KERAJAAN PERPADUAN UMNO/BN-PAS DI PERAK
1. PERISTIWA yang berlaku di Perak sebenarnya memberi banyak rahmat dari Allah SWT terutama kepada orang Melayu dan umat Islam di Perak, khususnya.
2. Kejadian 7 Mei, telah memperlihatkan kepada YB-YB Melayu betapa ganas dan kasarnya YB-YB DAP yang kemaruk kuasa. Mereka melihat betapa Nizar diheret ke sana ke mari , ke Pejabat DAP, ke Wisma DAP, ke Mahkamah Tinggi DAP belakang dia, ke Mahkamah Rayuan DAP ikut belakang dia, boleh dikatakan Nizar diremote saja dan ikut saja.
3. Seperti kata penulis sebelum ini, rahmat itu antara lainnya betapa kecewanya YB-YB Melayu dalam PAS dan seorang dua dalam PKR, sehingga mendesak jiwa mereka untuk bersatu bersama-sama UMNO.
4. Tidak ada yang pelik penyatuan ini, Idea asalnya oleh Tuan Guru Haji Hadi Awang dan kumpulan ulama asalnya seperti Dato Harun Taib, Hj Mustapha Ali dll. Dato' Mukhriz sendiri mencadangkan UMNO-PAS bersatu di Perak demi kepentingan orang Melayu dan Umat Islam.
5. Namun, DS Anwar sudah mencium semua ini, sebab itu DS Anwar mahu berjumpa DS Najib! Maka sebelum PAS-UMNO bersatu di Perak, Anwar cepat-cepat menghulur salam perdamaian kepada DS Najib, mahu bertemu dan berbincang katanya. DS Najib berkata demi rakyat tiada masalah bertemu, asal tiada syarat. Begitulah besarnya jiwa DS Najib, membunuh segala buruksangka dan prejudis yang dilemparkan oleh DS Anwar dan pasukannya. Akhirnya rakyat sudah mula selesa dengan DS Najib,dan mula mempersoal DS Anwar.
6. Penulis yakin, tidak lama lagi dengan restu Raja Melayu, muzakarah UMNO-PAS akan berjaya di Perak. Tanda-tanda sudah berjalan, amat jelas Nizar dan YB-YB DAP tidak berjaya mendapat Restu Sultan Perak untuk bubar dewan. Hanya mereka yang tidak dapat menerima hakikat hilang kuasa, buta matematik dan tidak menghormati Raja Melayu sahaja yang beria-ia mahu membubarkan dewan sesuka hati, walaupun BN mendapat majoriti mudah 31-28.
7. Kita berharap 2 YB PKR dan 5 YB PAS yang khabarnya mempunyai kesedaran untuk keluar Pakatan akan melakukannya dengan ikhlas demi agama, bangsa & negara.
Perhatikan kenapa sebuah parti komponen BN mencadangkan DUN dibubar? Perhatikan bagaimana KPP mendesak dan seolah-olah mengugut PAS untuk menaikkan taraf mereka sebagai sayap penting yang membuat Dasar parti? Perhatikan Ketua Menteri Penang bercakap lain di depan dan lain di belakang, jika begitu kenapa Kerajaan [UMNO/BN-PAS] tanpa [DAP/PKR] tidak boleh berlaku di Perak? Penulis yakin DYMM Paduka Seri Sultan Perak pasti akan memperkenankannya walaupun DS Anwar akan menentangnya. Namun siapakah Anwar di negeri Sultan Perak untuk menghalang kebaikan ini ...
source : www.jentayuabaka.com
-----------------------------------------
25hb Jun: DSAI berlepas ke Washington? Harap pulang sebelum 1 Julai..
konon nyawanya terancam. Harap lakonan ini tidak berulang.
Terdapat beberapa maklumat yang saya terima mengatakan bahawa DSAI akan berlepas ke Washington D.C, Amerika Syarikat pada 25hb Jun 2009, 6 hari sebelum perbicaraan utama bermula.
Jika benar maklumat tersebut, saya harap beliau dapat pulang dan hadir pada hari perbicaraan utama kelak. Janganlah ''lari'' mohon perlindungan disana pula. Jika maklumat ini tidak benar, baguslah kalau begitu.
Dalam pada itu, pada hemat saya adalah tidak wajar untuk beliau kali ini mempertikaikan integriti dan ketelusan Mahkamah. Ini kerana, bermula dari hari beliau didakwa, sudah banyak peluang dan kelonggaran yang telah diberi.
Antara peluang dan kelongaran yang telah diberi;
1) Ketika perbicaraan di Mahkamah Sesyen, penetapan tarikh-tarikh perbicaraan mengambil kira dan memberi kelongaran kepada faktor bahawa beliau perlu hadir di Parlimen.
2) Beliau juga diberi jaminan bon peribadi dimana wang jaminan TIDAK perlu didepositkan
3) Paspot antarabangsa beliau tidak ditahan.
4) Perdana Menteri (pada ketika itu Tun Abdullah) sendiri telah memberi jaminan kepada beliau dan keluarga supaya perbicaraan ini dibicarakan dengan seadil-adilnya. Rujuk penghakiman ini
Selain itu, beliau sendiri baru-baru ini semasa Mahkamah Tinggi memberi kemenangan kepada YB Nizar mengakui dan menyeru rakyat supaya menghormati Mahkamah yang sememangnya telus dan bersama mendaulatkan Undang-Undang.
Jadi, pesanan saya buat DSAI, ''peganglah kata-kata anda itu untuk kes anda kelak''.
Akhir kata, pada 1hb Julai 2009 nanti genaplah 1 tahun saya berada dalam penantian bagi menuntut keadilan. Banyak dugaan dan rintangan yang telah dan akan saya, tunang dan keluarga hadapi lagi dalam menanti hari tersebut untuk tiba. Walau apapun, saya akan menantikan hari tersebut dengan penuh sabar dan reda. Saya berdoa dan berserah sepenuhnya kepada Allah s.w.t yang Maha Mengetahui lagi Maha Berkuasa.
Yang HAK pasti BERDIRI, Yang BATIL pasti JATUH!
SAIFUL BUKHARI
source : mohdsaifulbukhari.blogspot.com
---------------------------------------
Nizar vs Zambry: Antara hormati undang-undang dan taati Raja
Kemelut menentukan siapakah Menteri Besar Perak dilihat semakin rumit dan mencabar.
Pelbagai pihak membuat andaian masing-masing termasuk
Cuma apabila ada pihak membuat tafsiran mengikut rasa dan fahaman politik masing-masing, kemelut ini dilihat seolah-olah hanya boleh diselesaikan melalui pilihan raya kecil di Perak.
Sebenarnya, jika diteliti dan diamati, kes yang dikemukakan Nizar ke Mahkamah Tinggi untuk mencabar kesahihan perlantikan Zambry dan menganggap dirinya masih Menteri Besar tidak terlalu sukar diselesaikan.
Keputusan Hakim Mahkamah Tinggi, Datuk Abdul Aziz Abdul Rahim mengisytiharkan Nizar sebagai Menteri Besar Perak yang sah memang betul dan patut diterima semua pihak termasuk Barisan Nasional (BN) mahupun pembangkang di negeri itu.
Hakim itu mendapati Nizar tidak mengosongkan jawatan sebagai Menteri Besar kerana beliau tidak kehilangan kepercayaan majoriti anggota Dewan Undangan Negeri (DUN) Perak.
Walaupun tidak melihat alasan penghakiman Abdul Aziz tetapi tidak dilaporkan beliau membuat sebarang keputusan mengatakan perlantikan Zambry sebagai Menteri Besar adalah salah atau Zambry perlu melepaskan jawatan itu kepada Nizar.
Difahamkan, tujuan sebenar Nizar membawa kes berkenaan ke mahkamah adalah untuk mengesahkan beliau Masih Menteri Besar kerana i) tidak berlaku pembubaran DUN, ii) tidak ada undi tidak percaya padanya di persidangan DUN dan iii) tidak berlaku perletakan jawatan oleh beliau.
Memang Nizar ada memohon pengisytiharan Zambry bukanlah Menteri Besar yang sah dan tidak berhak jawatan itu tetapi seperti dinyatakan di atas, tiada ada laporan hakim memutuskan perkara itu.
Memandangkan kes penentuan Menteri Besar ini masih dalam lingkungan mahkamah selepas Zambry berjaya mendapatkan penangguhan pelaksanaan keputusan itu melalui Mahkamah Rayuan dan Nizar pula mengemukakan permohonan mengetepikannya, adalah tidak wajar perkara dan kuasa mahkamah disentuh.
Cuma tidak salah untuk semua pihak memikirkan bahawa dalam menghormati keputusan mahkamah, keputusan Sultan Perak, Sultan Azlah Shah melantik Zambry sebagai Menteri Besar juga harus ditaati.
Baginda membuat keputusan itu kerana percaya dan yakin Zambry mendapat kepercayaan 28 Ahli Dewan Undangan Negeri (Adun) BN serta sokongan tiga Adun Bebas.
Sultan Azlan mengambil langkah betul dengan kuasa muthlaknya melantik Zambry dengan mematuhi segala peraturan.
Maka tiada siapa mahupun mahkamah boleh meragui tindakan baginda dan harus menerima kenyataan bahawa Zambry kini masih Menteri Besar yang sah berdasarkan Undang-Undang Tubuh Kerajaan Negeri Perak.
Persoalan kemelut ini sebenarnya adalah kerana Perak mempunyai dua orang Menteri Besar dengan Zambry dibuat atas perlantikan kuasa Sultan manakala Nizar pula masih sah menjawat jawatan itu berdasarkan keputusan mahkamah.
Bagi penyelesaiannya adalah sama ada Nizar atau Zambry meletak jawatan ataupun membenarkan sidang khas DUN Perak memutuskan siapakah antara mereka kekal Menteri Besar melalui undi percaya oleh ahli-ahli DUN.
Jika selama ini semua pihak termasuk pembangkang melaung-laungkan soal menghormati majoriti, maka biarlah majoriti ahli-ahli DUN memutuskannya.
Langkah ini sekaligus membolehkan semua pihak menghormati undang-undang atau mahkamah dan dalam masa sama mentaati Raja-Raja.
Soalnya adakah Nizar sanggup?. Dengan majoriti 31 Adun yang memihak BN, Nizar dan rakan-rakan PAS, DAP dan PKR yang hanya ada 28 sokongan sudah tentu menolak cadangan ini.
Awal-awal lagi Nizar memilih untuk memohon Sultan Perak membubarkan DUN supaya pilihan raya negeri dapat diadakan kerana percaya pembangkang dapat menawan semula majoriti DUN dan beliau akan kekal sebagai Menteri Besar.
Nizar lupa bahawa kemelut sekarang adalah untuk menentukan Menteri Besar Perak bukannya memilih kerajaan yang akan mentadbir negeri itu.
Tindakannya kini jelas lebih bersifat peribadi dengan menjadikan alasan kononnya kemelut ini perlu undi rakyat negeri Perak sebagai penyelesaian.
Tidak hairanlah dalam sidang medianya selepas keluar pejabat Menteri Besar petang Selasa, Nizar mendakwa keputusan yang diperolehi Zambry melalui Mahkamah Rayuan membelakangkan rakyat.
Sekadar bertanya, siapakah yang membelakangkan rakyat dan siapakah yang membelakangkan kuasa majoriti?
Jawapan pada persoalan dan tindak tanduk Nizar dalam kemelut ini mendedahkan bahawa beliau seorang yang hanya berani berumah di tepi pantai, tetapi tidak sanggup di pukul ombak.
Kalau Nizar benar-benar berani, mintalah speaker DUN Perak mengutus
Dalam hal ini, Agendadaily teringat kenyataannya ketika sidang media petang Selasa di Wisma DAP apabila diajukan soalan mengenai sokongan majoriti ini.
Kata Nizar, “Kalau nak uji majoriti, bawalah ke DUN. Jangan cakap di luar…Sayapun boleh cakap begitu,”.
Jadi apa kata Nizar buktikan kata-katanya.-
source : agendadaily.com
No comments:
Post a Comment