NUFFNANG

Thursday, 14 May 2009

Ulangkaji: Kenali Spesis Lidah Bercabang Anwar Ibrahim, Pembohong Nombor Satu Negara

Ulangkaji: Kenali Spesis Lidah Bercabang


Anwar Ibrahim, Pembohong Nombor Satu Negara malam tadi telah membuat kenyataan yang bercanggah dengan kenyataan rasmi beliau terhadap keputusan Mahkamah Tinggi yang memutuskan Nizar Jamaluddin kekal sebagai MB Perak.

Kelmarin, sebaik sahaja Datuk Abdul Aziz Abd Rahim Hakim Mahkamah Tinggi membuat keputusan memihak kepada Nizar, bukan main gegak gempitalah penganut penganut fahaman pembangkang menyambutnya, dengan muka tak malu umat Anwar Ibrahim ini “akur” dengan penghakiman Mahkamah Tinggi itu. Walhal, minggu lepas, bekas Speaker DUN Perak, Sivakumar tidak mahu mengiktiraf keputusan Mahkamah yang membenarkan MB Perak, Datuk Seri Dr Zambry bersama enam orang Exco dan tiga ADUN Bebas menyertai sidang DUN. Sivakumar dengan angkuh dan sombong bodohnya berkeras tidak mahu memulakan sidang selagi Zambry bersama sembilan ADUN yang lain tidak tinggalkan dewan. Inilah dia jenis spesis “KLUK KLEK” satu sindrom yang MESTI mengalir dalam badan sesiapa yang menganut fahaman pembangkang, maknanya jika keputusan itu memihak kepada mereka, maka ianya dilihat baik dan mesti diterima, tetapi jika sebaliknya maka dianggap tidak adil dan mesti ditolak ...

Apa nak diherankan…, semua ini diajar dan dididik oleh Boss mereka, yang sudah dua kali mendepani tuduhan liwat dimana perbicaraannya kali ini bakal beraksi di bulan Julai.

Anwar Ibrahim membuat kenyataan rasmi dalam keadaan “gumbira” apabila Nizar diumumkan sebagai MB Perak yang sah. Berikut adalah petikan kenyataan rasmi beliau yang disiarkan di blognya sendiri
http://anwaribrahimblog.com/2009/05/11/nizar-menteri-besar-perak-yang-sah/
“Alhamdulillah saya menyambut baik keputusan mahkamah tinggi hari ini yang mengistiharkan YAB Dato’ Seri Mohammad Nizar Jamaluddin selaku Menteri Besar Perak yang sah. Keputusan tersebut merupakan satu kemenangan buat rakyat dan juga sistem demokrasi di negara ini. Kami menyeru agar YAB Dato’ Seri Mohammad Nizar Jamaluddin dengan segera dikembalikan jawatan beliau sebagai Menteri Besar Perak.

Keputusan hari ini membuktikan bahawa Perlembagaan merupakan undang-undang tertinggi di negara ini. Makanya adalah mustahak bagi semua institusi kerajaan untuk menghormati semangat yang termaktub dalam perlembagaan…”

Tetapi apabila Mahkamah Rayuan pula membenarkan Datuk Seri Dr Zambry menangguhkan keputusan Mahkamah Tinggi, nada dan irama kata kata yang keluar dari mulut busuk si Anwar Ibrahim pun dah berubah…

Sewaktu berlangsungnya Public Forum “From May 13 To 1 Malaysia” di Dewan Sivik Petaling Jaya malam tadi, Anwar didalam ucapannya berkata "It is not for the court of law to decide who should be MB, this should be decided by the people's court," he said to resounding cheers….
http://www.malaysiakini.com/news/104270

Inilah dia sifat sifat mahluk yang lidahnya bercabang! Apabila keputusan memihak kepada Nizar, maka Anwar seperti petikan kenyataan diatas menyebut “Keputusan tersebut merupakan satu kemenangan buat rakyat dan juga sistem demokrasi di negara ini..” Malah Anwar menyambut baik keputusan oleh Mahkamah yang MENGISYTIHARKAN Nizar sebagai MBPerak yang sah. Akan tetapi bila Mahkamah Rayuan memihak kepada Dr Zambry, maka Anwar pun berkata “..It is not for the court of law to decide who should be MB...”

source : medan-info-kita.blogspot.com

No comments: