NUFFNANG

Tuesday 15 September 2009

Pemuda PAS Tunjuk 'Terer' Tapi Dimalukan Oleh Pemimpin Sendiri..

Nizar kvv2 : Pemuda PAS Tunjuk 'Terer' Tapi Dimalukan Oleh Pemimpin Sendiri..

Dr Novandri Hasan Basri

Pemuda PAS memang tidak mempunyai tempat yang tinggi di dalam hirarki kepimpinan PAS keseluruhannya. Kepimpinannya dan kadang kala cadangan-cadangan mereka diperlekeh dan ditolak ketepi begitu sahaja oleh kepimpinan tertinggi PAS.

Pemuda PAS kerap kali mencabar parti UMNO untuk mengharamkan arak tanpa memikirkan struktur kaum-kaum yang menjadi warganegara Malaysia dan mempunyai hak masing-masing.

Dan jika penyokong UMNO cuba berhujah dan memperbetulkan kecetekan fikiran pemuda PAS itu, penyokong-penyokong UMNO akan terus dilabelkan sebagai tidak islamik, memesongkan ajaran Islam dan kafir. Mereka begitu senang menjatuhkan hukuman 'kafir' atau 'tidak islamik' seolah-olah mereka itu manusia yang paling suci di dalam dunia ini.

Tetapi, bagaimana pula jika pemimpin PAS itu sendiri bersetuju bahawa penjualan arak boleh terus dilaksanakan kerana penganut agama lain yang minum arak kerana agama mereka tidak mengharamkannya? (rujuk laporan ini)

Apakah Pemuda PAS berani menegur dan membetulkan pemimpin PAS sendiri atau mengundurkan diri dan menutup 'kes arak' daripada 'diperjuangkan' lagi?

Tak mungkin. Pemuda PAS tidak akan berani!

Dan kadang kala, sikap memandai-mandai atau tunjuk 'terer' pemuda PAS ini tidak disenangi oleh pemimpin-pemimpin PAS itu sendiri.

Cadangan kawalan dan garis panduan penjualan arak di negeri-negeri Pakatan Rakyat yang dibangkitkan oleh Dewan Pemuda PAS telah dibidas sendiri oleh pemimpin PAS, DS Azizan Abdul Razak, MB Besar Kedah!

Malah, Azizan Abdul Razak memandang Pemuda PAS sebagai satu sayap yang tidak penting di dalam parti PAS.

Kesihan tetapi wajar!

"Azizan bagaimanapun melahirkan rasa terkejutnya mengenai cadangan supaya kerajaan negeri yang ditadbir Pakatan Rakyat mengharamkan terus penjualan arak di negeri yang mempunyai majoriti umat Islam.

"Bila pula Dewan Pemuda Pas ada kuasa ke atas kerajaan negeri," kata Azizan. "
- BERNAMA

No comments: