NUFFNANG

Friday, 11 September 2009

ALBAQARAH: ALAHAI SANG LEMBU...Apa bezanya - Seksyen 23 vs seksyen 18....Tan Sri Abdul Gani Patail perlu letak jawatan!!! NGO Melayu bimbang !!

ALBAQARAH: ALAHAI SANG LEMBU

09 September 2009

(Sang Lembu merenung masa depannya yang terjamin keselamatannya dalam negeri Selangor Darul ... dengan kawalan rapi anggota keselamatan lengkap bersenjata)

Salam 2 all.

Surah yang pertama selepas Ummul Kitab Al Fatihah dikenali sebagai Surah Al Baqarah-iaitu Surah Lembu. Diceritakan bagaimana sepeninggalan Nabi Musa as menerima wahyu di Bukit Tursina, pengikutnya Bani Israel telah menjadikan anak lembu sebagai bahan sembahan setelah diperdaya oleh Samiri. ALLAH melaknat Bani Israel dan memerintahkan mereka supaya menyembelih seekor lembu, sebagai bukti keikhlasan mereka bertaubat nasuha dan meninggalkan sembahan tersebut. Bani Israel akhirnya menyembelih seekor lembu sebagaimana yang diperintahkan ALLAH.

Surah Al Baqarah adalah surah yang membahagikn kategori manusia kepada 3 golongan.

Pertama golongan beriman, yang menjadikan Al Quran sebagai petunjuk jalan kehidupan, yang meyakini perkara yang ghaib, mengerjakan solat dan mengeluarkan zakat.

Golongan kedua adalah golongan kafir-mereka yang secara terang menolak ketuhanan ALLAH dan mempertuhankan berhala, yang menjadikan manusia sebagai anak tuhan, yang menjadikan batu, kayu, lembu dan pelbagai haiwan dan lain-lain sebagai bahan sembahan.

Golongan ketiga dikenali sebagai golongan munafik, golongan yang nampak lahirnya macam Muslim. Mereka berjanggut serban, mereka melabel diri mereka Islam, tetapi merekalah golongan gunting dalam lipatan, golongan yang sebenarnya menghancurkan Islam. Mereka musuh dalam selimut, dan mereka ini lebih merbahaya daripada kafir kerana mereka berselindung dibalik serban dan janggut, mereka berhujjah menggunakan Al Quran. Mereka ini dila'nat ALLAH, dan tempat mereka didalam neraka wail, neraka yang paling bawah!

Hari ini, 12 orang Muslim diheret ke Mahkamah Shah Alam, atas tuduhan dibawah Seksyen 4(1) Akta Hasutan atas tuduhan alternatif di bawah Seksyen 298A Kanun Keseksaan kerana "menimbulkan rasa tidak puas hati dan permusuhan penganut Hindu dan sengaja melukakan perasaan penganut Hindu". Mereka ialah Ibrahim Sabri, 42; Ahmad Mahayuddin Abd Manaf, 36; Eyzva Ezhar Ramly, 35; Mohd Azmir Mohd Zain, 35; Ahmad Suhairy Zakaria, 39; Mohd Hilmi Ni, 40.Ibrahim dan Ahmad Mahayuddin didakwa memijak kepala lembu; Ayzva didakwa membawa kepala lembu; manakala Mohd Amir, Ahmad Suhairy dan Mohd Hilmi, didakwa membawa dan memijak kepala lembu.


Selepas itu, mereka bersama enam yang lain dihadapkan di Mahkamah Majistret Shah Alam atas tuduhan menyertai perhimpunan haram mengikut Seksyen 27(5)(a) Akta Polis. Mereka ialah Jainudin Md Yusuff, Mohd Jurit Ramli, Mohammad Nordin Zakaria, Jamil Mohamad Isa, Rahimuddin Md Harun and Azhari Shaari. Kes mereka semua akan disebut semula 21.10.2009 depan.

Ternyata mereka datang daripada kesemua parti politik orang Melayu Islam - 4 ahli PAS, 1 orang ahli PKR dan dan 7 ahli UMNo. Ternyata mereka bersatu dalam aqidah walau berbeza dari segi wadah.

Episod kepala lembu ini menunjukkan betapa bangsa Melayu hari ini begitu mudah diperlembukan. Baik yang berkopiah, mahupun yang bersongkok. Samada yang berserban, mahupun yang bersampin. Demi kerana sebiji kepala lembu, bangsa Melayu memekik takbir mempertahankan hak lembu sehingga ketitisan darah lembu yang terakhir, mempertahankannya daripada ancaman keris-keris durjana.

Saya sendiri tidak bersetuju dengan tindakan melampau para demonstran yang membawa kepala lembu dan memijaknya kerana membantah tindakan kerajaan Selangor mengarahkan pembinaan kuil besar di Seksyen 23 Shah Alam. Itu tindakan yang tidak dihalalkan, malahan ditegah oleh Al Quran.

Walaupun ada yang menyatakan tujuan membawa kepala lembu itu adalah untuk menunjukkan betapa bodoh MB dan beberapa pemimpin Melayu beragama Islam dalam negeri Selangor, yang bertindak saperti lembu yang diperbodohkan, namun persepsi yang timbul jelas membawa kepada kemelut penghinaan kepada penganut agama Hindu yang mempertuhankan dan mempersucikan haiwan lambu ini.

Saya juga tidak bersetuju dengan tindakan segelintir daripada mereka yang menghadiri dialog dengan Menteri Besar, yang menjerit-jerit saperti dirasuk syaitan kehaiwanan, mengugut dan memaki hamun tanpa adab dan batasan. Tindakan tegas dan keras mesti diambil terhadap mereka, termasuk yang mengeluarkan kenyataan menghina azan dan Islam.

Ada banyak cara lain untuk menunjukkan ketidakpuasan hati kita. Mengapa tidak diambil jalan lain, contohnya memfailkan saman dan injunksi menghalang keputusan kerajaan Selangor tersebut.

Ada ramai peguam yang saya kira bersedia memberi khidmat untuk tujuan tersebut.

Namun apa yang lebih penting, episod lembu ini telah diputarbelitkan dan digembar-gemburkan oleh banyak pihak termasuk dikalangan Pak Janggut dan Pak Keris sehingga isu sebenar pencerobohan tanah di Seksyen 23 untuk tujuan menghalalkan pemindahan dan pembinaan kuil yang haram terus tenggelam.

Dimana suara-suara Pak Janggut dan Pak Keris ini apabila Jeff Ooi melabel mereka yang bercita-cita untuk melaksanakan Islam sepenuhnya sebagai ekstremis.

Sehingga hari ini Jeff Ooi terus dengan sifat bongkak dan angkuhnya enggan menuntut maaf atas kebiadapannya.

Sehingga ke hari ini Jeff Ooi masih bebas, tiada sebarang tindakan pendakwaan diambil terhadap keceluparan beliau.

Mengapa Peguam Negara tidak bertindak tegas terhadap Jeff Ooi.

Mengapa Jeff Ooi tidak dikenakan pertuduhan dibawah Akta Hasutan, mahupun Seksyen 298A Kanun Kesiksaan?

Mana dia suara para pejuang serban melilit dan Pak Janggut & Pak Keris, apabila dalam kes hukuman rotan terhadap Kartika Sri Dewi Syukarno, Majlis Peguam dengan angkuh memperlekeh hukum sebat bagi peminum arak beragama Islam.

Kenyataan biadap Majlis Peguam, menghina hukum syara' dengan menyatakan hukuman sebat ini sebagai tidak berpeikemanusiaan dan zalim. Undang-undang Islam disamakan dengan hukuman barbarik. Tetapi Pak Serban dan Pak Janggut diam seribu bahasa.

Yang dihingar-bingarkan sikap kasar umat Islam semada dialog dengan MB Selangor pada Sabtu 15 Ramadhan 1430/ 05 Sept 2009. Yang diperbesarkan kata-kata kesat dan biadap orang Melayu dalam dialog itu. Tetapi kenyataan wakil Hindu semasa dialog tersebut menghina azan dengan biadap menyatakan azan lima kali sehari adalah satu gangguan langsung tidak dipedulikan, malah tiada tindakan pun dikenakan. Mana pergi suara Pak Janggut dalam hal ini saya pun tak tahu! Apa tindakan Peguam Negara langsung tidak kedengaran!

Yang paling jelik, ada dikalangan Pak Janggut sanggup memutarbelit ayat Al Quran untuk mempertahankan pembinaan kuil. Malah umat Islam Seksyen 23 dipersalahkan kerana tidak bersikap "adil" dalam membantah pembinaan kuil dikawasan kediaman mereka.

Umat Islam dipaksa menerima perintah untuk kuil dibina dikawasan kediaman mereka, dan perintah itu dikatakan dibenarkan oleh Al Quran. Malahan umat Islam dikatakan berdosa kerana tidak mengikut Al Quran untuk membenarkan pembinaan kuil.

Si Pak Janggut lupa awal-awal surah Al Quran ALLAH menceritakan tentang penyembelihan terhadap lembu yang menjadi sembahan manusia kufur.

Memang kita umat Islam disuruh berlaku 'adil, termasuk terhadap kafir dhimmi yang duduk tunduk dibawah pemerintahan Islam.

Tetapi kita disuruh hanya berlaku 'adil dalam hal menjaga kebajikan mereka.

Dalam soal ketuhanan, tidak timbul soal ke'adilan.

Ini soal aqidah, bukan lagi soal wadah.

Kita memelihara tempat 'ibadah mereka, bukan mengujudkan yang baru dicelah kediaman kita.

Sultan Salahuddin Al Ayubi memelihara kesucian synagogue dan gereja yang sedia ada semasa membuka Kota Baitul Maqdis, bukan dengan membina kuil, tokong, gereja atau synagogue yang baru bersebelahan Masjidil Aqsa!

Apa yang menghairankan, ,mengapa pulak umat Islam yang disuruh bertolak ansur.

Mengapa langsung tiada suara dari Pak Janggut menasihatkan kaum Hindu supaya bertolak ansur.

Seksyen 23 ada 337 keluarga, tidak sampai 40 beragama Hindu. Mengapa mereka tidak boleh bertolak ansur. Bukan kita menghalang mereka ber'ibadat. Masih banyak lagi kuil dan tempat 'ibadat yang mereka punyai.

Mengikut statistik, dalam negeri Selangor ada 4.3 juta penduduk. Daripada jumlah itu, majoritinya umat Islam sebanyak 2.5 juta dengan masjid hanya sebanyak 259 buah.

Sebalik nya masyarakat Budha berjumlah 1.3 juta mempunyai 1,015 tokong.

Kaum Hindu pulak, yang berjumlah 647,000 mempunyai 810 kuil berdaftar (ini tidak termasuk kuil yang haram dan tidak berdaftar!).

Dan bagi 50,000 penganut Kristian di Selangor, cuba kira berapa jumlah gereja mereka!

Malahan tuhan patung hindu yang terbesar didunia juga dok tersergam berdiri dalam negeri Selangor (ehsan daripada Kerajaan UMNo/ Be End dulu)! Itu pun umat Islam dikatakan masih tidak 'adil, masih tidak bertolak ansur!?

Semasa saudara kita umat Islam membeli rumah di Seksyen 23, langsung tiada dalam pelan akan dibina kuil Hindu yang besar disitu.

Saya cukup yakin kalau umat Islam tahu akan dibina sebuah kuil Hindu dalam kawasan perumahan mereka, sudah pasti ianya akan mempengaruhi keuputusan mereka untuk melabur ratusan ribu membeli rumah disitu.

Tidak ada umat Islam, jika diberi pilihan, mahu tinggal dikawasan yang ada kuil Hindu, tokong, gereja atau lain-lain, apatah lagi yang mega dan yang besar.

Saya cukup yakin umat Islam Seksyen 23 memilih melabur ratusan ribu membeli rumah disitu kerana tiadanya kuil, tokong atau gereja besar disitu.

Kalaulah mereka tahu akan dibina kuil hindu besar disitu, sudah tentu mereka tidak akan melabur ratusan ribu membeli rumah di Seksyen 23!

Tetap hari ini kelihatan seolah-olah umat Islam di Seksyen 23 tiada hak langsung untuk bersuara, untuk hidup dalam keadaan aman harmoni, berdasarkan status quo mereka.

Seolah-olah umat Islam yang bersalah kerana tidak berlaku 'adil, tidak mahu bertolak ansur untuk sebuah kuil besar dibina dikawasan kediaman mereka walaupun dalam pelan asal tidak ada pun ujud cadangan tapak pembinaan kuil. Malahan bantahan umat Islam diperlekehkan, dituduh tidak beradab, dihina sebagai golongan pelampau.

Yang diperagungkan ialah kepala lembu!

Apabila melihat gambar lembu diatas, saya dapat bayangkan betapa lembu tersebut berasa aman damai kerana walaupun seekor, tetapi keselamatannya dijamin oleh anggota keselamatan yang lengkap bersenjata.

Renungan tajam dan syahdu sang lembu jelas menujukkan keyakinan akan masa depannya di dalam negeri Selangor Darul Ehsan ini.

Betapa dalam negeri Selangor ini, bukan sahaja keselamatannya terjamin, dia boleh pergi kedai runcit untuk order arak satu tong, dan pasti akan ada ahli mesyuarat kerajaan negeri yang akan mempertahankannya.

Malahan akan ada Pak Janggut yang akan membaca ayat Quran untuk menjamin keselamatannya!

Tapi bila melihat gambar dibawah, sedih kita melihat umat Islam digiring (entah ke digari) saperti lembu masuk ke kandang OKT!

Itulah nasib umat Islam dalam negerinya sendiri. Lembu yang mereka maksudkan sebagai lambang kebodohan dan kelembuan seorang pemimpin, kini diputarbelitkan cerita sebagai menghina tuhan orang lain.

Dan akhirnya, mereka disumbat kekandang dan diperlembukan!

Mungkin satu hari nanti tak lama lagi akan ada Pak Janggut memetik Quran dan hadis supaya umat Islam berlaku 'adil dan menasihatkan umat Islam supaya jangan baca lagi Surah Al Baqarah, demi menjaga hati pengikut tuhan lembu ini.

Mungkin Peguam Negara akan mengenakan pertuduhan dibawah Akta Hasutan atau Seksyen 298A Kanun Kesiksaan kepada mereka yang membaca Surah Lembu ini!!

Atau apakah nanti umat Islam tidak dibenarkan lagi menyembelih lembu sebagai qurban di 'Eidul Adha, kerana khuatir menyentuh perasaan kaum Hindu?!

Apalah nasib umat Islam, diperlembukan oleh kaum sendiri! Pak Janggut memaki Pak Keris,

Pak Keris menempelak Pak Janggut, tapi yang akhirnya menjadi mangsa ialah umat Islam yang kerdil di Seksyen 23, yang hanya mampu melihat Pak Janggut dan Pak Keris bertelagah dan bertikam sesama sendiri.

Gajah sama gajah bertandukan, lembu jugak yang menang!

Wassalam.

Zulkifli Bin Noordin
Rabu
19 Ramadhan 1430 / 09 Sept 2009


source : zul4kulim.blogspot.com


Nizar kvv2 : Apa bezanya - Seksyen 23 vs seksyen 18.

Dr Novandri Hasan Basri

Bagaimana caranya untuk mendapatkan kepastian tentang isu kuil di seksyen 23 atau seksyen 18?

Penulis telah menerima banyak komentar daripada pembaca sekalian mengenai isu ini.

Di antaranya :-

1. FAKTA TAPAK LOKASI KUIL DI SEKSYEN 23:

1. BERDEPAN DENGAN TAMAN PERMAINAN KANAK2 YANG TELAH DIBINA SEJAK 2005 DAN TELAH DIGUNAKAN OLEH KANAK2 UTK BERMAIN. ADA BASEBALL COURT, BUAIAN, GELONGSOR KANAK2, COURT UTK SEPAK TAKRAW DAN TEMPAT DUDUK SERTA WAKAF. TAMAN PERMAINAN KANAK2 INI CUMA DI SEBERANG JALAN DARI TAPAK LOKASI KUIL.
2. BERDEKATAN DENGAN DEWAN SERBAGUNA.
3. BERDEKATAN DENGAN RUMAH2 DI JALAN BONUS DAN JALAN TARIF.
4. TERDAPAT SATU TADIKA ISLAM DI JALAN BONUS DAN SATU TASKA PROTON DI JALAN TARIF.

PERJALANAN KE LOKASI KUIL DARI SIMPANG MASUK KE SEKSYEN 23:-

1. SESEORANG PERLU MELALUI JALAN BONUS DAN TADIKA ISLAM TERSEBUT TERLETAK DI PENGHUJUNG JALAN BONUS.
2. KEMUDIAN BELOK KIRI, SESEORANG AKAN MELALUI TASKA PROTON, DEWAN SERBAGUNA, TAPAK PERMAINAN KANAK2 SEBELUM SAMPAI KE LOKASI KUIL.
SILA DATANG SENDIRI DAN TENGOK DI MANA SEBENARNYA TAPAK LOKASI KUIL TU...

2. Hi. My name is Isaac. I’m an Indian. I’m a Christian. I’m also a resident in Section 23. I would like to say a few words regarding this issue, if I may. I read somewhere that states that ‘there was no Chinese tionghua at the said dialogue ‘…I beg to differ because my friend, who is Chinese, went to the meeting and so does a few other Chinese who oppose to the relocation of the said temple.

As for me, I admire the courage of my Malay neighbours who stands up for their rights as well as the Indians who stood their ground & request to have a temple that is close to their house. If the state government would offer to build a church of my belief, I’d jump for joy as well.

However, after much deliberation, a few of the neighbours of the Buddhism faith & Christianity (including yours truly) decided not to attend the said dialogue not because we are afraid to or were intimidated as suggested by certain quarters but out of respect to both parties involved in this dispute, i.e. the Malays and the Indians of Section 23, Shah Alam.

Neither the Indians nor the Malays of Section 23 requested for the said temple to be relocated here but now they are at opposing side just because the state government deemed that Section 23 is ‘a strategic place’ for the relocation and somehow managed to ‘skipped certain requirements needed’ for the said relocation.

After being pressured by the residents and ngo’s and receiving a letter from the Ruler of Selangor (aired by tv3 if I’m not mistaken) only then the state government succumbs & decided to hold an open dialogue with the residents. Alas, by then, the damage was severe and as they say, ‘all hell broke loose’. No pun intended.....

Oleh kerana banyak sangat kekeliruan dan informasi yang kita dapat, penulis mencadangkan agar para pembaca sekalian meluangkan masa untuk bersama-sama berada di seksyen 23 dan seksyen 18 pada hari Sabtu ini (12hb September 2009) jam 5 petang. Nilailah tempat itu sendiri dan barulah kita lebih tahu.


Sila rujuk blog RBF untuk keterangan tempatnya.

NIZAR OIII !!! PANDUAN KE TAPAK LAWATAN PEMBINAAN KUIL SEKSYEN 18

Maaf , saya tidak pandai untuk melukis peta. Jika ada rakan-rakan blogger yang boleh menyediakan peta, sila sediakan dan pamerkan di blog anda. Kemudian beritahu kepada saya dan saya akan link kan ke blog anda.

Saya akan cuba memberi panduan seperti dibawah ini.

Jika anda memandu menggunakan federal higway daripada KL atau PJ, masuk ke persimpangan Kawasan Perindustrian Shah Alam, Seksyen 15, 16. Iaitu simpang ke 2 selepas kilang calsberg yang pernah dijanji untuk ditutup oleh PAS jika mereka berkuasa di Selangor.

Selepas masuk simpang itu anda akan jumpa bulatan,kemudian ambil jam 3 (kanan) menuju ke Seksyen 16. Anda akan jumpa kilang-kilang di sebelah kiri dan kanan anda. Ada pejabat Karangkraf dan UMW Motor disebelah kiri dan kilang cat Jotun serta kilang wang bank negara disebelah kanan.

Anda akan jumpa satu lagi bulatan di depannya ada pam minyak Shell dan kilang rokok JTI, ambil jam 9 (kiri), jalan terus sehingga jumpa kilang Cadbury,naik jambatan dan selepas turun jambatan terus belok ke kiri. Di situlah tapak yang dimaksudkan.

Jumpa di sana sanaaa sanaaa sanaaaaaaa......

Sebarang masalah sila hubungi Saudara Kamal 017 - 384 5897




Tan Sri Abdul Gani Patail perlu letak jawatan

-
Utusan Malaysia (11 September 2009) melaporkan:

NGO Melayu bimbang

KUALA LUMPUR 10 Sept. - Para pemimpin pertubuhan bukan kerajaan (NGO) Melayu bimbang dengan tindakan Peguam Negara yang terlalu cepat membuat pendakwaan dalam isu kepala lembu.

Presiden Pertubuhan Pribumi Perkasa Malaysia (Perkasa), Datuk Ibrahim Ali berkata, tindakan Tan Sri Abdul Gani Patail itu akan menimbulkan rasa gelisah di kalangan orang Melayu.

''Saya hairan mengapa banyak kes yang dilaporkan sebelum ini kepada pihak polis seperti isu penghinaan kedudukan Raja-Raja Melayu tidak dikenakan sebarang tindakan oleh pihak terbabit.

''Namun dalam kes isu kepala lembu, ia berbeza sama sekali yang mana Peguam Negara begitu cepat membuat pendakwaan kepada penunjuk perasaan,'' katanya ketika dihubungi hari ini.

Beliau mengulas ruangan pembaca Utusan Malaysia hari ini yang merasa pelik dengan pendakwaan segera Peguam Negara dan polis ke atas pihak yang kononnya telah menghina agama Hindu dengan mengusung kepala lembu ke Pejabat Setiausaha Kerajaan (SUK) Selangor.

Malah, pembaca yang menamakan dirinya sebagai Mohd. Sharial Omar itu mempersoalkan mengapa pendakwaan tidak dilakukan kepada pihak-pihak tertentu dalam isu seperti kedudukan Raja-Raja Melayu dan hak keistimewaan orang Melayu.

Ibrahim menegaskan, tindakan sebegitu boleh menyebabkan kerajaan Barisan Nasional (BN) kehilangan sokongan orang Melayu jika gagal bertindak adil dalam isu-isu yang melibatkan sensitiviti orang Melayu.

''Saya tidak mahu nanti orang Melayu fikirkan yang kerajaan sekarang sedang cuba mengambil hati orang bukan Melayu melalui cara ini dengan membelakangi mereka,'' tambahnya.

Beliau berkata, Peguam Negara sepatutnya bertindak tegas dalam kes liwat Penasihat Parti Keadilan Rakyat (PKR), Datuk Seri Anwar Ibrahim dan bukannya terus tunduk kepada helah psikologi bekas Timbalan Perdana Menteri itu.

Sementara itu Ketua Umum Badan Bertindak Perpaduan Melayu (BBPM), Osman Bakar berkata, Peguam Negara perlu bertindak adil dalam membuat pertimbangan sebelum membuat pendakwaan.

''Apakah rasionalnya beliau mengambil tindakan segera kepada penunjuk perasaan itu, mengapa kes-kes sebelum ini masih belum dikenakan pendakwaan,'' soalnya.

Katanya, beliau mengakui apa yang dibuat oleh Peguam Negara itu adalah satu tindakan yang betul daripada segi undang-undang namun tekniknya salah.

''Abdul Gani perlu menyelesaikan kes terdahulu yang mana masih ramai orang Melayu berasa terkilan dengan tindak tanduk sesetengah ahli politik bukan Melayu yang mempersoalkan hak serta kedudukan Raja-Raja Melayu,'' jelasnya.

**********

Tan Sri Abdul Gani Patail perlu melepaskan jawatannya sebagai Peguam Negara. Laporan polis yang dibuat oleh orang Melayu ekoran tindakan kumpulan yang kurang ajar menyentuh sensitiviti orang Melayu gagal diambil sebarang tindakan lanjut oleh Peguam Negara.

Orang Melayu selama ini mengambil sikap bertolak ansur dengan hanya membuat laporan polis dengan harapan akan ada tindakan diambil ke atas kumpulan yang kurang ajar ini. Namun, sehingga kini Peguam Negara gagal membuat sebarang pendakwaan ke atas mereka.

Apa jadi dengan kes blog Pro DAP yang menghina Islam dan Raja Melayu? Apa jadi dengan kes Jeff Ooi yang yang menghina Raja Melayu? Mana tindakan 'sepantas kilat' Abdul Gani?

Sudah cukup orang Melayu bersabar (dan terkilan, tetapi dipendam atas sebab toleransi dan tidak mahu mencetuskan sebarang ketegangan)!

Abdul Gani, anda gagal! Sila letak jawatan!
+

No comments: