NUFFNANG

Tuesday, 1 September 2009

PALESTIN, SINGAPURA- MELAYU JANGAN LUPA

PALESTIN, SINGAPURA- MELAYU JANGAN LUPA

Tuesday, September 1, 2009

Apa yang berlaku di Singapura, bangsa Melayu jangan pandang dengan sebelah mata. Gambar sekadar hiasan.


Baru semalam kita menyambut ‘hari kelahiran Malaysia’. Kelahiran bukan bererti Malaysia baru dicipta atau dibentuk sebagaimana kewujudan kita semua sebagai manusia. Kelahiran yang membawa maksud negara kita sudah merdeka dan bebas dari semua ancaman penjajahan lebih 500 tahun.

Semalam, abe MIE dapati Kemerdekaan ke 52 negara kita disambut seperti menyambut ‘musim buah rambutan, durian dan dokong’. Bagi kita, musim buah tidak membawa makna kerana berulang pada setiap tahun. Kalau buah rambutan murah sekilo RM0.50 pun, kita tetap makan sekilo aje, sama juga kalau semahal RM3.50 sekilo, kita tidak akan makan sebiji, dua biji- kita tetap akan membeli sekilo.

Kenapa kemerdekaan negara disambut sebagaimana kita menyambut musim buah-buahan?

Kita boleh kata sambil hisap rokok atau ketika masuk tandas hendak buang air kecil, buat apa lagi kita hendak sambut kemerdekaan sedangkan negara kita sudah merdeka dan bebas dari penjajah.

Apa yang kita perlu takut lagi! Kita bukannya negara seperti dalam cerita Ultraman yang mana sentiasa diserang oleh raksasa atau makhluk asing. Buat apa kita hendak takut.

Kita tidak menjenguk minda dengan kejadian yang berlaku di negara-negara Islam di dunia. Di Somalia, sejak merdeka sehingga kini mereka berperang. Habis peluru, negara mereka dilanda musim kemarau. Bila matahari senja, banjir pula tiba. Belum reda lagi air mata menangis kedukaan, datang pula taufan.

Begitu juga di Bangladesh dan Pakistan. Negara berkenaan pernah menjadi penggerak nasionalisme dunia era 1940-an, kini diancam perang saudara dan gempa bumi. Iran pernah ditakuti oleh Amerika, kita dilanda rusuhan saudara ekoran pihak yang kalah dalam pilihan raya tidak mengakui kekalahan. Kini, Amerika tidak perlu berperang dengan Iran lagi. Biarlah Iran akan hancur dalam sedikit masa sebagaimana terjadi ke atas Iraq.

Di Palestin, sehingga kini kemerdekaan bagi mereka ibarat pungguk menunggu bulan jatuh ke riba. Negara Palestin kini tinggal sekecil negeri Kedah, yang mana pada ketika dahulu Palestin sebesar negara Indonesia satu persatu telah dirampas oleh rejim Israel. Umat Islam di dunia tidak mampu melawan rejim Israel apatah lagi hendak membantu mengalahkan Israel. Setakat mengadakan demonstrasi di kedutaan Amerika, itu tidak payah kata, sudah lama umat Islam lakukan.

Hendak bantu dari segi kewangan pun, negara Islam lain juga perlu dibantu. Jadi apa yang perlu kita lakukan selain menadah tangan memohon Allah membantu Palestin atau sekadar menampal sticker di motosikal dan kereta- Allah Save Palestine!!! Kita lupa yang Allah tidak akan mengubah seseorang selagi bangsa itu tidak mahu mengubahnya.

Kenapa negara bukan Islam seperti China dan Jepun boleh maju selepas merdeka? Adakah mereka mempunyai kekuatan dari segi ketenteraan dan mempelopori teknologi terkini? Adakah negara Jepun dibantu oleh Allah? Adakah China maju kerana merupakan sebuah negara yang besar? Kenapa India tidak setanding China walaupun mempunyai wilayah yang luas? Kenapa Rusia yang merupakan kuasa dunia pada era 60-an kini sudah menjadi negara muflis?

Jawapannya ialah kerana kejayaan mengurus ekonomi dengan cekap dan mengamalkan dasar berbaik-baik dengan semua negara untuk kemakmuran negara berkenaan. Jatuh bangun sesebuah negara adalah kerana penguasaan ekonomi. Sama juga dengan kita semua. Kalau kita bekerja dengan gaji yang besar, kita mampu membeli rumah banglo, memandu kereta BMW, anak-anak kita belajar di luar negara dan ibu bapa kita pun setiap tahun boleh pergi menunaikan haji.

Sekiranya kita miskin, berpendapatan rendah, apa yang kita mampu lakukan? Mampu membeli kereta kancil, tinggal di rumah pangsa dan makan KFC sebulan sekali. Silap hari bulan, semua itu pun tidak mampu.

Di Malaysia, kemajuan ekonomi tidak dinikmati oleh bangsa Melayu sepenuhnya namun dengan kebijaksanaan BN menerajuinya menyebabkan kita masih ‘mampu membeli kereta, memiliki rumah dua tingkat, melancong ke luar negara dan memiliki saham’.

Kalau tidak kerana ‘zalimnya BN’ yang diterajui oleh UMNO- Melayu, sudah tentu rakyat Malaysia sudah bersaing dengan Bangla, Indo, Myanmar dan Vietnam- berhijrah mencari pekerjaan di Singapura. Kerja di negara mereka ada, tetapi gajinya sekadar kais pagi makan pagi, kais petang makan tahi.

Di Singapura, kemajuan ekonomi hanya untuk bangsa Cina dan bangsa Melayu hanya layak menjadi kelas ketiga di negara mereka sendiri. Negara itu sudah merdeka dan digelar negara maju. Tanyalah orang Singapura, berapa ‘kerat’ atau sebanyak mana orang Melayu yang menjadi juruterbang atau pilot! Berapa orang Melayu yang memegang jawatan sebagai menteri. Berapa orang Melayu memegang jawatan sebagai pengarah jabatan kerajaan. Berapa orang Melayu memegang jawatan sebagai pengurus kilang di Singapura. Jawapan- Tidak ada seorang pun.

Kenapa tidak diberikan kuota kepada orang Melayu sebagaimana di Malaysia- Cina dan India memperoleh kuota dalam semua aspek-pendidikan, kuasa politik dan penguasaan ekonomi? Apa yang berlaku ke atas orang Melayu di Singapura sama seperti penindasan kaum Han yang beragama Islam oleh komunis di Republic Rakyat China. Mereka dibunuh dengan kejam walaupun mereka menuntut hak keadilan dalam bidang ekonomi sejak sekian lama ditindas oleh komunis China. Kedua-duanya adalah Cina tetapi yang berbeza agama sahaja. Bayangkan sekiranya orang Melayu tinggal di negara China, apa agaknya berlaku?

Orang Melayu di Singapura tidak seberani kaum HINDRAF di Malaysia. Melayu di Singapura sekitar 18% dan kaum India di Malaysia sekitar 16%. Kaum India di Malaysia diberi jawatan sebagai Menteri dan mereka bebas memiliki kekayaan. Bahkan kaum Melayu yang kaya di Malaysia pun ada seorang, iatu Dato’ Syed al-Bukhary. Itu pun Melayu yang tercampur dengan ‘kopi’. Kalau Melayu tulen, agaknya kita tidak mampu melihat nama Mohammad sebagai orang yang kaya ke 50 di Malaysia, negara kita sendiri- yang kita kata sudah 50 tahun merdeka. Yang ada Melayu yang bergelar jutawan ialah Khalid Ibrahim, itu pun hutang sekeliling pinggan.

Di Singapura, orang Melayu yang bekerja sebagai buruh binaan dilarang membawa keluar wang dolar Singapura melebihi yang ditetapkan bimbang berlaku defisit mata wang. Kenapa Cina di Singapura mendiskriminasikan Melayu seolah-olah ia adalah dasar ‘halal’ sebagaimana Israel menindas kaum Islam di Palestin!

Kata pengasas Komunis, Karl Marx, kemajuan sesebuah negara bergantung pada kekayaan negara berkenaan pergunakan dengan sebaiknya. Kata pengasas agama Buddha, Siddharta Gautama, sekiranya kita miskin, kita akan terus miskin dan semakin banyak bencana akan menimpa.

Tetapi bagi Menteri Besar (MB) Kelantan, Nik Aziz Nik Mat, kita miskin (merujuk kepada Kelantan) kerana takdir yang diberikan oleh Allah- nak buat macam mana, kena terima. Tetapi apabila Hussam Musa menjadi ‘PRO’ MB, lain nadanya, kata Hussam, orang Kelantan miskin kerana diskriminasi oleh kerajaan BN.

Namun kini, Selangor dan Pulau Pinang pun sudah jadi negeri ‘nyaris miskin’ selepas diterajui setahun lebih oleh Pakatan kerana ‘tangan-tangan’ mereka yang tidak tahu mentadbir negeri dengan baik bukan kerana pemerintah BN terdahulu. Wang zakat pun hendak diagih kepada orang bukan Islam bukti kegagalan Pakatan mentadbir negeri.

Semakin hari semakin suram kemerdekaan kita kecapi, semakin hari semakin dekat dengan penjajahan yang baharu. Kita tidak sedar. Kalau umur kita panjang, lihatlah sama ada pemimpin Malaysia akan diterajui oleh Perdana Menteri Melayu atau tidak. Kata Tun Mahathir, tidak mustahil PM Malaysia nanti akan diterajui oleh orang bukan Melayu.

Pada masa itu, orang Melayu akan menjadi seperti di Singapura. Mempunyai pekerjaan setakat operator kilang, dapat makan setakat mee segera, dapat membeli nasi di tepi jalan dan tidak mampu membeli di restoran, dapat bergaul dengan kaum sejenis dan melaungkan azan tanpa menggunakan pembesar suara.

Abe MIE- Jangan lupa, bangsa yang miskin boleh dijajah oleh bangsa lain yang kaya di sesebuah negara yang sudah merdeka sebagaimana yang sedang kita lihat kini di Malaysia dan sudah berlaku di Singapura. Semakin Umat Islam alpa, semakin dekat pengalaman dengan apa yang terjadi di Palestin.

Abe MIE- Generasi muda kini pemalas. Apa yang mereka tahu ialah menyalahkan orang lain sekiranya musibah berlaku pada diri sendiri bukannya berusaha dan memperbaiki kesilapan diri.

Apa yang abe MIE katakan itu menunjukkan kita sudah merdeka! Launglah merdeka sebagaimana orang PAS bertakbir ketika Lim Kit Siang berceramah menghina Melayu dan UMNO.


No comments: