NUFFNANG

Wednesday, 2 September 2009

Nizar kvv2 : Wayang Kulit Anwar Ibrahim !...Apa Pembaharuan Anwar Telah lakukan?

Nizar kvv2 : Wayang Kulit Anwar Ibrahim !

Dr Novandri Hasan Basri

Di sini penulis sertakan video yang menunjukkan 'kehebatan' Anwar Ibrahim.

Ikutilah :-


Apa Pembaharuan Anwar Telah lakukan?

Oleh Anwarisme

Lebih setahun datuk Seri Anwar memimpin pakatan pembangkang menawan Selangor, Kedah, Pulau Pinang dan Perak. Perak kembali kepada BN, namun Selangor, Pulau Pinang dan Kedah kekal di bawah pimpinan Anwar Ibrahim.

Saban minggu Anwar menyerang kepimpinan Barisan Nasional kerana tidak membuat sebarang perubahan dan reform.

Malangnya soalan yang sama tidak pula ditanya orang kepada Anwar.

Apa yang telah Pakatan buat setelah setahun setengah memerintah Selangor dan Pulau Pinang?

Di Selangor, setinggan tumbuh semula, masalah kuil masih belum selesai, pendapatan kerajaan negeri merosot dengan teruk, pentadbiran kerajaan negeri kacau bilau, pusat hiburan bertambah banyak, pelaburan makin kurang.

Selangor hari ini sudah gagal mengekalkan momentum pelaburan asing akibat kecenderungan EXCO Cina mencari peluang pelaburan di China, Hong Kong dan Taiwan.

Di Pulau Pinang, masalah Kampung Buah Pala tidak juga selesai. Pegawai Khas Ketua Menteri bergaduh dengan ahli majlis perbandaran, pelbagai projek diumumkan namun tiada satu pun dilaksanakan.

Hampir keseluruhan pentadbiran pakatan berasaskan cakap tetapi tiada tindakan.

Jika di Selangor menteri Besarnya sibuk mencari jalan melunaskan hutang peribadi berbanding membangunkan negari, di Pulau Pinang pula, Lim Guan Eng hanya bercakap kepada media untuk mencari populariti semata-mata.

Maka ketika Anwar berkempen memburukkan kerajaan Barisan Nasional, mungkin seseorang perlu bertanya kepadanya, apa yang telah Pakatan lakukan setahun selepas pilihan raya umum lalu yang berbeza atau lebih baik dari BN selain daripada mengadakan sambutan 100 hari kemenangan dan setahun pentadbiran.

ilek!

sumber - anwarisme

No comments: