Mahfuz Oh Mahfuz
Pemimpin PAS mengulangi dakwaan bahawa penduduk Seksyen 23 Shah Alam yang mengadakan emonstrasi dengan mengarakkan kepala lembu bagi membantah pembinaan kuil di kawasan mereka - diupah oleh Umno.
Naib presidennya, Mahfuz Omar berkata, beliau yakin dengan penglibatan Umno berdasarkan kenyataannya sebelum ini yang didakwa mengapi-apikan isu perkauman, antaranya menyifatkan pentadbiran PAS sebagai "orang Islam jadi boneka bukan Islam".
"Saya menganggap bahawa tindakan kumpulan yang memijak kepala lembu itu, atas niat kerana itu lambang agama Hindu, tuhan agama Hindu, (tindakan) itu menyalahi agama Islam dan melanggar perintah Allah.
"Jadi, saya minta pemimpin Umno yang mengupah mereka ini, yang mengupah kumpulan ini, supaya membuat protes sebegitu, seharusnya merujuk kepada mufti (terlebih dahulu)," katanya.
Sumber: Malaysiakini.
Mahfuz ... Mahfuz ... Mahfuz. Tak habis-habis kamu hendak melakukan fitnah di bulan Ramadhan ini. Kamu puasa atau tidak hari ini. Kamu sedar atau tidak kamu melakukan dosa besar hari ini. Saya minta kamu rujuk mufti untuk mengetahui berapa berat dosa seorang pemfitnah. Baik kamu segera bertaubat wahai Mahfuz.
Adakah kamu mempunyai cukup bukti bahawa UMNO menjadi dalang kepada kejadian hari Jumaat lepas. Tidakkah kamu sedar bahawa perhimpunan berkenaan melibatkan semua golongan masyarakat Seksyen 23, tidak kira fahaman parti. Tidakkah kamu tahu wahai Mahfuz Pengerusi Jawatankuasa
Membantah Pembinaan Kuil Seksyen 23 adalah Mahyuddin Manap, yang merupakan ahli PKR Cabang Wangsa Maju. Naib Pengerusinya pula, Ibrahim Sabri yang tinggal selang tiga rumah dari rumah saya adalah penyokong Anwar Ibrahim dan penggiat Reformasi yang pernah keluar masuk lokap. Tidakkah kamu malu untuk menuduh mereka sebagai orang upahan UMNO. Di mana maruah kamu wahai Mahfuz?
Kalau benarpun ada ahli UMNO atau Ketua Bahagian sekalipun yang terlibat dalam perarakan tersebut, apa masalahnya. Sekurang-kurangnya mereka prihatin dengan nasib kami penduduk Seksyen 23. Hendak menharapkan AP Shah Alam, Khalid Samad dan Rodziah Khalid. Mereka berdua ini adalah Melayu yang tak guna, Melayu yang menjual bangsa mereka sendiri untuk mempertahankan sedikit kuasa pemerintahan yang ada. Hendak mengharapkan kamu?
Tak payahlah kamu hendak menjaga tepi kain orang wahai Mahfuz. Kain kamu sendiri terkoyak dan terlondeh. Kamu terlalu sibuk dengan berpolitik sehinggakan anak sendiri dipenjarakan kerana mengguna dan mengedar dadah. Saya orang Alor Setar wahai Mahfuz. Saya tahu bagaimana kamu berulang alik ke penjara Alor Setar untuk melawat anak lelaki kamu. Saya sarankan kamu agar menjaga keluarga kamu baik-baik. Biarlah kami penduduk Seksyen 23 menguruskan hal peribadi kami. Kamu tidak perlu menyibuk.
Politik Kepala Lembu.
Saya pernah terbaca dalam paparan blogger mengenai bayi yang baru lahir ditinggalkan di perhentian bus. Penulis mengaitkan perbuatan itu dengan "ajaran UMNO"!. Semasa Malam ambang merdeka pula, Jawi telah menangkap beberapa ramai pasangan yang kononnya meraikan pesta kemusnahan dan merobek "DARA". Ianya jua dikaitkan dengan gejala yang UMNO galakkan. Hatta jika kanak-kanak bermain mercunpun dan terbakar dan melecur tangannya barangkali juga dilebel sebagai "didikan UMNO"!
Kenapa ini terjadi? Mungkinkan kerana kita kini diberikan hak untuk memiliki ruang media seperti blog maka kita sudah tidak menghiraukan kebenaran. Kita sudah bebas sebebas bebasnya. Lantas pula mempergunakan hak itu untuk mengecam segala-gala yang mungkar dan khilaf adalah berbuatan lawan; lalu kita terus merasakan diri kita berada di pihak yang benar belaka sekaligus mengabui sebarang kebenaran yang tidak berpihak kepada kita?
Demonstrasi Kepala Lembu telah siang-siang dipertanggungjawabkan kepada Kerajaan Barisan Nasioanl. Konon didalangi UMNO. Maka tercetuslah kecaman hebat yang menuduh bahawa ameno dan be end menang rascist dan tidak sensitif dengan isu ugama.
Bila PM DS Najib Tun Razak, Dato Hisamuddin dan Ketua Pemuda UMNO, Khairy Jamaluddin membidas perbuatan mengarak, mengheret, memijak-mijak kepala lembu itu, lantas dan pantas mereka dituduh melakukan perkara "gimmik politik". Malah pemimpin Hindraf yang lari ke England, P Waythamoorthy juga turut menuduh bahawa UMNO mendalangi perarakan. Blog-blog pro Pembangkang pantas macam lipas kudung, menunding jari kononnya UMNOlah dalang sebenar disebalik demonstrasi Kepala Lebu..
SIAPA PENGANJUR?
Satu lapuran yang sahih dan jelas lebih bertanggungjawab mengatakan bahawa Pengerusi Penganjur Demonstrasi itu ialah Pengerusi kumpulan penduduk seksyen 23 Shah Alam Selangor iaitu En Mahyuddin Manap, kini ahli PKR Wangsa Maju. Naib Pengerusi, Ibrahim Sabri adalah penyokong Anwar Ibrahim dan penggiat Reformasi yang pernah keluar masuk lokap. Manakala hamba Allah yang membaca doa di masa perarakan pun adalah ahli PAS yang dipercayai dipanggil penduduk kawasan itu dengan panggilan Amin (BUKAN Pandikar Amin). Apapun, yang penting ialah mereka adalah mewakili penduduk Seksyen 23, Shah Alam Selangor.
Kiranya mengarak kepala lembu tidak termasuk dalam agenda Jawatankuasa penganjur demonstrasi itu, ini juga perlu dan mesti dipertanggungjawabkan kepada penganjur. Apa salah UMNO dalam hal itu. Apakah UMNO telah meluluskan permit ke atas program demonstrasi itu atau telah membiayai kos mendapatkan kepala lembu?.
Agaknya "politik kepala lembu" menjadikan kita hilang pertimbangan. kita seakan menjadi hamba Allah yang kabur melihat gajah di hadapan mata tetapi memiliki visi 2020 dalam merenung kuman di seberang lautan. Ini barangkali tak perlu disangkal bila kita menjadi pengamal "Plitik Kepala Lembu"?.
Persoalan yang tidak kurang penting dirungkai ialah kenapakah tapak itu dipindah dari stapak cadangan asal di seksyen 22 ke seksyen 23? Kenapakah pula demonstrasi itu terjadi? Kenapa strategi musyawarah diabaikan? Apakah suara rakyat Seksyen 23 ini sama seperti suara rakyat Palestine yang sampai ke telinga Kerajaan Israel...?
Anda mungkin juga meminati:
No comments:
Post a Comment