NUFFNANG

Wednesday, 13 May 2009

Pilihanraya Semula : DAP Melayu Jadi MB Perak?

Pilihanraya Semula : DAP Melayu Jadi MB Perak?



Apabila saya menulis artikel 'Jangan Bubar- Pilihanraya di 3 DUN Sahaja' ada yang menyokong dan ada juga pandangan yang melihat perkara yang lebih tersirat akan berlaku selepas pilihanraya DUN Perak atau pilihanraya kecil di tiga DUN yang bermasalah iaitu di Behrang, Changkat Jering dan Jelapang. Nampaknya jika berlaku pilihanraya di 3 DUN yang tersebut, ramai yang tidak yakin BN akan menang 2 daripada 3 DUN itu kecuali di Jelapang yang pasti akan jatuh kepada DAP.

Apapun ada satu komen di dalam blog saya di mana penulis agak gusar jika berlaku pilihanraya DUN Perak dalam suasana politik Perak yang penuh pelbagai andaian dan persepsi. Berikut ada komen blogger Sahabat-Gunung yang menulis :

'Dua hari aku pening melihat kemelut politik Perak yang hanya akan merugikan rakyat Perak, tidak menguntungkan UMNO, PAS tetapi DAP akan terus yakin menaruh harapan untuk menduduki kerusi MB Perak. Percayalah….. Bukan sahaja UMNO hilang kuasa, malah PAS akan turut diperdaya DAP semata-mata untuk kepentingan politik DAP.

Aku yakin DAP akan tetap dan terus mendesak Nizar untuk minta perkenan Sultan Perak untuk membubarkan DUN Perak. DAP akan terus menekan sepupunya itu (Nizar) untuk terus menderhaka kepada Sultan Perak.Yang sedih nanti, bukan sahaja Zambry bukan jadi MB...malah kedudukan Nizar juga tidak terjamin dengan adanya Pilihanraya Negeri kerana inilah masa yang sesuai DAP menerajui Perak sebagai MB.

Percaya atau tidak, sekurang-kurangnya DAP akan meletakkan seorang calon Melayu Islam untuk bertanding dalam pilihanraya tersebut, untuk memudahkan mereka menduduki kerusi MB Perak.Jika dalam PRU yang lalu, mereka yang menang besar gagal menduduki kerusi MB sebab peruntukan Perlembagaan Negeri, seorang MB mestilah seorang Melayu Islam. Ini yang menyebabkan mereka terpaksa berputih mata merelakan Nizar diletakkan sebagai MB, tapi hanya sebagai BONEKA mereka di Perak.

Calon yang paling sesuai, ialah Naib Presiden DAP, Tunku Abdul Aziz Ibrahim. Dengan pengalamannya bersama Guthrie Corporation Ltd.Yea… MB masih Melayu dan masih Islam, cuma bertopengkan DAP yang pasti akan mengugat keTuanan Melayu dan Kesucian agama Islam.Inilah masanya DAP mendesak Sultan Perak untuk menerima pilihan mereka…. Yang beragama Islam dan berbangsakan Melayu untuk menjadi MB.

Buat rakyat Perak…tidak kiralah yang menyokong UMNO mahupun PAS….fikir-fikirkan masa depan anak bangsamu. Jangan sibuk berpolitik hingga boleh mengadaikan masa depan anak bangsa, agama, bangsa dan tanahair kita sendiri.
'

Blogger Sahabat-Gunung mungkin anak Perak sedar bahawa PAS yang memenangi 6 kerusi pun dibonekakan oleh DAP apatah lagi jika Melayu DAP ini bebas atau tidak mentadbir Perak dengan dikelilingi oleh 6 exco DAP yang lain? Mungkin itu yang dibimbangi oleh pemimpin-pemimpin BN jika andaikata berlaku pilihanraya semula. Sesungguhnya DAP memang mahukan pilihanraya semula dengan keputusan yang sama seperti pilihanraya ke 12 tetapi kali ini DAP akan berjaya menjadikan MB dikalangan ahli DAP sendiri. Pada ketika itu, Nizar dan PAS akan dihumban ke dalam gaung.

Bagaimana pendapat anda?

Amir Hamzah
Batu Pahat

source : www.amirhamzah64-segalanyamungkin.blogspot.com

No comments: