Sidang Dewan di hotel tidak sah!
Terdapat rakaman You Tube temubual Aziz Bari yang mengatakan bahawa Sidang Dewan yang diadakan di hotel oleh ADUN Pembangkang di Perak adalah sah. Dibawah ini, saya perincikan satu persatu apa yang telah dilafazkan oleh Aziz Bari dalam temubual itu dan saya memberi hujahan balas dalam tulisan berwarna merah.
Transcript secara verbatim temubual itu juga boleh dibaca di laman blog ini. walaupun tidak sepenuhnya tepat.
1. Pakar Undang-undang Universiti Islam Antarabangsa Malaysia Profesor Dr Abdul Aziz Bari berkata tindakan Speaker DUN Perak V. Sivakumar bersama 24 ADUN Pakatan Rakyat mengadakan Sidang DUN pada 2 September lalu di Hotel Herittage adalah sah dari segi Perlembagaan, malahan usul yang dikemukakan pada Sidang berkenaan juga merupakan usul yang sah.
Adakah Sidang Dewan ini mendapat perkenan KDYMM Sultan Perak? Setiap Sidang Dewan Undangan Negeri mestilah mendapat perkenan Sultan dahulu. Sultan adalah sebahagian daripada Dewan dan segala usul serta rang undang-undang yang diluluskan oleh Dewan hanya boleh dikuatkuasakan setelah mendapat perkenan Sultan (assented to by the Ruler). Kalau tiada mendapat perkenan Sultan maka Sidang Dewan itu adalah void ab initio!
2. V. Sivakumar masih lagi Speaker Dewan kerana ia diangkat keluar dari Dewan secara paksa pada Mei lalu dalam cubaan rampasan kuasa Umno-BN.
Hujah ini langsung tiada asas kerana pemecatan Sivakumar adalah dibuat dalam satu Sidang Dewan yang turut dihadiri oleh semua Ahli Dewan termasuk dari Pembangkang. Kedegilan Sivakumar untuk turun dari tempat duduk Speaker setelah beliau dipecat melalui undi Ahli terbanyak menyebabkan beliau dibawa keluar. Malah Sidang Dewan itu telah diteruskan dengan Titah Ucapan Tuanku Raja Muda Perak dan semua ahli Dewan yang lain menghadiri serta mendengar Titah Ucapan itu. Perbuatan mereka itu dengan sendirinya menjadi "cognisance" terhadap perlantikan Speaker yang baru. Mereka sekarang ini tidak boleh berpaling dengan mengatakan mereka tidak menerima apa yang mereka telah terima pada awalnya! Ini adalah prinsip undang-undang yang dikenali sebagai "estoppel".
3. "Ganesan hingga kini masih lagi tidak sah atau pun kedudukannya tidak jelas. Dan beliau telah melanggar Perlembagaan Negeri yang melarang seseorang memegang dua jawatan dalam satu masa. Beliau masih jadi peguam sewaktu dilantik jadi Speaker Dewan. Sebenarnya yang bermasalah adalah Datuk Ganesan bukannya Sivakumar.

Tiada timbul soal Ganesan memegang 2 jawatan iaitu sebagai peguam dan juga Speaker. Genesan telah mengesahkan bahawa selepas dilantik menjadi Speaker, beliau tidak lagi meneruskan amalan guamannya. Malahan tiada pun bukti yang Ganesan masih menjalankan tugas sebagai Peguambela & Peguamcara selepas menjadi Speaker.
4. "Apa yang diputuskan dalam Sidang DUN itu adalah sama statusnya dengan yang di bawah pokok hari itu sah kerana pada satu-satu masa hanya boleh ada satu DUN sahaja. DUN di pengerusikan Ganesan tidak sah dan ia masih di bawah Sivakumar,"

Alasan dan hujah ini juga amat dangkal kerana ianya tiada mendapat perkenan Sultan. Malahan apabila Sidang Dewan dijalankan di Dewan yang sah perasmiannya oleh Sultan Perak pada bulan Mei, tiada pun pengesahan penyata mesyuarat terhadap Sidang dibawah pokok itu.
5. Aziz yakin pihak setiausaha kerajaan negeri dan polis sedar bahawa sidang DUN Pakatan Rakyat itu adalah sah kerana pihak berkuasa kelihatan teragak-agak untuk mengambil tindakan.
Hujah ini bukan hujah undang-undang. Terlalu dangkal bagi seorang yang mengelar dirinya professor undang-undang. Adakah dengan SUK & Polis teragak-agak untuk mengambil tindakan menjadikan Sidang yang tidak sah menjadi sah? Tambahan pula, tindakan apa yang dimaksudkan oleh Aziz Bari?
6. "Ini dikutuk oleh sebuah laman web penyokong Umno berasa tidak senang dengan tindakan yang dianggap lembut oleh pihak polis di Ipoh walaupun sebenarnya kalau diperhatikan sudah kasar apa yang diakukan oleh polis terhadap Nizar dan Nge Khoo Ham,"

Kutukan oleh laman web tidak juga boleh menyebabkan Sidang Dewan yang tidak sah menjadi sah! Sebagai professor undang-undang, hujah ini amatlah memalukan!
7. Umno-BN mengheret mahkamah dalam kancah politik negara bagi merealisasikan rampasan kuasa yang dilakukan di Perak.
7. Umno-BN mengheret mahkamah dalam kancah politik negara bagi merealisasikan rampasan kuasa yang dilakukan di Perak.
Hujah ini hanya layak dipatahkan dengan bertanya tidak kah Pas/PKR/DAP juga membawa kes ke Mahkamah? Satu attempt yang amat dangkal semata-mata berhujah tanpa berfikir panjang!
8. Mahkamah tidak seharusnya mencampuri hal ehwal Dewan Negeri mahupun Dewan Negara, sejajar dengan konsep pemisahan kuasa legislatif-eksekutif-kehakiman.
8. Mahkamah tidak seharusnya mencampuri hal ehwal Dewan Negeri mahupun Dewan Negara, sejajar dengan konsep pemisahan kuasa legislatif-eksekutif-kehakiman.
Sebagai pengamal atau orang yang mengajar subjek undang-undang, hujah ini amat memalukan. Konsep pemisahan kuasa bukan itu maksudnya!
9. "Kalau mahkamah telah melanggar Perlembagaan siapa lagi yang kita harapkan untuk jaga Perlembagaan kerana hakim-hakim harus menjunjung dan pertahankan Perlembagaan. Perlembagaan kata mahkamah tidak ada kuasa untuk campur atau kaji atau periksa prosiding Dewan, dia buat juga maknanya mahkamah telah melanggar Perlembagaan. Jadi sekarang dalam keadaan kelam-kabut dan keputusan mahkamah dipersoalkan,"

Tuduhan bahawa Mahkamah telah melanggar Perlembagaan oleh Aziz Bari ini adalah tidak berasas langsung! Apakah sebenarnya yang beliau faham tentang fungsi Mahkamah? Bukan kah Mahkamah itu tempat atau avenue rujukan apabila ada kekeliruan undang-undang serta bukan kah Mahkamah tempat "interpretation of the law" dan bukankah Mahkamah berkuasa mengkaji perkara-perkara berkaitan Perlembagaan. Kalau ini lah yang diajar oleh Aziz Bari kepada pelajar undang-undang di UIA, maka akan muncul lah graduan undang-undang yang sama sekali lain pemahamannya mengenai fungsi Mahkamah dengan graduan dari Universiti lain di Malaysia dan di luar negeri!
10. Aziz Bari juga mempersoalkan keputusan Mahkamah Persekutuan Putrajaya memutuskan Speaker Dewan Undangan Negeri Perak V. Sivakumar tidak mempunyai kuasa menggantung Menteri Besar Perak Datuk Seri Zambry Abdul Kadir dan enam Exconya daripada menghadiri sidang Dewan Negeri berkenaan.
Mempersoalkan keputusan Mahkamah ini dibuat kerana mereka kalah kes itu. Kalau mereka menang kes itu pastinya tidak dipersoalkan. Tindakan mempersoalkan keputusan Mahkamah ini adalah "contempt of Court" dan menunjukkan bahawa ilmu undang-undang Aziz Bari amat dangkal. Mahkamah Persekutuan adalah mahkamah tertinggi di Malaysia dan kalau beliau tidak dapat menerima itu sebagai sistem perundangan Malaysia, beliau tidak layak mengelar dirinya sebagai seorang professor undang-undang!
11."Umno heret Istana untuk sahkan kedudukan ini satu tindakan yang tidak betul dan mengkompromikan kedudukan neutral dan atas politik istana,"
11."Umno heret Istana untuk sahkan kedudukan ini satu tindakan yang tidak betul dan mengkompromikan kedudukan neutral dan atas politik istana,"
Apabila beliau menyebut UMNO dalam hujahnya ini, beliau sebenarnya partisan! Adakah perbuatan Nizar dan gang yang bertindak mencari jalan malah mengadap Sultan dan Raja Muda Perak tidak mengheret Istana? Kenapa beliau gunakan perkataan "ISTANA" sedangkan Undang-undang Tubuh Perak merujuk kepada Ruler iaitu Sultan dan bukannya Istana? Apabila istilah yang bukan constitutional dibuat oleh seorang professor undang-undang hanya menampakkan kedangkalan ilmu beliau!
12. DUN Perak perlu dibubar demi kepentingan negeri berkenaan khususnya dari segi kestabilan politiknya.
Hujah ini juga bukan hujah undang-undang! Siapakah beliau untuk meramalkan kestabilan politik atas alasan DUN mesti dibubarkan! Malah ini adalah mengikut rhetoric pembangkang dan jelas Aziz Bari adalah partisan kepada pembangkang dan hujahannya sebagai pengamal undang-undang tidak untuk "justice and fair play"!
13. "Siapa Istana untuk menentang ini, kita harus faham latar belakang mengapa kuasa budi bicara diberikan pada Sultan bukan kuasa mutlak, apa yang berlaku di Perak jelas keengganan Sultan membubarkan Dewan telah memalitkan Istana dengan politik. Ia jelas dan semua nampak ia tidak boleh dinafikan,"

Kenapa ada istilah Istana dan Sultan dalam hujahan ini? Apakah motif Aziz Bari? Sudah jelas diputuskan oleh Mahkamah Rayuan bahawa kuasa Sultan adalah mutlak dalam soal membubarkan Dewan. Mempersoalkan keputusan Mahkamah sepatutnya tidak dilakukan oleh seorang yang bergelar Professor kerana avenue rayuan ke Mahkamah Persekutuan tidak pun dibuat oleh "litigants" dalam kes itu iaitu Nizar.
Sebagai kesimpulannya, Aziz Bari telah banyak mengeluarkan hujah mengenai undang-undang terutamanya tentang apa yang berlaku di Perak. Malangnya semua hujahannya tidak satu pun pernah diterima oleh Mahkamah apabila perkara itu dibicarakan. Sebagai seorang peguam yang tidak menang kes, peguam itu bukan lah seorang yang bagus!
1 comment:
Tuan,
Terima kasih kerana membuat petikan secara penuh apa yang saya tulis dalam blog saya http://dongtalk.blogspot.com.
Hanya saya harap Tuan dapat buat direct link kpd blog saya itu supaya pembaca juga boleh terus access blog saya secara direct utk baca tulisan yg asal...
Salam Ramadhan Kareem
Dato' Shamsuddin Hj Nawawi
Post a Comment