NUFFNANG

Saturday 5 September 2009

Pertelagahan isu kuil kerana Pakatan Rakyat gagal tunai janji

Pertelagahan isu kuil kerana Pakatan Rakyat gagal tunai janji

September 5, 2009 – 5:37 am

PRO pro dan kontra ‘demo kepala lembu’ oleh kumpulan yang membantah pemindahan kuil Sri Maha Mariaman ke Seksyen 23 Shah Alam, menyebabkan ramai pihak terlupa siapa sebenarnya bertanggungjawab sehingga isu itu tercetus.

Sebenarnya, kerajaan Selangor di bawah pentadbiran campuran PKR,DAP dan PAS yang patut dipersalahkan ekoran pertelagahan kumpulan penduduk serta pihak kuil dan segelintir masyarakat Hindu berhubung isu itu..

Kedua-dua pihak hanya menyuarakan hak masing-masing tetapi jelas kerajaan Selangor pimpinan Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim gagal mencari penyelesaian hingga tercetus demonstrasi mengarak kepala lembu di depan bangunan SUK, pada petang Jumaat minggu lalu.

Menyedari kegagalan itu dan melihat penduduk Seksyen 23 mula marah kerana Adun Batu Tiga, Rodziah Ismail dan ahli parlimen Shah Alam, Khalid Samad tidak memperdulikan bantahan tersebut, PAS dijadikan ‘peluru’ untuk mengalih isu sebenar.

Naib Presiden PAS, Datuk Mahfuz Omar membangkitkan dakwaan bahawa pemimpin UMNO mendalangi demo itu manakala Khalid sendiri memperalatkan al-Quran dengan penyebaran risalah mengutuk tindakan penduduk Seksyen 23 dan NGO Melayu itu.

Tindakan PAS menuduh UMNO jadi dalang memanipulasi isu sebenar pemindahan kuil itu.

Dalam isu ini, PAS sebenarnya mahu mempertahankan keputusan kerajaan negeri atau dalam erti kata lain bersetuju kuil itu dipindahkan ke Seksyen 23 yang menempatkan majoriti orang Melayu.

Penjelasan bekas Menteri Besar Selangor, Datuk Seri Dr Mohamad Khir Toyo pada petang Jumaat mendedahkan kedudukan sebenar dan siapa boleh dianggap ‘culprit’ dalam isu pemindahan kuil ibi.

Beliau mendakwa, masalah kuil di Seksyen 19 Shah Alam berpunca janji Pakatan Rakyat untuk memindahkannya ke Seksyen 23 bagi memenuhi janji pilihanraya umum lalu.

Katanya, cukuplah menyalahkan kerajaan BN mahupun UMNO dalam apa juga masalah di Selangor.

“Kalau Selangor bangkrap nantipun, BN juga akan disalahkan,” ujarnya sinis kepada sekumpulan wartawan di tapak cadangan pembinaan kuil yang sudah diputuskan kerajaan BN sebelum ini di Seksyen 18, Shah Alam.

Menurut Ketua Pembangkang Selangor itu, kerajaan BN sebelum ini sudah menyelesaikan masalah pemindahan itu dengan menawarkan dua tapak cadangan - iaitu di Seksyen 18 dan Seksyen 22 .

“Masalahya sekarang, Pakatan Rakyat berjanji kepada rakyat, apabila mereka berjaya memerintah Selangor, mereka akan membina kuil di Seksyen 23. Ini sama juga dengan kes Kampung Buah Pala.

“Ini janji yang telah mereka katakan dan kini dituntut (pihak kuil) , bukan kerana kesalahan kerajaan BN. Kita telah siapkan tapak cadangan yang cukup strategik dan sesuai,” katanya.

Malah katanya, penganut agama Hindu boleh menjalankan aktiviti mereka selama 24 jam tanpa gangguan kerana semua pihak sudah setuju dengan tapak dicadangkan.

Di tapak seluas kira-kira 5 ekar di Seksyen 18 itu disediakan 7 lot seluas 10,000 kaki setiap satu, sudah lengkap kemudahan eletrik dan jalan raya

Kerajaan negeri dulu katanya membelanjakan hampir RM1 juta untuk menyediakan tapak itu bagi memindahkan kuil Sri Maha Mariaman dari Seksyen 19 ke Seksyen 18 seperti yang dibincangkan dengan pihak pengurusan kuil sebelum ini.

Walaupun pembinaan infrastruktur telah pun siap pada tahun 2007 namun, pembinaan rumah ibadat di kawasan berkenaan tidak dapat dilaksanakan kerana masih ada lagi perbincangan berkaitan.

Beliau berkata, perbincangan itu terhenti selepas pilihan raya umum lalu sehinggalah kerajaan negeri campuran Parti Keadilan Rakyat (PKR), DAP dan Pas yang memerintah Selangor hari ini menukarkan tapak kuil tersebut ke Seksyen 23.

Katanya, ini menunjukkan bahawa kerajaan BN dahulu begitu prihatin dengan keperluan penduduk yang beragama Hindu di situ.

Sehubungan itu, Dr Mohamad Khir meminta kerajaan negeri supaya berhenti menyalahkan kerajaan dahulu dalam isu pembinaan kuil tersebut dan menyifatkan bantahan penduduk Seksyen 23 - tempat kuil itu mahu dipindahkan sebagai isu lama.

Menurutnya, penduduk di situ memang sudah lama membantah kuil tersebut dipindahkan ke kawasan mereka dan sebab itu kerajaan BN dulu menawarkan tapak baru untuk kuil tersebut di Seksyen 18 dan 22.

Mengulas demo dan perarakan kepala lembu, beliau menyifatkan perkara itu, bukan isu agama.

Kepala lembu itu, menurutnya bermaksud “kerajaan telah membuat satu keputusan bodoh seperti lembu dalam menangani kontroversi tersebut”.

“Mungkin ada kesilapan, tetapi tujuan mereka bawa kepala lembu bukan untuk menghina orang India. Tujuannya hendak menggambarkan kerajaan hari ini bertindak tidak mengikuti fikiran,” katanya.

Sementara itu, kerajaan negeri dijangka mengadakan perjumpaan harmoni dengan penduduk Seksyen 23 dan pengurusan kuil tersebut pada Sabtu.

Abdul Khalid sendiri sudah dititah oleh Sultan Selangor, Sultan Sharafuddin Idris Shah supaya menangani isu itu dan sama ada ianya bertemu jalan penyelesaian atau tidak, sebagai Menteri Besar, beliau harus akui tokoh korporat tidak menjanjikan dirinya boleh jadi tokoh politik yang hebat.

source : agendaselangor.com

No comments: