Welcome to Republic Of Penang : Agenda Sosialis Kerajaan Pulau Pinang yang anti Islam dan anti melayu
Posted On 9/02/2009 09:45:00 AM by pisau.net |
Kepada pengundi dan penyokong Pulau Pinang, Pisau ucapkan tahniah kerana mengangkat seorang sosialis Melaka menjadi Ketua Menteri Pulau Pinang.
1.Hidden agenda mereka sudah menjadi open secret,sedikit demi sedikit mereka cuba menghapuskan apa yang tertinggal di negeri yang majoritinya berbangsa cina.Hakisan populasi penduduk melayu bermula sejak Ketua Menteri Pertama Wong Pow Nee dari MCA, grand agenda pada waktu itu dengan menaikkan gred tanah pertanian kepada kepada tanah industri .
2.Mereka membeli tanah tanah gred pertanian orang melayu dengan harga yang murah dan menukarkan kepada tanah gred industri.Apabila orang melayu yang terpikat dengan harga yang ditawarkan mereka dengan senang hati menjual tanah tanah mereka,namun dengan nilai yang dijual tidak mampu membeli aset bangunan di Pulau Pinang.
3.Perkara ini berlarutan semasa Ketua Menteri Lim Chong Eu sehinggalah Koh Tsu Koon memegang tampuk pemerintahan.Sebelum itu Dun lebih banyak di kuasai oleh MCA dan Ketika pru 1990 apabila Gerakan memenangi kerusi 7 daripada 11 kerusi yang mereka tandingi dan pada masa yang sama MCA kalah semua kerusi dan menyaksikan DAP memenangi 14 daripada 31 kerusi Dun,hanya kekurangan 2 kerusi untuk mendapat majoriti mudah sementara itu Umno memenangi 12 kerusi,atas dasar mahu menguasai negeri, Umno yang kita ketahui tidak cukup kerusi DUN,bersetuju dan terpaksa menawarkan kepada Gerakan untuk menyertai BN dan di tawarkan kerusi Ketua Menteri.
4.Situasi ini telah mengusarkan kebanyakan pengundi kaum cina dan kembali mengundi kepada BN pada 1995 semata mata tidak mahu melihat DAP mengambil alih kerajaan negeri sehingga DAP hanya mampu menguasai satu kerusi pada 3 pilihanraya berturut turut.
5.Bagi majoriti kaum cina,nilai parti gerakan kepada pengundi kaum cina adalah mudah,iaitu undi mereka kepada gerakan semata mata agar terus menguasai jawatan Ketua Menteri untuk menghalang daripada Umno mendapatkan jawatan Ketua Menteri.Dan kelebihan Gerakan daripada DAP adalah kerana menyertai BN,dan kaum cina mahu suara mereka di Parlimen.
6.Itulah senario politik Pulau Pinang,suara Umno gagal mempertahankan akan hak hak orang melayu walaupun pada ketika itu diperintah oleh kerajaan BN,walaupun didesak dan mahu mempertahankan hak orang melayu pulau pinang,Umno gagal kerana suara mereka jelas terlalu sedikit berbanding parti bukan melayu.Ketua ketua umno bahagian di pulau pinang dan wakil rakyat umno hanya mampu bersuara dalam sesetengah perkara dan hanya mampu memendam rasa .
7.Berlakunya konflik politik antara Umno dan Gerakan Pulau Pinang selepas PRU12 setelah Datuk Ahmad Ismail mengeluarkan kenyataan yang mencetuskan kontreversi dan inilah titik tolak berlakunya punca adegan seorang veteran umno mengoyak gambar bekas ketua menteri setelah terlalu lama bersabar akibat tekanan kepada orang melayu pulau pinang sebelum ini.Kemarahan ini telah dipendam terlalu lama.Hingga mencetuskan tindakan diluar jangkaan
8.Pisau hanya mampu menceritakan serba sedikit situasi yang berlaku,kenapa Umno gagal ,akibat populasi orang melayu di Pulau Pinang dihapuskan sedikit demi sedikit walaupun disedari tetapi gagal ditangani,walaupun pada satu ketika Perdana Menteri asalnya dari Pulau Pinang juga.
9. Penyokong Pakatan haram hanya tahu menuduh Umno mengadai hak melayu di pulau pinang,tetapi tidak nampak perihal yang sebenar menghantui masyarakat melayu pulau pinang yang jelas telah menjadi minoriti akibat dihapus sedikit demi sedikit.
10. Perpecahan masyarakat melayu Pulau Pinang telah memudahkan agenda DAP,dengan adanya sokongan oleh orang melayu sendiri,mereka dengan mudahnya membuat apa saja demi mencapai cita cita chauvanist DAP
Situasi ini berlanjutan:
Sedikit demi sedikit orang melayu berpindah ke tanah besar atau membeli tanah di negeri Kedah kerana harga rumah dan tanah lebih murah.Tawaran harga rumah yang menarik membuat orang melayu berhijrah secara besar besaran pada awal 90an ke Kulim dan Sg Petani di Kedah.
Rumah rumah di sebelah pulau terlalu mahal untuk dibeli oleh orang melayu, hartanah melambung tinggi dan hanya mampu dibeli oleh golongan cina tempatan dan dari singapura atau pun taiwan.
Jatuhnya kerajaan Bn di Pulau Pinang bukan disebabkan kelemahan pentadbiran kerajaan negeri,tetapi pada masa itu rakyat hanya memprotes kelemahan kerajaan pusat semasa Tun Abdulah menjadi PM.Dan akhirnya menterjermahkan bertukarnya tampuk pemerintahan.
"Khabar angin" mengatakan semasa tempoh berkempen PRU12,berlakunya pertemuan antara pemimpin Gerakan ,DAP dan Penang Chinese Chamber. Rundingan antara kepala kongsi kaum cina menyatakan Gerakan telah gagal dan tibalah masanya DAP mengambil alih kerajaan Pulau Pinang bagi meneruskan agenda menguasai terus negeri pulau ini.Lim Kit Siang pernah berkata,jika beliau gagal menguasai Pulau Pinang,anak cucu atau cicit mereka akan terus berusaha menguasai Pulau Pinang,Itulah matlamat mereka.
Gerakan gagal meneruskan aspirasi dan matlamat grand design chauvannist cina ,maka tugas itu telah diserahkan kepada DAP yang chauvanist dan lebih agresif,anda dapat perhatikan tindakan demi tindakan yang disenaraikan oleh dokumen diatas sebagai justifikasi kenapa sosialis dan chauvanist cina mengambil alih.
Survival kaum cina dahulunya hanya mementingkan perniagaan,mereka hanya mahu berniaga dan merebut peluang perniagaan yang ada tanpa memperdulikan soal politik,tetapi senario ini telah berubah ,mereka juga sekarang ini mahu menguasai politik. Kuasa ekonomi dan politik amat penting untuk mereka, PAS & PKR telah menjadi alat untuk menjatuh kerajaan yang terasnya adalah melayu umno.Mereka sedar adalah sukar untuk menjatuhkan kerajaan terasnya melayu melainkan melayu menjatuhkan melayu sendiri.
Anwar Ibrahim hanya mengambil peluang ini hanya ingin meneruskan cita citanya untuk menjadi Perdana Menteri di samping itu beliau tahu peluang ini hanya mampu direalisasikan dengan mempromosi kesamarataan yang jauh menyimpang dari perjanjian Suruhanjaya Reid , Suruhanjaya Cobbolt dan DEB .
Maka pelbagai tohmahan dilemparkan dan pelbagai fakta digunakan sebagai justifikasi untuk menunjukkan kerajaan negeri dan pusat tidak berlaku adil dan rasuah.Perihal ini sudah disedari dikalangan pemimpin politik melayu pakatan haram,namun atas sebab ingin menguasai politik hal ini dipejamkan mata.
Namun ada juga sebilangan pemimpin melayu didalam PKR telah menghidu perjuangan PKR lebih banyak mengadai hak orang melayu selari dengan harapan DAP,maka ramai daripada mereka telah dan akan meninggalkan PKR.
Buat rakyat Pulau Pinang, jika inilah yang anda mahu,pasti suatu hari nanti Pulau Pinang bakal menjadi seperti republic singapura.
Masyarakat cina hanya bertindak atas demi survival ekonomi dan politik mereka Gerakan dan MCA telah gagal dan kini DAP telah mengambil alih, tetapi kenapakah orang melayu tidak melakukan perkara yang sama demi survival bangsa dan agama sendiri?
Jawapannya hanya anda yang mampu menjawabnya,terus terusan mempolitikan isu didepan mata atau ingin mencari jalan penyelesaian.
Pisau kata "orang melayu kalau marah dan politiking,tak tau tarik handbrake"
Penang:Welcome to Sosialis Republic Of Penang 2
Posted by pisau.net |
Apa melayu pulau pinang buat? tidoq ka? mana perginya pemimpin pemimpin melayu? kalau politik umno tak boleh pakai di Pulau Pinang, apa melayu haprak pakatan rakyat buat? nga nga saja ka? atau penakut? atau memang semua bacul habis?
Apa YB Malik Itik boleh buat? setakat balun projek dia reti la, Apa Dr mansor boleh buat? setakat habuan kena teloq busuk boleh la..apa Zahrin boleh buat? celaka ni tadak kerja lain ampu sana sini,YB baru pmtg pasir salleh salon, hang boleh buat apa? kacau bini orang boleh la.
Dok mimpi nak jadi YDP Majlid Agama pun last last habuan boneka DAP jugak buat pa,Duit zakat pun cina sosialis kontrol,boleh ka macam tu?
Nak harapkan Anwar Berahi? comfirm kalau boleh bukan setakat negeri,satu malaya pun dia sanggup jual....
Hoi Melayu Pulau Pinang, tak sedaq sedaq lagi ka!!!!!! Tunggu sampai semua tergadai baru nak sedaq ka!!
republic sosialis penang 1 :klik siniPisau kata " satu hari nanti nak seberang pi sebelah pulau ,nampak gaya kena pakai border pass la macam ni"
source : pisau.net
No comments:
Post a Comment