NUFFNANG

Friday, 25 September 2009

KISAH BENAR WAN AZIZAH "NONA ANWAR"

NIZAR KKK! KISAH BENAR WAN AZIZAH "NONA ANWAR"

1. Wan Azizah diketahui punyai emosi yang tidak stabil. Antara faktor yang mungkin mempengaruhi ialah kurang kasih sayang semenjak kecil. Dilahirkan di Singapura, Wan Azizah ditinggalkan bapanya yang ketika itu melanjutkan pelajaran di Singapura. Wan Azizah membesar di bawah jagaan dua orang bapa saudaranya secara bersilih ganti di Kedah dan Kelantan.

2. Ahli keluarga sedia maklum Wan Azizah lebih sayangkan bapa-bapa saudara yang membesarkannya serta hampir tiada apa-apa perasaan kepada ibunya. Hubungan dengan adik beradik yang lain juga kurang rapat (tiada permusuhan, mungkin tidak membesar bersama). Hubungan kekeluargaan kembali terjalin setelah AnWAR menyertai kerajaan/kabinet.

3. Hubungan dengan keluarga mertua juga tidak ‘ngam’. Maklum saja ketika itu keluarga AnWAR bukan dari kalangan ‘orang yang ada-ada’. W/pun Datuk Ibrahim (bapa AnWAR) pernah menjadi Setiausaha Parlimen di Kementerian Kesihatan, kehidupan mereka biasa-biasa saja. Dua orang abang AnWAR adalah guru maktab, seorang kerani sekolah manakala yang lain sedang membesar tika itu.

4. Perkahwinan beliau dengan AnWAR juga penuh berliku. Tertawan dengan pesona AnWAR sebagai penda’wah, perkahwinan beliau ditentang keras oleh bapanya Datuk Dr. Wan Ismail. Peringkat awal perkahwinannya juga diharungi penuh onak. Berkerjaya seorang doktor, AnWAR ketika itu tiada kerjaya tetap. Wan Azizah yang membiayai perbelanjaan keluarga, manakala AnWAR hanya ‘lepas’ untuk dirinya saja tika itu.

5. AnWAR tidak memberikan tumpuan kasih sayang kepada isteri yang baru dikahwininya. Beliau amat sibuk dengan tugas sebagai penda’wah dan sering meninggalkan Wan Azizah keseorangan di KL. x-pkr dimaklumkan, Wan Azizah (sarat mengandungkan Nurul Izzah tika itu) pernah disuruh AnWAR turun di pertengahan jalan dan pulang sendiri gara-gara mahu memenuhi jemputan ceramah menggantikan orang lain.

6. Wan Azizah mengakui beliau lali mengharungi keperitan berseorangan semasa melahirkan Nurul Izzah dan Nurul Nuha. Setelah itu beliau tahu bahawa AnWAR tidak pernah memberi tumpuan kepadanya biarpun mengandung empat kali lagi selepas itu. AnWAR mengambil seorang pembantu dari Bukit Mertajam membantu Wan Azizah menguruskan rumahtangga tetapi Wan Azizah yang membayar gajinya.

7. Kehidupan sebagai isteri menteri juga tidak memenuhi kehendak Wan Azizah. AnWAR mengajar Wan Azizah agar hipokrit di depan umum. Segala kemewahan tidak boleh ditayang. Semuanya harus dilakonkan agar ‘nampak’ ala kadar saja di mata umum. Ketika AnWAR Menteri Pendidikan, dimaklumkan secara sinis Wan Azizah berkata beliau ingin muntah melihat AnWAR memimpin tangan Nurul Izzah beratur untuk pendaftaran darjah satu (liputan media cukup hebat tika itu).

8. Kehidupan sebagai isteri menteri buat Wan Azizah tidaklah seindah mana. Naluri perempuan (tambahan pula isteri menteri) yang inginkan peralatan dan jenama yang mahal dihalang oleh sikap hipokrit AnWAR yang konon mahu sederhana bagi mengekalkan imej ‘penda’wah’ beliau. Wan Azizah akur namun naluri wanitanya memberontak, dan sekali sekala terlepas juga barangan bermutu dan berjenama mahal dibelinya. Ini pasti mengundang kemarahan AnWAR yang ego dan hipokrit itu.

8. Semasa AnWAR menjadi menteri, wujud tiga orang lain yang sentiasa membayangi Wan Azizah. Mereka adalah pembantu rumah AnWAR (punya pertalian keluarga bau-bau bacang, berpangkat ibu saudara) yang dipanggil Mak Andak, Sukma (adik angkat yang tinggal serumah) dan Azmin Ali. AnWAR lebih mendengar cakap Mak Andak dalam urusan rumahtangga. Anak-anak AnWAR juga lebih mendengar arahan Mak Andak ini dari Wan Azizah. Memang segala urusan rumah diurus oleh Mak Andak ini.

9. Wan Azizah amat mencemburui Sukma kerana AnWAR juga tidak pernah melarang Sukma membeli dan memakai jenama-jenama mahal utk dirinya, manakala untuk Wan Azizah semuanya dilarang! Larangan AnWAR ke atas Wan Azizah hanya kerana beliau isterinya dan “nanti apa kata orang”. Dengan Azmin pula, Wan Azizah cemburu kerana AnWAR sering melebihkan Azmin dan keluarganya. Percutian ke luar negara yang sepatutnya untuk mereka sekeluarga, menjadi tawar untuk Wan Azizah kerana AnWAR akan membawa keluarga Azmin bersama.

10. Kebanyakan pimpinan tertinggi Pergerakan Puteri Islam semasa Wan Azizah menjadi pengerusinya tahu dilema hidup Wan Azizah ini. Mereka tahu Wan Azizah dimarah, diherdik dan ditengking oleh AnWAR. (Kejadian memukul tidak dapat disahkan). Yang lebih penting lagi, mereka juga tahu AnWAR tidak melayan Wan Azizah sewajarnya. AnWAR sentiasa melebihkan ‘orang lain’. Setelah AnWAR dipecat, ada di kalangan AJK Tertinggi Puteri Islam secara sinis memuji ‘bini tu jugak la yang bela dia’ dengan merujuk kepada AnWAR dan Wan Azizah.

Wan Azizah yang sekian lama memendam perasaan dan terbuku di hati, tiba-tiba mendapat peluang keemasan untuk berbuat sesuatu selepas AnWAR ditangkap 1998. W/pun terkejut hilang status isteri TPM secara tiba-tiba dan AnWAR pula ditangkap selepas itu, Wan Azizah memulakan tindakan menyingkirkan watak-watak yang sering menghantui dirinya dengan penuh bijaksana dan ‘very political’. Mungkin beliau banyak belajar dari taktik AnWAR yang sering berbuat begitu terhadap siapa yang dimusuhinya.


11. Selepas berpindah ke kediaman peribadi di Bukit Damansara, Wan Azizah ‘meniadakan’ bilik untuk Sukma yang ketika itu turut ditahan pihak berkuasa. Setelah dibebaskan, Sukma tidak lagi bebas keluar masuk di kediaman peribadi AnWAR. Wan Azizah memberi alasan anak-anak perempuannya semakin membesar dan Sukma bukan mahram dengan mereka. Wan Azizah bergelut dengan keluarga AnWAR meyakinkan mereka bahawa tindakannya itu betul.

12.Sukma amat kecil hati dengan tindakan Wan Azizah. Beliau juga dilarang oleh Wan Azizah mengunjungi Nurul Izzah dan adik-adiknya di rumah mereka di Bukit Damansara. Namun pembantu rumah yang dianggap ibu saudara AnWAR (?) itu sering campurtangan dengan memihak kepada Sukma. Keluarga AnWAR bahkan AnWAR sendiri menyebelahi Sukma kerana mereka tahu tindakan Wan Azizah hanya bermotif mahu menyingkir Sukma dari keluarga mereka.

13. Ibu saudara (?) yang dipanggil Mak Andak juga turut disingkirkan Wan Azizah. Wan Azizah memasang strategi yang paling halus untuk menyingkirkan Mak andak ini agar tiada bantahan dari pihak keluarga. Wan Azizah mula memasang jerat mencarikan jodoh untuk ibu saudara (?) AnWAR. Setelah mendapat calon yang sesuai, Wan Azizah berusaha sedaya upaya meyakinkan AnWAR (masih di penjara tika itu) untuk memujuk Mak Andak agar berkahwin.

14. Mak Andak yang enggan menerima cadangan itu akhirnya akur setelah dipujuk oleh AnWAR. Wan Azizah mengahwinkan Mak Andak dengan bapa salah seorang rakannya yang merupakan pesara kerajaan bergelar Datuk namun uzur. Maka Mak Andak berjaya ‘dikeluarkan’ dari rumah AnWAR/Wan Azizah dan hubungan kekeluargaan mereka masih terjalin. Akan tetapi, kuasa ‘domestic manager’ di Bukit Segambut kembali ke tangan Wan Azizah.

15. Wan Azizah sering menyalahkan Azmin dan keluarganya atas tragedi yang menimpa AnWAR. Hal ini bukan satu rahsia lagi ketika itu. Wan Azizah menyalahkan Umi Hafilda (adik Azmin) yang mula-mula mendedahkan perangai buruk AnWAR itu. Umi mendedahkan kepada Dr. Mahathir (skg Tun). di Seri Perdana. Azwan Ali juga turut menyokong Umi dan menjadi salah seorang saksi pendakwa semasa perbicaraan kes liwat AnWAR kali pertama dahulu.

16. Marahnya Wan Azizah kepada Azmin hanya Allah dan beliau sahaja yang tahu. Segala kegiatan politik Azmin dalam PKR cuba dicantas Wan Azizah. Tambahan pula isteri Azmin juga turut dikaitkan skandal dengan AnWAR. Wan Azizah melarang keras Azmin dan keluarga-keluarganya melawat mereka di Bukit Damansara. Pemilihan PKR 2001 di Kemaman, ahli parti tahu Wan Azizah (sbg Presiden) tidak berpihak kepada Azmin manakala AnWAR memberi sokongan penuh kepada Azmin.

17. Azmin terus mengembangkan kerjaya politik dalam PKR dengan mengabaikan Wan Azizah. Azmin punya ‘direct access’ dengan AnWAR yang tidak dipunyai Wan Azizah. Pelbagai cubaan Wan Azizah mahu menyingkirkan Azmin yang sering membayanginya dari AnWAR juga gagal.

18. Jika dilihat tindakan Wan Azizah, ternyata beliau juga seorang yang hipokrit! Sepanjang pengamatan teman x-pkr spt yg dinyatakan, Wan Azizah langsung tidak menunjukkan tanda-tanda mahu membalas dendam dan sering menyatakan Sukma, Mak Andak dan Azmin adalah sebahagian dari keluarganya.

W/pun berjaya menyingkirkan Sukma dan Mak Andak dan Azmin dari pengaruh keluarganya, pembebasan AnWAR 2004 kembali menyemarakkan pengaruh musuhnya, terutama Azmin dan Sukma dalam diri AnWAR.

19. Sepanjang AnWAR di penjara 1998-2004, banyak dana sumbangan disalurkan melalui Wan Azizah dan Azmin. Tidak dapat dibezakan samada ianya untuk parti atau bantuan peribadi buat keluarga AnWAR. Yang pasti Wan Azizah ‘menikmati’ sumbangan tersebut dengan baik sekali! Jika terpaksa terbang bersama staf atau ahli keluarga yang lain, Wan Azizah akan menaiki kelas ekonomi. Namun jika berseorangan ke Amerika atau London, beliau akan menaiki kelas pertama.

20. Perbelanjaan isi rumah serta kegiatan politiknya dicatu bagi menunjukkan kepada umum beliau (Wan Azizah) seorang yang berhemah dalam perbelanjaan. Wan Azizah bijak mengatur pusingan baju yang dipakai agar kelihatan ‘recycle’. Konon segala sumbangan diguna bagi perbelanjaan membela AnWAR. Wan Azizah juga secara terbuka melahirkan perasaan amarahnya jika mengetahui ada sumbangan yang disalurkan melaui Azmin!

21. Setelah AnWAR bebas pada 2 September 2004, segala urusan pentadbiran kewangan dan logistik kembali diambil alih oleh Azmin Ali. Wan Azizah pernah mengherdik seorang petugas di rumah AnWAR tatkala mereka secara bergurau menyatakan ‘Azmin back in power’. Apakan daya, segala urusan pentadbiran dan logistik sejurus AnWAR dibebaskan di mahkamah Putrajaya hinggalah AnWAR berlepas ke Munich pada 4 September 2004 diserahkan kepada Azmin.

22. Wan Azizah mengamuk sakan apabila rombongan kumpulan pertama bersama AnWAR yang berlepas dari KL-Frankfurt-Munich mengenepikan anak-anaknya. Turut bersama dalam rombongan ini hanyalah Wan Azizah dan pembantunya, Azmin dan pembantunya, bapa dan ibu tiri AnWAR serta doktor pengiring. Azmin menasihati AnWAR kumpulan ini tidak boleh disertai ramai atas alasan keselamatan. Setelah dibantah keras Azizah, AnWAR hanya membenarkan anak lelaki mereka turut serta dalam rombongan ini.

23. Wan Azizah mempertikaikan kewajaran alasan keselamatan itu. Beliau merungut mengapa bapa dan ibu tiri AnWAR harus turut serta jika keselamatan yang menjadi keutamaan AnWAR. Ternyata beliau amat kecewa dan kebanyakan ahli keluarga AnWAR dan Azizah sedar akan perkara ini. Teman x-pkr memaklumkan, semua ahli rombongan menaiki penerbangan kelas perniagaan dan penempahan diuruskan melalui agensi pelancongan di Ampang.

24. Rata-rata ahli keluarga Azizah menyalahkan AnWAR kerana mendengar cakap Azmin. Nurul Izzah ketika itu juga lantang menyalahkan Azmin atas apa yang disifatkan ketidakadilan terhadap beliau dan adik-adiknya yang lain. Tambahan pula Izzah dan adik-adiknya yang diterbangkan secara berperingkat ke Munich diberi tiket menaiki penerbangan kelas ekonomi ke Munich. Tiket diuruskan oleh Azmin dari Munich menggunakan dana yang diberi oleh AnWAR.

Saya pernah mengulas AnWAR lebih rela anak-anaknya menaiki kelas ekonomi bagi penerbangan jarak jauh, tetapi tidak Azmin. Kononnya Azmin tidak boleh menaiki kelas ekonomi untuk penerbangan jarak jauh serta harus selesa kerana Azmin sakit buah pinggang. [untuk rekod, Azmin Ali hanya 'survive' dengan hanya satu buah pinggang yang berfungsi sekarang ini].

Apatah lagi jika mereka bercuti ke luar negara, Azmin, Shamsidar serta anak-anak mereka akan duduk di kelas perniagaan bersama AnWAR dan Azizah, manakala anak-anak AnWAR akan duduk di kelas ekonomi. Alasannya anak-anak Azmin masih kecil dan perlu diberi perhatian semasa penerbangan, manakala anak-anak AnWAR cukup besar dan matang menjaga diri sendiri.

W/pun Wan Azizah juga hipokrit dan sentiasa menjaga kepentingan sendiri, wajar beliau menjeruk rasa atas sikap AnWAR yang sentiasa melebihkan Azmin dari keluarga sendiri. Wan Azizah terus memendam duka di Munich tatkala seantero dunia melaporkan kisah rawatan AnWAR di sana……..akan bersambung ke bahagian seterusnya.

Hasil Nukilan - X-PKR

No comments: