Saiful sumpah Al-Quran…cabar Anwar turut sumpah
" Wallahi Wabillahi Watallahi ….Saya, Mohd Saiful Bukhari Azlan bersumpah bahawa saya telah diliwat oleh Dato Seri Anwar Ibrahim pada 26-6-08 iaitu pada tarikh tersebut Dato Seri Anwar Ibrahim telah memasukkan zakarnya ke dalam lubang dubur saya. Jika saya berdusta atas pengakuan ini maka saya berdusta terhadap Allah dan saya sanggup menerima azab, laknat dan kutukan daripada Allah hingga ke kiamat "
– itulah sumpah mengikut syariat Islam yang dilafazkan oleh Mohd Saiful Bukhari Azlan sambil mengadap kiblat di Masjid Wilayah Persekutuan,Jalan Duta Kuala Lumpur jam 6.15petang Jumaat.
Upacara selama kira-kira 15 minit itu disaksikan imam masjid itu serta 30 orang daripada wakil media dan anggota keluarganya.
Bekas pembantu peribadi kepada penasihat Parti Keadilan Rakyat,Datuk Seri Anwar Ibrahim itu , sebelum ini berjanji melakukan sumpah mubahalah bagi menyokong dakwaannya terhadap bekas majikannya itu.
Sejurus selesai Saiful yang ditemani oleh bapanya, Azlan dan peguamnya Zamri Idrus berkejar ke Hotel Dynasty di Jalan Ipoh untuk menghadiri satu sidang akhbar di situ.
Pada sidang akhbar itu disediakan projector LCD dimana rakaman upacara angkat sumpah itu ditayangkan semula kepada puluhan para wartawan yang hadir.
Saiful memulakan sidang akhbar dengan membacakan satu kenyataan dimana beliau mencabar Anwar supaya angkat sumpah dalam masjid disaksikan oleh para ulamak dan seluruh rakyat Malaysia untuk menafikan dakwaan liwat yang dibuatnya terhadap Penasihat PKR itu.
Beliau yang berwajah tenang sahaja ketika pertama kali mengadap para wartawan sejak membuat aduan polis mengenai dakwaan diliwat oleh Anwar pada 28 Jun lalu enggan menjawab beberapa soalan yang dikemukan sebaliknya berkata akan jawabnya di mahkamah.
“Saya akan jawabnya di mahkamah kemudian.Saya bukan seperti Anwar Ibrahim dan tidak mahu satu perbicaraan menerusi media.saya akan beri kenyataan saya di mahkamah,”katanya.
Kepada satu soalan beliau menegaskan kejadian liwat itu dilakukan tanpa kerelaannya.
Ditanya adakah Anwar orang pertama meliwat beliau, beliau menjawab:
“Ya. Ini (kejadian liwat) kali pertama,”katanya.
Saiful juga berkata beliau tidak bercadang untuk berkempen dalam pilihanraya kecil Permatang Pauh.”Ini bukan soal politik tetapi soal peribadi antara saya dengan Anwar Ibrahim,”katanya.
Beliau juga menolak andaian sengaja memilih untuk sumpah Al-Quran hari ini menjelang penamaan calon Permatang Pauh Sabtu.
Katanya beliau merasa amat lega setelah angkat sumpah dan merasa diberi kekuatan oleh Allah untuk berdepan dengan para wartawan.
Pada 7 Ogos lepas, Anwar didakwa di Mahkamah Sesyen di sini atas tuduhan melakukan seks luar tabii terhadap Mohd Saiful pada 26 Jun lepas di unit 11-5-1 Desa Damansara Condominium, No 99, Jalan Setiakasih Bukit Damansara.
Anwar mengaku tidak bersalah terhadap pertuduhan itu.
Pertuduhan itu adalah mengikut Seksyen 377B Kanun Keseksaan yang membawa hukuman penjara sehingga 20 tahun dan sebat jika sabit kesalahan.-
kzso - the truth will prevail
2 comments:
Penulisan saya ini adalah reaksi terhadap Isu "Anwar Liwat Saiful". Ini sudah membuka lembaran baru bagi semua pihak, terutama sekali ummat Islam di Malaysia. Apakah kaitannya dengan hukum-hakam Islam. Saya, sebagai seorang Muslim mengambil kira hal ini kerana ia menyentuh soal aqidah dan ugama. Maka ia hangat diperkatakan. Secara rengkas, sungguhpun Saiful bersumpah untuk menghapus "fitnah" terhadap dirinya, tapi dia telah membuat satu kesilapan besar. Ini kerana dalam percaturan tuduh-menuduh, Anwar Ibrahim telah mendapat -the upperhand- lebih logik dan berwibawa.
Ketika Saiful mendakwa "Anwar Meliwat" itu dalam hukum Islam masuk dalam bab QAZAF. Sekiranya Anwar betul-betul liwat, dan dikira bersalah seperti mana yang didakwa oleh Saiful, tapi Anwar untuk mengelak dia di hukum, dia lebih cerdik kerana cepat-cepat melaporkan perkara tuduhan liwat ke Mahkamah Syariah. Kemudian pihak Mahkamah Syariah kenalah menyiasat perkara ini. Ya, Anwar bersalah kerana meliwat pada pandangan dzahir, tapi pada hukum syara' dia dikira tidak bersalah ...kerana Saiful kena bawa 4 orang saksi yang melihat dengan mata mereka sendiri perbuatan liwat itu. Dalam hal hukum QAZAF, Saiful dikira bersalah walaupun dia bersumpah diluar Mahkamah bahawa Anwar benar-benar telah meliwatnya.
Ya, Anwar telah berjaya memerangkap Saiful. Nanti Mahkamah Syariah akan memanggil Saiful atas laporan adakah benar atau tidak dia menuduh Anwar buat kerja liwat ? Maka Saiful boleh menarik balik tuduhan dia itu (sebab dia tak dapat cari saksi-saksi menurut hukum syara'), maka kes ini boleh digugurkan. Itu, sekiranya Saiful menarik balik atau menafikan sebelum kes itu bersabit di Mahkamah Syariah, dan Anwar boleh menarik balik laporan yang dibuat terhadap Saiful.
Perbuatan Saiful bersumpah di khalayak ramai sudah menjadi bukti bahawa dia menuduh Anwar liwat dan Mahkamah Syariah sudah mendapat bukti yang kukuh bahwa laporan Anwar itu benar, "terlaknatlah" Saiful mengikut hukum Islam, yang Saiful meminta dirinya dilaknat. Sumpahnya telah memakan dirinya mengikut hukum dan kaedah Islam. Saiful dikira bersalah dari segi shara' , dia patut disebat 80 kali ..atau di penjara 3 tahun, lebih-lebih lagi dia kira sebagai "pembohong" yang kita tidak boleh berkawan dengan atau menyokong Saiful.
In the Islamic sense, Saiful will be outlawed , considered a vile man and a liar ...even if he thinks or declares he is telling the truth. We have Islamic laws. Jangan sekali-kali tuduh orang berzina atau liwat. Kita ada hukum-hakam Islam yang melindungi maruah seseorang Islam. Saya percaya Anwar liwat, tapi saya TIDAK BOLEH mengisytiharkan secara terbuka kerana itu QAZAF namanya. Saya boleh dihukum mengikut undang-undang Islam, fahamlah dan berimanlah.
Sekali lagi, mungkin Anwar di pihak yang salah, tapi kita dikira oleh syara' sebagai pembohong kerana tidak berjaya membuktikan di Mahkamah Syariah. Dalam isu ini Anwar telah berjaya memerangkap Saiful ...dan mengusik jiwa kita, apakah kita ini, beriman atau kufur ?
Tambahan pula ramai orang Melayu di Malaysia ini jahil tentang Islam itu sendiri. Suka mempersenda hukum-hakam Islam. Sila renungkan:
Macam tersebut dalam Al-Qur'an: " a fa tu'minuna bi ba'dhi _l-kitab wa ta'furuna bi _l-ba'dh " = adalah kamu beriman kepada sebahagian kitab dan kamu kufur kepada bahagian yang lain ? [Al-Baqarah (2) : 85]. Kalau betul sekalipun Anwar meliwat dia, adalah lebih baik dia diam kerana perbuatannya ialah hukum QAZAF. Kalau dia engkar hukum QAZAF, ertinya dia menolak hukum Islam. Fahamlah sendiri.
Apa yang Saiful buat, bersumpah di masjid bukan MUBAHALAH namanya. Dalam majlis mubahalah, kedua pihak yang saling menuduh mesti berdepan, berhujjah atas perkara ilmiah dan akhirnya bersumpah laknat jika kedua-kedua pihak menemui jalan buntu.
Anwar tidak perlu bersumpah kerana dia sudah buat laporan di mahkamah syariah. Lagipun secara terbuka dia berkata dalam salah satu ceremahnya:
Dia membaca ayat "wa makaruu wa makar ALLAH, wa ALLAHu khairu l-maakireen" = dan mereka mengatur tipu muslihat, dan ALLAH pula mengatur, dan ALLAH adalah yang sebaik-baik pengatur - tipu muslihat ..[Ali Imran (3) : 54]. Oleh itu secara tidak langsung Anwar bermaksud Allah akan bakal menghukum orang yang menipu. Jika Anwar yang menipu dia sendiri akan menerima akibatnya umpama dirinya sendiri akan dilaknat.
saya bersetuju pendapat saudara anwar 'berjaya memerangkap' saiful tetapi perangkap makan tuan.
anwar memang bijak dan licik dalam permainan politik tetapi ketahuilah bahawa kebenaran adalah hak ALLAH SWT dan kebenaran akan ditunjukkan olehNYa, insyaALLAH.
persoalannya adalah kenapa anwar terlalu liat untuk bermubahalah jikalau beliau mengaku beliau tidak bersalah? janganlah kita terleka dengan permainan dan kelicikan anwar dalam berpolitik tapi kita hanya mahukan kebenaran samaada beliau berani bermubahalah bahawa beliau tidak melakukan liwat. itu sahaja. janganlah kita pergi kepada teknikal tapi kita melihat dari kebenaran. itu saja.
kalau nak ikut teknikal, kita lihat cara dan kaedah bersolat. berbagai cara orang bersolat tapi adakah ada cara solat yang betul? memang ada solat cara rasulullah saw jika kita ikut sirah dan syariat rasulullah saw dalam menunaikan solat. kita perhatikan cara solat tg nik aziz, tg abdul hadi, mufti perlis dan mufti-mufti yang lain; nampak sedikit perbezaan cara mereka bersolat (takbir, letak tangan di dada, rukuk, sujud dan cara dua sujud)tapi adakah solat mereka itu tidak sah?
adakah sumpah ydp agong salah sebab ada terletak al-quran semasa ydp agong mengangkat sumpah? bagaimana dengan sumpah menteri dan wakil rakyat di parlimen? adakah cara itu bertentangan dengan islam?
kita mahukan kebenaran dan pengakuan dari anwar samada beliau berani bermubahalah untuk mengatakan beliau tidak meliwat saiful...itu sahaja. kebenaran.
Post a Comment