Hampir pasti bekas Menteri Besar Negeri Sembilan, Tan Sri Mohd Isa Abdul Samad akan diumumkan sebagai calon Barisan Nasional (BN) yang akan menggalas panji BN pada pilihan raya kecil DUN Bagan Pinang 11 Oktober depan.
Agendadaily difahamkan Isa yang juga Ketua UMNO Bahagian Teluk kemang telah pun menemui pucuk pimpinan UMNO bagi dimaklumkan pemilihan beliau sebagai calon BN.
Apa pun petang Selasa, Timbalan Presiden UMNO, Tan Sri Muhyiddin Yassin akan mengumumkan secara rasmi calon BN itu di Port Dickson. Malah difahamkan selepas pengumuman rasmi dibuat,
Presiden UMNO, Datuk Seri Mohd Najib Tun Abdul Razak akan menyertai majlis rumah terbuka Aidil Fitri yang diadakan sempena dengan pengumuman calon berkenaan. – 29/9/2009
Bagan Pinang: Ya ke tidak ?
Tak lama lagi.Petang ini, Selasa semua orang akan tahu siapa yang akan jadi ayam tambatan Barisan Nasional untuk pilihanraya kecil di Bagan Pinang.
Memang ramai yang tak sabar nak dengar pengumuman yang bakal dibuat oleh Tan Sri Muhyiddin.
Berbeza dengan siri pilihanraya kecil sebelum ini kes Bagan Pinang agak unik sikit.Bukan saja ini kali pertama pilihanraya kecil betul-betul akan diadakan di kubu buat UMNO tetapi yang paling hangat ialah tentang calon.
Ini kerana ia melibatkan nama Tan Sri Isa Samad yakni asalnya satu-satunya nama yang dikemukakan oleh UMNO Bahagian Teluk Kemang untuk jadi calon pilihanraya kecil yang penting ini.
Namun teka teki menjadi semakin rancak Isnin bila Muhyiddin sahkan kepada para wartawan selepas satu majlis di Putrajaya bahawa UMNO Bahagian itu sudahpun serahkan lebih dari satu nama untuk dipertimbangkan jadi calon kepada Perdana Menteri dan beliau.
Beliau tidak menyebut nama berkenaan.Namun Muhyiddin kata beliau yakin calon yang akan diumumkan pada petang Selasa akan diterima oleh semua ahli parti dan parti-parti komponennya.
Sudah lapan kali sebelum ini ada saja yang ikut ceritanya serba tak kena tentang calon BN masa pilihanraya kecil.
Masa pilihanraya kecil Parlimen Permatang Pauh dulu calon BN Arif Shah dikatakan cukup OK tapi tak ngam dengan pimpinan UMNO Bahagian,di Kuala Terengganu pula Datuk Wan Farid dikatakan tak popular dengan pengundi kawasan itu manakala di Permatang Pasir Rohaizat Othman hadapi masalah peribadi.
Apakah Tan Sri Isa Samad lekat tidak jadi calon BN ?
Hingga ke saat akhir menjelang pengumuman dibuat ramai para pemerhati politik masih tetap meletakan taruhan beliau yang akan jadi pilihan.
Namun kalau ikut pandangan Tun Dr Mahathir yang berulangi kali cakap soal hukuman kesalahan politik wang yang bekas Menteri Besar Negeri Sembilan ini kena lepas menang jawatan Naib Presiden UMN0 tahun 2004 dulu ada yang kata boleh write off sajalah namanya.
Disebalik semua ini bukan rahsia lagi UMNO Bahagian Teluk Kemang kebelakangan ini sudah sepakat mahu Isa jadi calon.
Bukan takat itu malah ramai kalangan pemerhati politik cukup konfiden Isa mampu carry BN dengan jayanya melalui ujian besar kali ini.
Namun mengambil kira pandangan Dr Mahathir dan realiti on the ground di Bagan Pinang ini nampaknya macam kes berat.
Bagi bekas Perdana Menteri itu kalaupun menang di Bagan Pinang macam mana pula pandangan orang di seluruh negara pada UMNO.Maksudnya soal calon yang pernah kena hukum kerana politik wang.
Soalnya sekarang apakah pimpinan UMNO sekarang nak ‘ langgar ’ cakap Tun?
Ada macam-macam analisa dan pandangan tentang bab ini.
Kalangan penyokong Isa pula tidak nampak dimana salahnya letak beliau bertanding.
Kata mereka faktor yang perlu diambil kira ialah beliau telah menjalani hukuman yang dikenakan oleh Lembaga Disiplin UMNO ‘ dengan sempurna’.
Lebih dari itu beliau tidak pernah bikin hal dan tetap setia kepada parti sepanjang masa.Ini bagi mereka adalah satu teladan yang penting.
Menurut mereka kalau nak cakap bab salah ini kenapa pembangkang tidak pertikaikan Datuk Seri Anwar Ibrahim sendiri yang pernah menjalani hukuman penjara.
PAS sendiri telah letak calon ‘ recycle ’ Salleh Man yang pernah enam kali kalah pilihanraya semasa pilihanraya kecil Permatang Pasir baru-baru ini.
PKR pula letak Dr Mansor Othman yang pernah tiga kali kalah pilihanraya semasa pilihanraya kecil Penanti.-28/9/2009
No comments:
Post a Comment