NUFFNANG

Wednesday 2 September 2009

Sultan Selangor titah Khalid selesaikan isu kuil

Sultan Selangor titah Khalid selesaikan isu kuil

02/09/2009 1:44pm

SHAH ALAM 2 Sept. – Sultan Selangor Sultan Sharafuddin Idris Shah telah menitahkan Menteri Besar Selangor, Tan Sri Khalid Ibrahim supaya mencari jalan terbaik menyelesaikan masalah pembinaan kuil di Seksyen 23 bagi mengelak timbulnya perselisihan kaum di negeri itu.

Setiausaha Sulit kepada Sultan Selangor, Datuk Mohamad Munir Bani berkata, titah baginda itu telah disampaikan melalui beliau kepada Khalid dalam satu surat bertarikh 24 Ogos lalu.

“Baginda sendiri juga menitahkan kepada Menteri Besar Selangor pada sesi menghadap pada hari Rabu sebelum Mesyuarat Exco mengenai perkara itu sebelum ini,” kata beliau dalam satu kenyataan di sini hari ini.

Kenyataan itu bagi mengulas desakan beberapa pihak yang meminta Sultan Selangor campur tangan mengenai isu itu seperti yang dilaporkan Utusan Malaysia hari ini. - Utusan.

No comments: