NUFFNANG

Sunday, 6 September 2009

BARU HANGPA TAU PENANGAN DAP....

BARU HANGPA TAU PENANGAN DAP....

SEMALAM, 14 Ramadhan, ada dua berita menarik untuk diperhatikan. Pertama, mengenai kejayaan penduduk seksyen 23 Shah Alam membantah pemindahan kuil ke kawasan mereka yang jadi isu panas dan mampu mencetuskan perbalahan kaum dan agama. Kerajaan Selangor yang diterajui PKR dan dikuasai oleh DAP, akhirnya akur dengan kehendak penduduk setempat.

Lebih menarik lagi, ianya jadi berjaya kerana campur tangan Sultan Selangor yang memanggil mengadap Exco agama, Hassan Ali.

Natijahnya, orang Melayu memanglah baik dan banyak tolak ansurnya tetapi, kalau orang Melayu hilang sabar dan kemarahan meluap-luap, buruk padahnya.

Begitulah ulangan kisah orang Melayu di tanah airnya sendiri. Sikap kurang ajar puak imigran sudah sampai ke tahap memerlukan ajaran yang setimpal sebagai balasannya. Yang faham akan hakikat ini diharap mengambil iktibar dari apa yang berlaku itu.

Sementara untuk Menteri Besar PKR, Khalid Ibrahim, sedar dan ingatlah bahawa langit itu sebenarnya tinggi dan tidak mampu digapai tangan. Dan air laut itu tidak selalunya pasang. Tiba masanya ia akan surut juga. Itulah fitrah alam ciptaan Tuhan yang Maha Esa. Dan kuasa yang ada ditangan manusia itu hanya pinjaman untuk sementara waktu. Sampai masanya, ia akan merudum juga.

Berita kedua ialah mengenai nasib peniaga Pasar Ramadhan di Penang. Lebih tepatnya di Penang Road. Sebagaimana di beritakan Bernama, Seramai 50 peniaga bazar Ramadan di Penang Road, di tengah-tengah bandar raya Georgetown menggesa Majlis Perbandaran Pulau Pinang (MPPP) supaya meluluskan segera permohonan mereka untuk berniaga di kawasan terbabit.

Presiden Persatuan Peniaga Bazar Ramadan Melayu Pulau Pinang, Mohd Akhram Masir Ahmad, berkata peniaga di bazar tersebut yang beroperasi sejak lebih 25 tahun lalu tidak mendapat permit sah untuk berniaga walaupun sudah berkali-kali merayu.

"Tiada sebarang jawapan dari MPPP dan ini menyebabkan kerugian kira-kira RM450,000 bagi semua 30 gerai di sini," katanya.

Peniaga itu mendirikan gerai mereka mulai pagi ini. Anggota penguatkuasa MPPP turut hadir bagi memantau keadaan.

Beliau berkata, peniaga akan terus berniaga walaupun MPPP akan mengambil tindakan undang-undang seperti meroboh gerai serta merampas makanan yang mereka jual.

Ahli Dewan Undangan Negeri (Adun) Komtar, Ng Wei Aik, berkata peniaga berkenaan tidak diberi permit untuk berniaga kerana ia boleh menyebabkan kesesakan jalan raya di kawasan tersebut. Beliau berkata, terdapat juga sungutan daripada peniaga di Penang Bazaar di situ bahawa beberapa peniaga tanpa izin Indonesia dan Bangladesh turut berniaga di situ, sehingga menjejaskan perniagaan mereka.

"Berdasarkan faktor-faktor tersebut, kami sudah menawarkan kawasan lain bagi diadakan Bazar Ramadan, tetapi peniaga menolaknya," katanya.

Kekecohan turut berlaku apabila Ng berunding dengan peniaga.

Ahli MPPP, Lee Siew Khim yang turut hadir dibaling dengan selipar dan beliau yang cedera kemudiannya turut membuat laporan polis.

Timbalan Ketua Menteri 1, Mansor Othman, berkata kerajaan negeri prihatin dengan masalah yang dihadapi peniaga dan akan mencari jalan penyelesaiannya.

"Peniaga diberi kebenaran sementara untuk berniaga sehingga Selasa ini apabila keputusan dijangka dicapai pada hari itu," katanya.

Kepada orang Penang, sedarlah bahawa Bandaraya Penang kini kepunyaan orang Cina sepenuhnya. Mereka bukan sahaja menetap di kawasan berkenaan, kini kaum mereka sudah dapat kuasa memerintah negeri dengan sokongan orang Islam melalui PRU 2008 lalu.

Sekarang baru hangpa tau siapa DAP dan bagaimana tindakan mereka apabila dapat kuasa. Mereka hanya mementingkan keperluan kaum mereka. Orang lain, terutamanya puak bukan Cina hanya layak jadi peminta sedekah kepada mereka.

Apa komen wakil rakyat Pas yang baru menang di Permatang Pasir? Walaupun kawasannya bukan di Penang Road tetapi, kepentingan orang Islam di kawasan itu bagaimana sekarang? Apa tindakan YB yang berada di kelompok parti yang berjenama Islam itu?

Bersuaralah sikit. Jangan dok cari alasan nak selamatkan diri dan lari dari masalah rakyat beragama Islam. Sebusuk-busuk kerajaan BN yang dahulu hangpa anggap tak baguih dan tak guna, hangpa boleh berniaga sempena bulan Ramadhan dan tidak ada gangguan dari Majlis Perbandaran Pulau Pinang atau dari pihak mana sekali pun.

Ingatlah.... terlajak perahu boleh diundur, terlajak pangkah (undi) sendiri yang terima padahnya.

Sanasinigitugini: Cuma mampu memandang dari jauh walaupun ada simpati terhadap mereka yang ditekan oleh pihak berkuasa yang anti-Islam dan anti Melayu. Jangan selepas ini ada kenyataan Lim Guan Eng mengatakan ini juga adalah permainan kotor Umno, dah le.... Biasanya apabila mereka berdepan dengan masalah rakyat, Umno dan BN akan dipersalahkan.

No comments: