NUFFNANG

Tuesday, 1 September 2009

UNSPIN: Pengerusi Penduduk Seksyen 23 adalah calun ADUN PAS.... Nizar kvv2 : Putar Belit MP Shah Alam...

UNSPIN: Pengerusi Penduduk Seksyen 23 adalah calun ADUN PAS


Seronok kita tengok Khalid 'gereja' Samad menggelabah. Orang bohong dah kena kantul.

Menurut blog Another Brick in the Wall, Pengerusi Jawatankuasa Tindakan Penduduk ia-itu Mahyuddin Manaf adalah ahli PKR Wangsa Maju. Ada blog lain melaporkan Mahyuddin adalah ahli PAS. Naibnya, Ibrahim Sabri, adalah penggiat Reformasi yang pernah masuk keluar lokap. Pembaca doa pada hari perarakan adalah ahli PAS yang dipanggil penduduk situ sebagai Amin.

Kita siarkan sepenuhnya respons Khalid dalam blognya sini nampak sangat susah nak caya protes terhadapnya adalah protes penduduk dan bukan protes mana-mana parti.

Sunday, August 30, 2009

Kepala Lembu PAS?

Saya diberitahu ada pihak yang menyatakan bahawa Ibrahim dan Mahyudin, dua watak utama demo kepala lembu tempohari telah mengaku diri mereka sebagai ahli/penyokong PAS. Oleh itu ada yang bertanya kepada saya samada ianya benar.

Maka saya pun menjawab, “biasalah, pada masa ini siapa sanggup mengaku dirinya ahli UMNO?”

Saya berikan contoh seperti penyokong Manchester United. Kalau datang ke Malaysia dan dibelasah teruk hingga 7 – 0, semua penyokong MU Malaysia tidak akan mengaku menyokong (kecualilah MU tok tok) dan akan mengaku dirinya penyokong setia pasukan bola sepak Malaysia! Betul tak?

Maaf ya penyokong MU, sekadar contoh sahaja... Tapi dengar-dengar khabar mereka menang semalam.

Maka jika kita kembali kepada kisah mereka berdua ini, jika benar mereka ini ahli PAS, maka wajar mereka ini disingkirkan atas sebab tindakan mereka yang BERCANGGAH dengan ajaran Islam. Tindakan mereka menjatuhkan imej Islam yang tidak selari dengan prinsip parti Islam.

Tetapi saya yakin mereka BUKAN ahli PAS. Ini kerana sudah lebih 10 tahun saya menjadi YDP PAS Shah Alam dan tidak pernah saya lihat muka kedua-dua penganjur demo ini. Lagipun tiada ahli PAS yang akan sanggup menukarkan kalimah ‘Takbir’ kepada ‘Take Beer’ seperti yang dilaungkan oleh golongan ini.

Mereka mengecam pimpinan PR tanpa menyentuh sedikit pun pimpinan UMNO. Walhal rata-rata semua tahu bahawa perkara ini berpunca dari kelemahan pentadbiran kerajan Negeri warisan UMNO/BN yang terdahulu. Mereka juga dilaporkan telah bertemu dengan Noh Omar...!

Hmmmmmm.......begitulah perangai UMNO dulu kini dan selamanya. Baling batu, sorok tangan.

Nampak benar Khalid takdak jawapan berfakta kepada fakta yang didedahkan. Ini hanya pandangannya yang cuba menggunakan lojik putaq alam untuk menolak fakta. Oi ... YB Kepala Lembu. Tolak fakta pakai fakta naa.

Lani ada satu fakta lagi ni. Nahhh ...

Pengerusi Persatuan Penduduk pula adalah orang PAS bernama Azrul Hakim. Azrul adalah bekas calun PAS si kawasan Dewan Undangan Negeri Sabak. Sebelum Khalid 'Gereja' Samad cuba nak putaq, Azrul tidak langsung memberi statemen menolak kumpulan protes ini mewakili penduduk. Menurut apa yang difami dari kawan-kawan, Azrul sokong protes ini.

Apa nak kata, Khalid 'Gereja' Samad?

Oh ya, ingat tiadakah orang PAS menentang jualan beer pada orang Islam? Yang sokong Ronnie, hanya kamu. Hasan Ali hanya berkompromi tetapi dia dan ramai lagi masih tidak setuju.

Ramai orang PAS tidak setuju dengan kumpulan Erdogan yang Khalid 'Gereja' Samad adalah sebahagian. Itu yang Husam kalah teruk. Hasan Ali pun buang Khalid dari PAS Selangor pasai dia Erdogan.

Baik hangpa buang Khalid dari PAS. PRU 13 pasti katoi di kawasan ini. Jangan hangpa ingat orang PAS yang tidak paham niat jahat pihak gereja untuk guna istilah Allah. Depa kata saja sokong tapi dalam hati, tak setuju. Itu perjuangan yang buat Khalid 'Gereja' Samad terkenal

Menurut Khalid 'Gereja" Samad, orang PAS mesti sokong dia dan tidak biaq slogan kutuk PAS. Dia hairan depa tak kutuk UMNO.

Tak semua orang PAS lembu cucuk hidung. Orang PAS di Seksyen 23 pasti sedia kecam UMNO. Orang UMNO pun sedia kutuk UMNO. Keempat-empat MB dan Exco berkepala lembu bukan orang UMNO. Macam mana mereka nak putarbelit salahkan UMNO? Bukan UMNO perintah Selangor.

Hang buka puasa selalu minum apa, Khalid? Mabuklah hang. Take Beer untuk you. Ajak sekali brader you. Tak tahu sekarang, tapi dulu abang you hebat.

2 comments:

Jeffry said...

SLM BRO...HEHEHE SEBIJIK KENE TEPAT KT PUNDAK SI KHALID SAMDOL 2 EKOR TU BEB!!..MESTI SENAK PROT DIORANG ADOIYAIII..NASIB KO BEDUA LERR KHALIDDD OIII KEHKEHKEH

Anonymous said...

pas baik pecat khalid gereja. pasal dia pembohong, degil, angkuh dan enggan mendengar suara penduduk.


source : theunspinners.blogspot.com

Kisah Lembu Dan Manusia...

Salam,

Perhatikan gambar di atas. Tindakan sebilangan orang ini telah menimbulkan kemarahan yang bukan kepalang. Alasan : mengganggu sensitiviti penganut Hindu yang memuliakan lembu.

Sedang isu sebenar mereka di atas bukan kisah kepala lembu, tapi penolakan pemindahan kuil ke kawasan perumahan mereka.

Kasihan penduduk ini, sekarang dari pemimpin hingga ke blogger tidak lagi sibuk dengan apa yang mereka perjuangkan, tapi sudah menyibukkan dengan kepala lembu pulak!


Perhatikan pula gambar ini. Pemuda-pemuda ini mengangkut bukan setakat kepala lembu, malah seekor lembu yang lengkap untuk tujuan politik. Tidakkah ini juga menganggu sensitiviti penganut Hindu?

Atau, oleh kerana ketua mereka berbaju biru, maka tindakan pemuda ini tidak menjadi apa-apa!

Hmmm...benarlah kata pepatah, bodoh macam lembu! Yang kesian lembu, di tangan manusia lembu menjadi bodoh.

source : ustazsaid.blogspot.com


Kepala Lembu PAS?

Saya diberitahu ada pihak yang menyatakan bahawa Ibrahim dan Mahyudin, dua watak utama demo kepala lembu tempohari telah mengaku diri mereka sebagai ahli/penyokong PAS. Oleh itu ada yang bertanya kepada saya samada ianya benar.

Maka saya pun menjawab, “biasalah, pada masa ini siapa sanggup mengaku dirinya ahli UMNO?”

Saya berikan contoh seperti penyokong Manchester United. Kalau datang ke Malaysia dan dibelasah teruk hingga 7 – 0, semua penyokong MU Malaysia tidak akan mengaku menyokong (kecualilah MU tok tok) dan akan mengaku dirinya penyokong setia pasukan bola sepak Malaysia! Betul tak?

Maaf ya penyokong MU, sekadar contoh sahaja... Tapi dengar-dengar khabar mereka menang semalam.

Maka jika kita kembali kepada kisah mereka berdua ini, jika benar mereka ini ahli PAS, maka wajar mereka ini disingkirkan atas sebab tindakan mereka yang BERCANGGAH dengan ajaran Islam. Tindakan mereka menjatuhkan imej Islam yang tidak selari dengan prinsip parti Islam.

Tetapi saya yakin mereka BUKAN ahli PAS. Ini kerana sudah lebih 10 tahun saya menjadi YDP PAS Shah Alam dan tidak pernah saya lihat muka kedua-dua penganjur demo ini. Lagipun tiada ahli PAS yang akan sanggup menukarkan kalimah ‘Takbir’ kepada ‘Take Beer’ seperti yang dilaugkan oleh golongan ini.

Mereka mengecam pimpinan PR tanpa menyentuh sedikit pun pimpinan UMNO. Walhal rata-rata semua tahu bahawa perkara ini berpunca dari kelemahan pentadbiran kerajan Negeri warisan UMNO/BN yang terdahulu. Mereka juga dilaporkan telah bertemu dengan Noh Omar...!

Hmmmmmm.......begitulah perangai UMNO dulu kini dan selamanya. Baling batu, sorok tangan.



WaLlahu ‘Alam
KHALID SAMAD

No comments: