NUFFNANG

Tuesday 8 September 2009

Anwar Atartuk : Tangguh lagi, Saksi-Saksi Kes Liwat Anwar Bangkit Memberontak?!...Selangor makin goyang dan goyah... 'we' have the 'numbers'!!!

Anwar Atartuk : Tangguh lagi, Saksi-Saksi Kes Liwat Anwar Bangkit Memberontak?


Analisis Kumbang..

"bukan dikeluh saudara, hanya berusaha.. Itu shj yg mampu dibuat.. 1 tahun 3 bulan tidak dapt keluar, bersuara, bekerja dan hidup spt orang biasa."

Ayat di atas adalah luahan Saiful Bukhari di facebooknya yang mana antara lain ia menggambarkan keadaan Saiful yang menderita menunggu perbicaraan tuduhan kes liwat Anwar Ibrahim. Yang mana beliau bertindak sebagai saksi utama dan mangsa di dalam kes berkenaan.

1 tahun 3 bulan dan kemudian ditangguh 3 bulan lagi, kes tuduhan liwat Anwar Ibrahim ini sering kali ditangguhkan. Pelbagai alasan dikeluarkan Anwar Ibrahim yang tiba-tiba mengeluarkan bermacam-macam rayuan dan tuntutan apabila hampir tibanya tarikh perbicaraan.Yang mana keadaan ini memperlihatkan beliau seakan-akan sengaja melengahkan perbicaraan untuk mewujudkan perasaan bosan kepada masyarakat untuk mengikuti perbicaraan kes liwat beliau.

Penangguhan demi penangguhan inilah yang memberikan tekanan kepada sesiapa sahaja yang terlibat di dalam kes ini. Bukan sahaja pihak pendakwaraya dan peguam bela tetapi saksi-saksi yang terlibat di dalam kes ini turut terkena badi penangguhan kes liwat Anwar ini.

Seperti Saiful yang menderita selama penangguhan kes ini berlangsung. Perkara ini turut dikongsi oleh saksi-saksi lain yang tidak dapat meneruskan kehidupan dengan selesa,aman dan tenteram kerana terlibat dengan kes liwat Anwar.Bukan sahaja atas kapasiti individu saksi berkenaan sahaja,ahli keluarga saksi yang terbabit juga menerima kesan dari segi emosi dan jasmani.

Perkara ini dibuktikan dengan isteri saksi keempat Hj. Hassanuddin Abdul Hamid, Puan Shamsiah yang menyerang Wan Azizah minggu lalu kerana mengalami kesukaran menjual rumah mereka yang dikatakan menjadi tempat kejadian liwat melibatkan Anwar Ibrahim dan Saiful Bukhari. Hal ini ditambah lagi dengan keadaan keluarga mereka yang malu besar dan dicemuh kerana dikaitkan dengan kes liwat Anwar,apatah lagi Hasanuddin merupakan saksi penting kes berkenaan.

Untuk rekod,Hj. Hassanuddin Abdul Hamid adalah saksi keempat kes liwat Anwar. Beliau merupakan kawan baik Anwar dan seperti dinyatakan di atas beliau juga merupakan pemilik kondominium Desa Damansara Condominium, Jalan Setia Kasih, Bukit Damansara, tempat berlakunya aktiviti liwat seperti mana yang didakwa Saiful. Kondominium ini bertaraf mewah dan tersembunyi serta dikawal dengan rapi oleh pegawal keselamatan serta dilengkapi dengan CCTV.Jika kes ini dibicarakan, Hasanuddin berkemungkinan akan mendedahkan bagaimana Anwar berjumpa dengan beliau untuk mendapatkan sebuah rumah mewah untuk operasi sulit,berapa bayaran sewa rumah berkenaan dan siapakah yang menginap di kondominium itu.

Jika melihat kepada peranan yang dipegang oleh Hassanuddin seperti diceritakan diatas, tidak hairanlah isteri beliau memarahi Wan Azizah dan Anwar kerana seolah-olah beliau dan isteri beliau yang menyediakan "tempat selamat" untuk Anwar melakukan perbuatan yang terkutuk itu serta menyebabkan beliau tertekan menunggu hari perbicaraan.

Perkara ini dijangka berlarutan sekian lama lagi kerana Anwar dijangka akan menangguhkan kes ini dan lebih teruk beliau dikatakan cuba menggugurkan perbicaraan kes ini, yang mana perkara ini menjadikan saksi-saksi semakin tertekan dan semakin membenci Anwar yang menyebabkan hidup mereka "tidak lagi serupa orang" setelah terlibat dengan kes liwat beliau Jika kes ini digugurkan akibat lebih teruk yang mungkin berlaku ialah apabila mereka gagal membersihkan nama mereka yang dikaitkan dengan kes liwat Anwar.

Serangan Puan Shamsiah terhadap Anwar dan Wan Azizah ini antara lain bagi Kumbang adalah 1 amaran kepada Anwar supaya tidak menangguhkan lagi perbicaraan kes liwat beliau kerana ia melibatkan ramai orang.

Anwar Ibrahim tentu sahaja boleh melakukan sahaja untuk menangguhkan dan menggugurkan perbicaraan kes liwat beliau ini, tetapi Awas!! Saksi-saksi yang lama tertekan dan malu besar akan mampu membuat apa sahaja.

Jika berani, Anwar Ibrahim boleh terus menangguhkan perbicaraan kes liwat beliau ini seberapa lama pun dan kita lihat siapa pula yang akan bangun memprotes dan memberontak selepas ini.

Adakah Anwar Ibrahim seberani itu?

NIZAR GILA BABI! SELANGOR MAKIN GOYANG!

Wah, sahabat saya RBF semakin lama semakin dasyat! Pendedahan dia tentang New Goverment in waiting at Selangor! Terbaru katanya anytime saja perkara ini akan berlaku! Kita nantikan seterusnya perkembangan di Selangor!

Makin lama makin suppens siot! WE HAVE THE NUMBERS!

Sekejap lagi saya nak tulis pasal calon pilihanraya di Bagan Pinang! Tunggu!

No comments: