ANWAR, JUDI DAN NALLA
Oleh Yahaya Ismail
Alkisah mengenai Anwar dan perjudian ini banyak tidak disedari oleh ahli-ahli UMNO dan masyarakat Melayu amnya. Mereka terpukau dan ternganga bila mendengar pidato Anwar tanpa menilai dan mengkaji dengan mendalam watak dan kepimpinan anak kelahiran Ceruk Tok Kun ini.
Mereka menganggap segala yang keluar dari mulut Anwar sebagai pancaran nawaitunya yang betul, seorang yang dianggap warak, berilmu dan berpegang teguh pada tali Allah. Ini topeng yang dipakai Anwar bila berhadapan dengan khalayak ramai baik dalam seminar belia, seminar sastera, mahasiswa, golongan agama dan sebagainya.
Para penyokongnya dalam ABIM dan universiti, media yang pernah dikuasai oleh orang pilihannya di masa lalu dan IKD (Institut Kajian Dasar) pimpinan kroninya, Kamaruddin Jaafar, turut melonjak naik imej Anwar sebagai tokoh agama yang super warak, beriman dan bersih lagi bersih (lebih bersih dari feb) dari apa jenis korupsi penyelewengan dan maksiat. Tapi masih belum sampai ke taraf wali dan para ambia.
Para juak-juaknya memang berjaya memprojeksikan Anwar sebagai seorang tokoh Islam yang super bagus, super alim dan jauh dari perbuatan maksiat. Anwar tidak berdisko, minum arak, berjudi dan melakukan berbagai maksiat yang lain seperti setengah pemimpin UMNO. Ini imej manusia yang tidak melakukan kemungkaran tetapi hidupmatinya bersama Islam, prihatin terhadap manusia miskin dan menderita yang bersifat penyayang hingga ke akar umbi.
Lebih-lebih lagi dia bijak mengambil hati orang ramai melalui keramahannya dengan bibir yang sentiasa tersenyum dan kepala mengangguk-angguk seperti unta kenyang bila berhadapan dengan orang ramai sebagai tanda kemesraan. Cara begini memukau orang ramai apa lagi dengan pidatonya yang boleh mengkhayalkan mereka yang suka pada hiburan jenis itu.
Mahathir juga dalam sidang akhbarnya pada 23hb September 1998 berkata dia juga terpukau dengan kehebatan Anwar yang memancarkan imej sebagai pemimpin berjiwa Islam, warak dan berakhlak mulia. Beberapa tahun yang lalu dia diberitahu oleh Tun Haniff, bekas ketua polis negara tentang selera seks Anwar yang sukakan lelaki namun Mahathir menolaknya sebagai helah hendak mencemarkan imej bakal penggantinya. Setahun yang lalu datang lagi berbagai cerita mengenai homoseksualiti Anwar namun Mahathir masih juga tidak percaya dengan cerita-cerita itu.
Mahathir masih juga tidak percaya dengan cerita-cerita itu. Dia masih menganggap Anwar bersih dari perbuatan selera kaum Luth tersebut. Akhirnya dia sendiri menyiasat perkara itu setelah bertalu-talu datangnya kisah-kisah asmaradana Anwar yang memeranjatkan. Dia menemui mereka yang terlibat dalam homoseks dengan Anwar, driver yang membawa Anwar dan wanita ke tempat asmaradana dan juga wanita yang mempunyai hubungan sulit dengan bekas timbalan perdana menteri untuk meyakinkan dirinya bahawa apa yang diberitahu kepadanya adalah benar dan bukan fitnah.
Menurut Mahathir mereka yang terlibat dalam perkara ini, baik sebagai mangsa ataupun saksi, datang dengan kerelaan mereka sendiri dan tidak dipaksa oleh polis atau pun pihak-pihak lain. Dia yakin dan benar-benar yakin bahawa Anwar melakukan liwat dan dia juga terlibat dalam hubungan sulit dengan wanita-wanita lain. Lalu Mahathir membuat kesimpulan bahawa Anwar tidak layak memimpin parti dan kerajaan oleh kerana moralnya yang rendah dan memalukan.
Sebagai pemimpin besar dan terkenal Anwar tentulah tidak mencari teman-teman seksnya di Chow Kit atau di lorong-lorong gelap. Dia ada kelas. Dia juga tahu memilih pasangan yang paling mengghairahkan baginya, Sukma, adik angkatnya sejak berumur 14 tahun terus “diangkatnya” hingga ke bulan April tahun ini. Seorang lagi yang telah pun dihadapkan ke mahkamah dan dijatuhi hukuman ialah Dr Munawar Ahmad Annies berusia 51 tahun juga membuka selera seksual Anwar. Dengar kata ada lagi mangsa-mangsa homoseksual yang masih belum dihadapkan ke mahkamah dan besar kemungkinan lebih banyak lagi kisah-kisah yang menggerunkan akan terdedah kepada umum. Tunggulah perbicaraan di Mahkamah Tinggi tak lama lagi.
Datuk S. Nallakarupan dikatakan menjadi bapa ayam yang membekalkan Anwar dengan wanita dan juga lelaki. Malah dia sanggup menjadi driver untuk membawa perempuan dan Anwar ke Tivoli Villa, Bangsar untuk adegan asmara. Kata Anwar, Nalla rakan main tenisnya sekali-sekala. Tak lebih dari itu. Tapi ada orang berkata Nalla sahabat karib Anwar. Nalla dikatakan boleh menemui Anwar di pejabatnya tanpa membuat temujanji terlebih dulu. Malah dikatakan Nalla sering ke rumah Anwar dan boleh duduk dapur berborak dengan Anwar dan Wan Azizah.
Kalau Nalla sanggup membawa Shamsidar dalam Dimlernya bersama Anwar. Menurut warkah Ummi Hafilda kepada perdana menteri, bermakna Nalla bukanlah pasangan mainan tenis sekali sekala tetapi lebih dekat seperti isi dengan kuku. Dari berbagai sumber diperolehi maklumat bahawa Nalla ini seorang bapa ayam yang banyak menabur baktinya kepada berbagai orang termasuk Anwar yang kononnya seorang pejuang Islam nombor wahid.
Dalam afidavit yang dikemukakan ke Mahkamah Tinggi antara pertuduhan terhadap Nalla yang dibuat oleh Timbalan Pengarah CID, SAC Musa Hassan, hasil dari siasatan buku 50 Dalil Mengapa Anwar Tidak Boleh Menjadi PM dinyatakan terdapat tujuh orang saksi yang memberi kenyataan bertulis mengenai hubungan Nalla dan Anwar.
Antaranya :-
1. Seorang saksi lelaki mengatakan dia diliwat sebanyak 15 kali oleh Anwar yang dilakukan di berbagai tempat termasuk di Tivoli Villa, Bangsar, yang dimiliki oleh syarikat yang mana Nalla seorang pengarah dan mempunyai kemudahan untuk memasuki apartment tersebut.
2. Seorang saksi lagi berkata dia mengesyaki kakak iparnya mempunyai hubungan sulit dengan Anwar dan ini berlaku di Tivoli Villa kepunyaan syarikat yang mana Nalla mempunyai kemudahan.
3. Bekas driver peribadi Nalla berkata dia juga pernah membawa Nalla dan Anwar ke tempat-tempat tertentu untuk mendapatkan khidmat pelacur. Driver itu juga berkata dia pernah diminta Nalla mencari pelacur-pelacur berbangsa Cina, Mexican, Serani dan lain-lain bangsa untuk tujuan seks. Ada sekali membawa Nalla, seorang perempuan dan Anwar yang memakai rambut palsu (wig) dalam sebuah motokar sewaktu keluar dari Tivoli Villa.
4. Seorang saksi yang menjadi bapak ayam berkata dia pernah membekal wanita untuk tujuan pelacuran kepada Nalla setelah Nalla menghubunginya. Dia juga berkata pernah membekalkan pelacur kepada Nalla beberapa kali.
5. Seorang saksi wanita berkata Nalla pernah memperkenalkan dengan Anwar sewaktu dalam motokar. Ketiga-tiga mereka pergi ke Tivoli Villa. Saksi itu berkata dia diganggu dalam bilik oleh Anwar yang meminta mengadakan hubungan seks dengannya. Tetapi dia menolak. Pada masa peristiwa itu berlaku Nalla ada di apartmen tersebut.
6. Seorang saksi wanita yang lain berkata dia pernah dibawa ke sebuah banglo oleh Nalla dan diperkenalkan kepada Anwar. Saksi itu berkata dia disuruh masuk ke dalam sebuah bilik dan lepas itu Anwar mengikutinya dari belakang. Anwar cium dia, tindih badannya dan memeluknya. Bagaimana pun dia tidak menyerah kepada kemahuan Anwar untuk mengadakan hubungan seks. Sebaliknya dia berbohong mengatakan dia datang bulan untuk menyelamatkan dirinya.
7. Seorang lagi saksi yang bekerja dengan sebuah syarikat di mana Nalla adalah seorang pengarahnya, berkata dia dibawa ke sebuah apartmen di Tivoli Villa dengan sebuah motokar yang dipandu Nalla. Dalam apartmen itu dia terkejut bila diperkenalkan kepada Anwar. Mereka melakukan persetubuhan, dan selepas itu, kata saksi mereka membincangkan hal politik tanahair.
Nalla memberi kepada saksi RM350.00
Setelah terbongkar cerita hubungan sulit Anwar dengan isteri orang yang didedahkan oleh Ummi Hafilda dalam warkahnya kepada PM pada bulan Ogos 1997 dikatakan kegiatan maksiat ini berpindah ke apartmen di Impiana Court, Ampang dan diteruskan lagi.
Juga dikatakan seorang tokoh korporat juga telah membuat laporan polis mendakwa Anwar cuba menggoda isterinya bersama rombongan Anwar ke Washington. Mengenai godaan isteri tokoh korporat itu dikatakan terdapat kaset yang disebar secara meluas oleh pihak-pihak tertentu yang merakamkan suara Anwar sedang menggoda isteri tokoh korporat tersebut.
Siapa Nalla sebenarnya? Apakah dia seorang bekas mandur estet? Apakah dia seorang yang berpengaruh dalam dunia bisnes dan politik? Dia katakan kelahiran India dan dibesarkan di Malaysia. Bapanya seorang pengusaha todi di Sepang dan persekolahannya cuma sampai ke tingkatan tiga. Lepas itu dia bekerja sebagai agen insuran MCIS. Di sinilah dia berjinak-jinak dalam dunia bisnes, mendapat hubungan yang baik dengan pemimpin-pemimpin MIC.
Masuk MIC dan berkenalan dengan pemimpin-pemimpin MIC dari Samy Vellu dan lain-lain. Dikatakan juga Nalla berkenalan baik dengan Vijendra yang terlibat dalam video lucah hingga menjejaskan kerjaya politik bekas ketua pemuda MIC tersebut. Ada kalangan MIC yang tidak senang dengan tingkah laku Nalla dan selepas peristiwa Vijandren dengan video lucahnya maka Nalla memberi selamat tinggal pada MIC dan berayoyo pula dengan pemimpin IPF (Indian Progresive Front) Panithan, yang pada waktu itu, berteduh di bawah payung Semangat 46.
Barangkali takut Panithan mempengaruhi ahli-ahli MIC untuk berjuang dalam IPF Samy Vellu dikatakan memujuk Nalla kembali di bawah ketiaknya. Nalla yang oportunis tidak tunggu-tunggu lagi untuk merebut peluang yang ditawarkan pemimpin MIC. Dikatakan MIC mempunyai saham yang agak besar dalam Magnum, syarikat judi empat ekor. Lalu Nalla dilantik sebagai pengarah eksekutif di bidang perhubungan awam korporat. Hubungannya yang baik di bidang politik dan korporat memungkinkan Nalla menambahkan kekayaannya.
Dikatakan Nalla juga berminat di bidang perfileman dan dia telah menubuhkan sebuah syarikat perfileman di India. Sebuah filem Tamil yang bernama “Kekasih Muda” telah dihasilkan pada tahun 1996. Filem ini dihasilkan oleh syarikat usahasama antara Vijaya Nalla Combines dengan seorang tokoh pengarah Tamil yang terkenal iaitu T. Rajender, yang juga seorang tokoh politik India. Dia juga dikatakan sering membawa bintang-bintang filem India yang cantik dan menggiurkan ke Malaysia untuk memperkenalkan bintang-bintang filem itu kepada orang ramai dan orang-orang tertentu.
Nalla juga dikatakan terlibat dalam penerbitan akhbar harian Tamil, Thina Murasu yang diterbitkan pada tahun 1995. Pada tahun 90 an dia menjadi lembaga pengarah berbagai syarikat yang ada hubungan dengan seorang taikun Cina, Datuk T. K Lim. Antara syarikatnya ialah Kamunting Corporation Bhd (pengusaha jalan tol di Jalan Kuching), syarikat perjudian, Magnum Corporation Bhd dan Malaysian Plantation Bhd. Nalla juga dikatakan mempunyai saham individu yang terbesar dalam syarikat Chongai Corporation Bhd.
Soalnya mengapakah Anwar terlalu rapat dengan Nalla yang menjadi pengarah eksekutif Magnum, syarikat perjudian terkenal di tanahair? Apakah kelebihan Nalla dari Samy Vellu atau pun orang-orang India yang lain? Mengapakah Anwar sering membawa Nalla dalam berbagai rombongannya ke luar negara? Apakah Anwar juga membantu memperkenalkan perjudian di Malaysia kepada para pelabur asing? Apakah dia mempunyai syarikat perkongsian bersama dalam bisnes tertentu? Atau mereka mempunyai ikatan batin dalam bidang tertentu yang tidak boleh dikongsikan dengan orang lain?
Sebagai seorang pengarah eksekutif di bidang hubungan korporat Magnum adalah menjadi tugas Nalla untuk mempunyai hubungan yang baik dan mesra dengan tokoh-tokoh politik Melayu khasnya untuk menjaga kepentingan bisnes perjudian itu. Anwar dianggap mereka sebagai seorang tokoh berjiwa Islam yang bakal menjadi perdana menteri kelak. Demi menjaga masa depan perjudian di Malaysia Nalla dipertanggungjawabkan untuk mempastikan kepentingan Magnum tidak terjejas sekiranya Anwar menjadi bakal perdana menteri kelak.
Anwar nampaknya tidak mengambil kisah mengenai persahabatannya dengan tokoh-tokoh perjudian. Malah dia sanggup menerima derma dari tauke judi. Sewaktu dia menjadi Ketua Pemuda UMNO Anwar telah menerima derma sumbangan dari tauke judi Lim Goh Tong dari Genting Berhad bernilai RM250,000 untuk Yayasan Gerak Bakti Pemuda UMNO. Dalam pilihan raya tahun 1990 saya telah mendedahkan hal ini dalam ucapan di pentas politik PAS / Semangat 46 di Balik Pulau, Pulau Pinang.
Penulis (Yahaya Ismail bersama penduduk Permatang Pasir (kawasan Anwar) sedang menunggu Anwar bersumpah di Masjid Permatang Pasir, di bawah parlimen Permatang Pauh pada tahun 1990. Tetapi Anwar tidak hadir
Dalam ucapan itu saya menyebut Anwar menerima derma dari tauke judi Genting sebanyak RM500,000. Akhbar Watan menyiarkan berita ini di muka depan. Anwar menjadi gelabah dan berkata dia akan menyaman saya kerana memfitnahnya. Akhbar-akhbar harian dan TV3 memuatkan berita Anwar akan menyaman saya kerana isu penerimaan derma dari tauke judi tersebut.
Tidak lama selepas pendedahan saya itu Datuk Najib Tun Razak, yang mengganti Anwar sebagai Ketua Pemuda, menjelaskan dalam akhbar bahawa jumlah yang diterima Anwar untuk Yayasan Gerak Bakti Pemuda bukan RM500,000 tetapi hanya RM250,000! Kini jelaslah kepada umum bahawa Anwar memang menerima derma dan tauke judi sebanyak RM250,000 untuk Yayasan Gerak Bakti Pemuda.
Dalam satu kempen politik di kawasan Permatang Pauh, tempat Anwar, saya lagi sekali menyebut tentang penerimaan derma dari tauke judi Lim Goh Tong itu. Kali ini saya cabar Anwar menyaman saya lagi sekali. Walaupun Anwar telah mengumumkan dalam media massa bahawa dia akan menyaman saya kerana memfitnahnya namun saya tidak menerima langsung surat dari peguamnya.
Lalu saya meminta dia bersumpah di masjid Permatang Pasir, dalam kawasan pilihan rayanya juga, kerana saya diberitahu oleh penduduk-penduduk di situ bahawa pernah suatu ketika dahulu ada orang yang bersumpah di masjid itu telah menjadi lemah dan lembek bila keluar dari perkarangan masjid tersebut.
Dalam ucapan itu saya meminta Anwar datang ke masjid tersebut untuk bersumpah sekiranya dia benar-benar tidak mengaku menerima dana dari tauke judi. Saya dengan beberapa orang penduduk di situ telah menunggu Anwar di masjid Permatang Pasir pada petang keesokannya di waktu asar untuk bersumpah.
Saya tunggu hingga maghrib tetapi pejuang Islam tersebut untuk bersumpah sekiranya dia benar-benar tidak mengaku menerima derma dari tauke judi. Saya dengan beberapa orang penduduk di situ telah menunggu Anwar di masjid Permatang Pasir pada petang keesokannya di waktu asar untuk bersumpah. Saya tunggu hingga maghrib tetapi pejuang Islam tersebut tidak berani bersumpah di masjid tersebut.
Saya ingin bertanya kepada alim ulama, terutama sekali mereka yang taksub kepadanya, apakah hukumnya seorang Muslim menerima derma dari tauke judi? Apakah wang derma itu halal dari segi Islam? Kalau halal tunjukkan bukti-buktinya dari segi syarak. Apakah ada nas-nas dalam Al-Quran ataupun hadith Nabi Besar kita yang menyatakan derma dari tauke judi itu halal di sisi Allah?
Kalau tak ada maka haramlah jawabnya. Kalau haram penerimaan derma tersebut mengapakah Anwar bin Ibrahim sanggup menerima derma sebanyak RM250,000 dari tauke judi Genting Berhad? Bukankah perbuatan menerima derma dari tauke judi itu bersubahat namanya? Di manakah letak nawaitunya sebagai seorang pejuang Islam yang dikatakan warak, menjadi imam dan membaca khutbah kalau dia sendiri menerima derma dari tauke judi?
Tabung Haji, Permodalan Nasional Berhad dan Bank Islam sendiri tidak melabur dalam syarikat-syarikat yang ada kaitan dengan perjudian dan arak oleh kerana pendapatannya dari pelaburan itu dianggap haram. Nah, sekarang Anwar bin Ibrahim dengan penuh bangga menerima derma sebanyak RM250,000 dari tauke judi Lim Goh Tong dalam satu upacara besar-besaran di Dewan Tuanku Canselor Universiti Malaya sewaktu menjadi Ketua Pemuda UMNO!
Bukankah ini suatu bukti yang nyata bahawa Anwar sanggup menerima derma walaupun dari taukejudi sekiranya ia memberi faedah kepada dirinya? Walaupun dia mengangkat dirinya sebagai pejuang Islam namun dia juga sanggup menerima sumbangan kewangan hatta dari tauke judi sekali pun. Di manakah letaknya prinsip dan kejujurannya sebagai pejuang Islam yang dilaung-laungkan oleh juak-juaknya termasuk mereka yang alim dalam agama?
Jangan pula ada ulama yang menganggap derma dari tauke judi itu alright oleh kerana selain dari kasino di Genting Lim Goh Tong juga ada dan barangkali dermanya itu datang dari pendapatan hotelnya. Jangan cuba menghalalkan sesuatu yang haram. Usah tipu Allah Ta’ala dengan berbagai alasan yang dicari-cari dan direka-reka. Allah Maha Mengetahui walaupun ada pejuang Islam dan ulama tertentu cuba cari alasan yang dicari-cari dan direka-reka. Allah Maha Mengetahui walaupun ada pejuang Islam dan ulama tertentu cuba mencari alasan yang tidalk meyakinkan untuk menghalalkan penerimaan derma tersebut.
Untuk pengetahuan para pembaca ada seorang pemimpin politik yang mempunyai kepentingan dalam salah satu syarikat perjudian memberi derma kepada sebuah masjid di Perak. Jawatankuasa masjid tersebut mengambil keputusan memulangkan semula dermanya yang berjumlah beribu ringgit kerana mereka was-was tentang punca pendapatannya. Pemimpin politiknya itu terkejut dengan sikap jawatankuasa masjid lalu dia dimasukkan kewad pesakit jantung. Ini sikap jawatankuasa masjid yang tidak kemaruk duit derma dan tahu hukum-hakam halal haramnya.
Walaupun penderma itu seorang pemimpin politik yang terkenal namun mereka lebih mengutamakan prinsip dan ajaran agama dan oleh itu sanggup memulangkan semula wang dermanya. Ya, tapi Anwar bin Ibrahim, pejuang Islam, tidak sama pandangannya dengan jawatankuasa masjid tersebut. Ya, dia pejuang Islam tetapi dia juga sanggup menerima derma dari tauke judi. Ini kelebihan Anwar yang tidak terdapat pada jawatankuasa masjid yang terdiri dari lebai-lebai kampung yang simple-minded dan jujur dalam tafsiran agama.
Oleh itu janganlah hairan bin terkejut kalau Anwar menjadikan Nalla, bergelar datuk, sebagai sahabat karibnya. Dia tahu Nalla terlibat dalam bisnes perjudian. Dia juga mungkin tahu Nalla juga terlibat dalam pengurusan (tak perlu pakai IT) untuk mendapatkan perempuan-perempuan terdiri dari isteri-isteri orang dan juga para pelacur dan bintang-bintang filem Hindi untuk “disedekahkan” kepada mereka yang memerlukannya atau barangkali juga menjadikan perempuan sebagai umpan membuka selera dan membuka rahsia.
Warkah Ummi Hafilda untuk Perdana Menteri dengan jelas membuktikan Nalla sanggup menjadi driver dan menggunakan Dimlernya sendiri untuk membawa Shamsidar, isteri Azmin, setiausaha sulitnya, bersama-sama Anwar ke kondo di Tivoli Villa. Nampaknya Nalla bukan hanya sebagai pasangan Anwar di padang tennis tetapi juga sebagai orang penting mendapatkan wanita dan barangkali juga pondan dan laki-laki lain untuk santapan rohani bekas perdana menteri yang “syumul” itu. Nampaknya Nalla seorang bapa ayam yang cekap untuk membekalkan anak –anak “ayam” jantan dan betina kepada Anwar.
Mahathir telah menyatakan dia telah diberitahu oleh Tun Haniff Omar, Ketua Polis Negara pada waktu itu, bahawa Anwar mempunyai hubungan homoseksual sejak tahun 1993 lagi. Tapi dia tidak ambil berat mengenai hobi Anwar itu sejak dia menjadi menteri kewangan lagi. Dari penyiasatan polis Tun Haniff berkata dia yakin Anwar seorang homoseksual dan pihak polis bimbang dia boleh diblackmail oleh pihak asing.
Menurut Haniff salah seorang dari pasangan homoseksual Anwar itu ialah warganegara asing. Walaupun Anwar menabur ayat-ayat Al-Quran dan mengangkat diri sendiri sebagai pejuang Islam namun pihak polis sudah tahu rahsia peribadinya yang sukakan laki-laki dan pondan sejak awal 90-an lagi. Malangnya perdana menteri sendiri tidak percaya dengan pendedahan tersebut pada waktu ini.
Sekurang-kurangnya tiga tauke judi terkemuka di Malaysia berjaya mendekati Anwar. Lim Goh Tong, tauke judi Genting Bhd, telah sudi menderma RM250 ribu kepada Anwar sewaktu Anwar menjadi Ketua Pemuda seperti yang saya sebutkan di atas. Besar kemungkinan tauke ini memberi sumbangan dalam berbagai bentuk yang lain kepada Anwar atau orang-orang Anwar yang lain demi menjaga kepentingan bisnesnya. Yang penting hubungan yang rapat dengan Anwar demi menjaga kepentingan perjudian Genting Bhd.
Anwar Ibrahim semasa Menteri Kewangan berkawan baik dengan Vincent Tan, taukeh judi Sports Toto
Selain dari Lim Goh Tong, Anwar juga mempunyai hubungan yang baik dengan Vincent Tan, tauke Sports Toto. Vincent Tan mempunyai syarikat usahasama dengan syarikat Ear City Sdn Bhd yang akan membina perumahan, kondo dan hotel di atas sungai Klang yang menelan belanja berbillion-billion ringgit. Kamaruddin Jaafar adalah orang kuat Anwar, menjadi Pengerusi Institut Kajian Dasar yang menjadi think tank Anwar.
Sebagai orang bisnes Vincent Tan mesti mempunyai hubungan yang baik bukan saja dengan Perdana Menteri tetapi juga dengan Timbalan Perdana Menteri. Dengan cara begini masa depan bisnes perjudian Sports Toto terutama sekali tidak akan terjejas sekiranya sudah ada persefahaman antara tauke itu dengan Anwar. Anwar juga sering menunggang kuda di Bukit Kiara Equesterian Club kepunyaan Vincent Tan dan bermain badminton di tempat yang ekslusif bersama dengan jutawan tersebut.
Malah dia juga pernah bersantai di Pulau Tioman dan tinggal di Berjaya resort sebagai tetamu istimewa tauke tersebut. Selain dari itu Vincent Tan juga mempunyai rakan perkongsian bisnes dengan sahabat karib Anwar yang juga telah menjadi jutawan segera.
Antara Lim Goh Tong, Vincent Tan dan Nalla dikatakan Nallalah yang paling rapat dengan Anwar. Nalla ini nampaknya menjadi seperti orang kepercayaan Anwar untuk membekalkan berbagai jenis manusia, lelaki dan perempuan, untuk membuka selera nafsu pejuang Islam tersebut. Malah dikatakan Nalla juga menjadi orang tengah untuk menggoda isteri kedua seorang tokoh korporat supaya dapat “dijinak” oleh pak sheikh. Nalla tentulah ada agendanya yang tersendiri di samping menjaga kepentingan syarikat judi Magnum.
Walaupun Tun Haniff, bekas Ketua Polis Negara, telah menegur Anwar pada tahun 1993 yang lalu supaya memberhentikan hobi homoseksual itu kerana takut ia menjadi mangsa blackmail oleh pihak-pihak tertentu namun Anwar nampaknya tidak mengindahkan nasihat tersebut. Dia terlalu over confident bahawa rakyat tidak akan tahu dia seorang homoseksual secara tersembunyi. Rakyat hanya tahu dan menyanjung tinggi sebagai seorang pemimpin berjiwa Islam yang warak dan yang prihatin terhadap nasib golongan miskin.
Tapi kini sedikit demi sedikit rakyat akan tahu juga siapa Anwar sebenarnya. Apakah dia seorang yang benar-benar warak atau pura-pura warak? Apakah dia benar-benar berjiwa Islam atau hanya memperalatkan Islam untuk mencari kekuasaan dan pengaruh?
Sekiranya Nalla sanggup mendedahkan segala rahsia peribadi Anwar yang dia tahu dan menjelaskan dengan panjang lebar peranannya tentang membekalkan wanita, pondan dan laki-laki tertentu di mahkamah maka besar kemungkinan seluruh masyarakat Malaysia dan antarabangsa akan menjadi gempar dengan pendedahan tersebut.
AIDC memetik buku tulisan Yahaya Ismail bertajuk "Anwar & Nalla – Seks + Judi & Konspirasil", Penerbitan Usaha Teguh Sdn Bhd, Petaling Jaya, 1998.
No comments:
Post a Comment