut oleh Perdana Menteri.
Malah ada yang sudah bertindak kurang ajar buat replika Perdana Menteri dan menyumbat kangkung dalam mulut.Tindak tanduk ini telah mencetuskan kemarahan ramai pihak.
Ia dilakukan oleh ADUN PKR Machang Bubuk Lee Khai Loon bersama sekumpulan remaja Cina di Bukit Mertajam Selasa.
Mereka yang mendengar sepenuhnya ucapan beliau pada satu majlis penyampaian bantuan kepada mangsa banjir di Kemaman,Terengganu pada 12 Januari boleh  faham maksud sebenar beliau.
Beliau cuba memberi senario isu kenaikan harga barang masa ini.
Najib antara lain mempersoalkan mengapa kerajaan dipersalahkan ketika harga barang naik, tetapi masa harga turun tidak pula dipuji.
"Bila harga barang naik, sawi naik, kangkung naik. Ada masa dia naik, ada masa dia turun.
"Hari ini saya baca dalam surat khabar ada yang dah turun. Kangkung dulu naik sekarang dah turun, apabila dah turun kenapa tak puji kerajaan, masa naik dipersalahkan kerajaan. Ini tidak adil," kata Najib di majlis di Kemaman itu.
Khamis malam,Najib pertama kali ulas ' isu kangkung' yang dipersendakan di laman-laman sosial.
Berucap di Majlis Jamuan Malam Bersama Perdana Menteri anjuran Kongres India MuslimMalaysia (Kimma) di Kuala Lumpur,beliau berkata perkara itu tidak patut dipermainkan.
Katanya beliau sebut nama sayuran itu hanyalah contoh barangan yang digunakan ramai orang.
"Saya suka makan kangkung, anda semua suka makan kangkung...(sebab itu) saya beri contoh yang semua orang makan. Kalau saya beri contoh seperti burung puyuh, orang tertentu sahaja makan.
"Tidak seharusnya contoh itu dipermainkan oleh sesiapa kerana saya beri contoh sebagai prinsip 'supply and demand' (penawaran dan permintaan) yang tentukan harga sebahagian daripada barang makanan yang kita tidak kenakan harga kawalan," katanya.
Dalam ucapan itu Perdana Menteri juga berkata beliau telah mengarahkan Kementerian Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan Kepenggunaan (KPDNKK) supaya lebih tegas terhadap peniaga yang menaikkan harga barang sesuka hati.
Ini,katanya bagi memastikan peniaga lebih beretika dalam menjalankan aktiviti perniagaan, sekali gus membantu rakyat.
"Saya dah arahkan kementerian untuk gunakan akta sedia ada yang mana kuasa dan tindakan boleh diambil terhadap mana-mana peniaga yang umumkan bayaran atau caj yang terlalu tinggi, (semata-mata) untuk mendapat untung lebih.
"Ini satu cara bagaimana kita boleh bantu mengurangkan harga kepada pengguna dan rakyat, (akibat) peniaga tidak beretika yang cuba mencari kesempatan dalam masa sekarang," katanya.
Beliau turut menggesa pengguna supaya lebih proaktif dengan terus melaporkan kepada pihak berkuasa sekiranya mereka mengesan peniaga yang sengaja menaikkan harga barangan.
Di samping itu, Najib berkata beliau dan timbalannya Tan Sri Muhyiddin Yassin sendiri akan turun padang untuk melihat situasi harga barang dengan lebih dekat.
Menurutnya, kesempatan itu akan diambil untuk mempromosikan kedai yang menawarkan harga berpatutan kepada rakyat.
"Kita akan iklan atau maklumkan kepada semua pihak bahawa inilah kedai-kedai yang patut dikunjungi orang ramai," katanya.
Dalam pada itu, Najib memuji tindakan peniaga di bawah Persatuan Pengusaha Restoran Muslim Malaysia (Presma) yang menurutnya lebih bertanggungjawab dalam memastikan harga makanan dan minuman tidak dinaikkan sehingga membebankan pengguna.
"Presidennya (Noorul Hassan Saul Hameed) berkata kedai-kedai yang dikendalikan Presma atau anggotanya begitu bertanggung jawab sekali. Meskipun harga susu manis dan gula naik, tetapi beliau beri jaminan kepada saya harga teh tarik tak dinaikkan.
"Ini adalah contoh bagaimana peniaga yang amat bertanggungjawab dan tidak mahu mengambil kesempatan atau eksploitasi keadaan (berbanding pihak yang) memberi pelbagai alasan semata-mata untuk tujuan naikkan harga," katanya.
Najib turut mengumumkan peruntukan RM1 juta untuk membolehkan Koperasi Kimma Bhd (KopKimma) membuka cawangan Al-Rahnu di perkarangan Masjid India di Kuala Lumpur.
Najib berkata beliau secara peribadi memandang tinggi usaha KopKimma untuk membuka cawangan itu bagi memastikan masyarakat India Muslim mempunyai peluang untuk memohon skim mikro kredit bagi meningkatkan taraf hidup mereka.
"Saya memandang tinggi usaha KopKimma di bawah pengerusinya (Prof Datuk Dr) Mohd Harun Nizam yang bercadang membuka cawangan Al-Rahnu yang pertama di perkarangan masjid itu sedikit masa lagi.
"Ini akan membolehkan golongan India Muslim di negara ini mendapat pinjaman mikro kredit dengan kadar lebih adil dan berpatutan berbanding kedai yang gunakan kadar yang begitu tinggi," katanya.
Mengulas pencapaian komuniti tersebut di negara ini, Najib berkata di bawah kepimpinan Kimma, masyarakat India Muslim tempatan mencapai kejayaan dalam pelbagai bidang perniagaan seperti peruncitan, katering, kedai emas dan sebagainya.
Namun, beliau melahirkan harapan masyarakat itu terus mempelbagaikan lagi bidang keusahawanan yang diceburi untuk merangkumi bidang lebih mencabar seperti bioteknologi, teknologi hijau serta Teknologi Maklumat dan Komunikasi (ICT).-16/1/2014
source : agenda daily

No comments: