KEKALUTAN DI PERAK: LAMBANG PENDERHAKAAN PEMBANGKANG TERHADAP SULTAN DAN SIMBOL MEMPERMAINKAN UNDANG-UNDANG – Siri I
DIkirim oleh Sahabat MANTAP di Sabtu, 16 Mei 2009
Oleh: Salza Hedra
Tulisan ini terbahagi kepada dua bahagian utama; pertama kejadian semasa pakatan pembangkang mengambilalih Perak dan bahagian kedua yang akan menyusul kelak membincangkan megenai kejadian selepas DYMM Tuanku Sultan Perak mengumumkan BN menjadi kerajaan yang sah di Perak menggantikan kerajaan pakatan pembangkang.
Kekalutan senario politik di Perak adalah berpunca daripada kekalutan awal kerapuhan Pakatan Pembangkang sendiri. Apabila keputusan PRU 12 (DUN) diumumkan, Pembangkang masih lagi sebagai parti berasingan di mana PAS mendapat 6 kerusi, PKR 7 dan DAP 18 manakala BN 28 kerusi. Sebagai parti yang terpisah, BN adalah parti yang mendapat majoriti dan layak menerajui kerajaan Perak. Namun apabila pembangkang membuat persetujuan untuk menafikan hak BN, maka mereka membuat pakatan untuk bergabung. Dengan itu, wujudlah kerajaan pakatan pembangkang di Perak.
Kekalutan berikutnya adalah semasa ingin melantik Menteri Besar Perak. DAP yang memenangi 18 kerusi DUN menuntut hak untuk menjadi MB. Namun Undang-Undang Tubuh Negeri Perak telah menetapkan bahawa untuk menjadi MB, calon tersebut mestilah berbangsa Melayu dan beragama Islam. DAP tidak berpuas hati dan membuat bantahan demi bantahan. Tak cukup dengan itu, DAP tidak mahu memakai songkok semasa aturcara mengangkat sumpah jawatan di depan Sultan Perak kerana songkok itu melambangkan pakaian melayu. Tindakan ini merupakan suatu manifestasi kemarahan DAP. Lebih teruk lagi ia memperlihatkan betapa rasisnya DAP itu sendiri.
Setelah hasrat DAP untuk menjadi MB Perak gagal, maka pakatan pembangkang berbincang untuk memilih siapa MB yang akan mewakili mereka. Satu pertemuan telah di adakan di Pulau Pangkor. Akhirnya mereka telah bersetuju untuk mencalonkan Nizar Jamaluddin daripada PAS. Nizar dikatakan telah diberikan syarat untuk menjadi MB. Apabila menjadi MB kelak, Nizar kena memastikan 6 orang ADUN DAP menjadi Exco, 3 ADUN daripada PKR dan seorang daripada PAS. Beliau juga kena bersetuju untuk melantik calon bukan melayu sebagai Speaker, tak kira sama ada daripada DAP atau PKR. Akhirnya Sivakumar (PKR) telah dilantik sebagai Speaker.
Nizar, yang terkenal dengan sifat mahu menonjolkan diri dan mabuk populariti sejak bertugas di UDA dulu, menerima syarat tersebut tanpa berfikir panjang. Janji dia jadi MB semuanya okay. Mursyidul Am PAS, Nik Aziz dan Presiden PAS, Hj Hadi amat gembira dengan perlantikan Nizar daripada PAS walaupun mereka sedar bahawa PAS tidak layak. Namun dah rezeki, terima ajelah.
Kemelut pemerintahan pakatan rakyat di Perak menjadi bertambah kusut. Kedua-dua tokoh ini (Nizar & Sivakumar) telah gagal melaksanakan tugas dengan baik. Mereka sebenarnya terikat dengan kemahuan DAP dan Anwar Ibrahim. Mereka terpaksa akur dengan perjanjian di Pangkor. Tindakan yang mereka lakukan mesti menguntungkan kepada kehendak aspirasi DAP dan memastikan Anwar jadi PM. Maka timbullah perkara seperti memberikan hak tanah kepada waris-waris komunis selama 999 tahun dan isu penggantung Dr Zambry dan 6 ADUN (exco) BN.
Kemelut kekalutan politik di Perak sejak pemerintahan pakatan pembangkang menjadi lebih teruk apabila seorang ADUN DAP, Hee Yit Foong (Jelapang) dan 2 ADUN PKR, Osman Jailu dan Jamaluddin Mohd Radzi keluar parti masing-masing dan menjadi ADUN Bebas. Mereka tidak berpuas hati terhadap kepimpinan parti masing-masing dan kerajaan pakatan pembangkang yang hanya mengutamakan individu-individu tertentu dan parti masing-masing daripada mengutamakan kehendak rakyat Perak. Hal ini memberikan tamparan hebat kepada pakatan pembangkang. Lantas, mereka telah mengadakan mesyuarat untuk mengambil tindakan sewajarnya bagi memastikan mereka masih berkuasa di Perak. Nizar telah diarahkan untuk bertemu Sultan dan memaklumkan Sultan bahawa beliau mahu membubarkan DUN dan memohon diadakan Pilihanraya baru di Perak.
Sultan tidak terburu-buru dalam mengambil tindakan. Tuanku telahpun memanggil kesemua ADUN BN dan 3 orang ADUN Bebas untuk mendapat kepastian. Akhirnya Tuanku dimaklumkan bahawa ketiga-tiga ADUN Bebas telah menunjukkan sokongan mereka terhadap BN. LantasTuanku mengambil keputusan bahawa BN mempunyai majoriti lebih daripada pakatan pembangkang. Nizar yang mahu membubarkan DUN dan mahukan pilihanraya baru telah secara sendirinya memperlihat dan memaklumkan kepada Tuanku bahawa beliau tidak lagi mempunyai sokongan majoriti. Berlandaskan kuasa yang temaktub dalam Undang-Undang Tubuh Negeri Perakdan kuasa serta hak baginda, Tuanku dengan itu telah mengisytiharkan Dr Zambry sebagai MB Baru.
Sebelum majlis angkat sumpah kerajaan baru BN di Perak, pihak pakatan pembangkang yang diterajui oleh DAP dan Anwar telah memanggil semua penyokong-penyokong mereka untuk membuat demonstrasi berhampiran istana. Maka ramailah orang-orang PAS berbaringan dijalanraya hanya untuk menyekat dan menggagalkan majlis tesebut. Ini juga merupkan suatu bentuk penderhakaan terhadap Sultan dan kali ini DAP boleh bertepuk tangan dan mendabil dada bahawa mereka telah berjaya membuat orang melayu yang mengaku dirinya pejuang Islam dapat dijadikan alat untuk menderhaka kepada Sultan. Kalau ditanya, DAP akan menjawab,; “Lihat, kini orang melayupun sudah boleh lawan Sultan. Kita orang tak buatpun macam tu’. Siapa yang diperalatkan dan terkena? Jawapannya PAS dan penyokong-penyokong fanatiknya. Siapa mereka ni? Orang Melayu dan Islam yang telah menderhaka kepada Sultan!
KEKALUTAN DI PERAK: LAMBANG PENDERHAKAAN PEMBANGKANG TERHADAP SULTAN DAN SIMBOL MEMPERMAINKAN UNDANG-UNDANG – Siri II
DIkirim oleh Sahabat MANTAP di Isnin, 18 Mei 2009
Oleh: Salza Hedra
PAS menyedari akan keadaan yang berlaku di Perak. Mereka juga tahu bahawa Nizar diperkudakan oleh DAP. Namun disebabkan Perak secara luarannya merupakan negeri ketiga selepas Kelantan dan Kedah di bawah PAS, maka mereka tetap mempertahankan kedudukan Nizar.
Tindakan Speaker Dewan Negeri, Sivakumar menggantung 6 orang ahli dewan termasuk Dr Zambry yang baru diangkat sebagai MB baru menggantikan Nizar menambahburukkan lagi suasana. Tak cukup dengan itu, Sivakumar dan Nizar bersama ahli dewan pakatan pembangkang telah mengadakan Sidang DUN mereka sendiri di bawah pokok sehingga mendapat gelaran Kerajaan Bawah Pokok atau Kerajaan Pasir Dua Butir/Pasir Berdengung.
Mahkamah menjadi medan bagi pakatan pembangkang untuk menuntut hak ke atas Perak dikembalikan kepada mereka. Karpal Singh the King nak bawa Sultan Perak ke mahkamah. Bagi beliau, Sultan harus dipersalahkan dan dihadapkan ke mahkamah. Sampai hari ni, kita masih menunggu lagi tindakan selanjutnya daripada Karpal kurang ajar ni. Menurut beliau, tindakan beliau tidak bersalahan kerana imuniti Raja/Sultan telah terhapus atas tindakan Tun Mahathir pada tahun 1993 membawa usul ini dan telah diluluskan oleh Parlimen.
Begitu juga, atas arahan DAP dan Anwar, Nizar dan Sivakumar juga telah membawa kancah politik Perak ke mahkamah. Nizar telah berjaya dalam tuntutannya di mahkamah Tinggi apabila beliau diputuskan mahkamah Tinggi masih kekal sebagai MB Perak yang sah. Sejurus selepas pengumuman tersebut, pakatan pembangkang memuji keputusan yang dibuat. Namun apabila Mahkamah Rayuan pada keesokkan harinya memutuskan bahawa keputusan mahkamah tinggi ditangguhkan sehingga selesai rayuan Dr Zambry, mereka mula menyatakan bahawa keputusan yang dibuat tidak betul dan macam-macam lagi.
Penulis ingin mengulas sedikit mengenai artikel siri I dan empat perenggan di atas (siri 2) yang penulis coretkan. Pakatan pembangkang yang telah mendapat hak ke atas kerajaan Perak melalui sistem demokrasi PRU 12 lalu sebenarnya telah gagal bukan sahaja untuk meyakinkan rakyat malahan tiga ADUN mereka sendiri. Penulis yakin apabila tindakan tiga ADUN mereka keluar dan menjadi Bebas adalah disebabkan mereka tidak lagi mempunyai keyakinan terhadap parti yang mereka wakili khususnya kepimpinan tertinggi parti. Dasar-dasar yang dilaksanakan oleh kepimpinan pakatan pembangkang telah mempercepatkan tindakan mereka kerana dasar tersebut jelas tidak melambangkan kehendak rakyat Perak yang sebenar. Dasar tersebut diyakini lebih berbentuk perkauman dan individualitik.
Pernulis bersetuju dengan keputusan yang dilaksanakan oleh DYMM Sultan Perak. Penulis yakin bahawa Sultan telah mempertimbangkan segala faktor dan telah meneliti setiap fakta. Setelah Nizar datang mengadap Baginda untuk membubarkan DUN dan mengadakan Pilihanraya Negeri yang baru, Baginda sedar bahawa Nizar sudah tidak mendapat sokongan majoriti dan tidak lagi mempunyai hak untuk menjadi MB. Namun Baginda Tuanku tidak terburu-buru mengambil tindakan. Baginda Tuanku memanggil kesemua ADUN BN dan 3 orang ADUN Bebas adalah utnuk mendengar maklum balas daripada mereka. Setelah Baginda berpuas hati, maka Tuanku telah melantik Dr Zambry sebagai MB baru menggantikan Nizar. Tuanku bukannya calang-calang Sultan. Baginda pernah menjadi Ketua Hakim Negara. Tambahan pula, Baginda mempunyai kelulusan Undang-Undang
Keputusan yang diambil Baginda Tuanku adalah berdasarkan peruntukkan yang terkandung dalam Undang-Undang Tubuh Negeri Perkara 16 (2) (a) dan 18 (2) (a) di mana Sultan hendaklah melantik seorang Menteri Besar daripada kalangan Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) yang pada pendapatnya akan mendapat kepercayaan sebilangan besar ADUN lain.
Berkaitan dengan pembubaran DUN pula, Sultan mempunyai hak untuk menolak permintaan trsebut kerana Mengikut Perkara 18 (2) (b), Sultan boleh bertindak menurut budi bicaranya untuk tidak mempersetujui permintaan bagi membubarkan DUN tersebut. Seperti yang termaktub dalam Perkara 7, Undang-Undang Tubuh Negeri Perak, Sultan akan bertindak adil terhadap rakyatnya berdasarkan undang-undang.
Maka, Baginda Sultan mempunyai kuasa untuk tidak mempersetujui pembubaran DUN. Apabila baginda tidak memperkenankan pembubaran itu, maka secara automatik, jawatan Menteri Besar dan jemaah exco akan digugurkan. Peraturan ini bertepatan dengan Perkara 16 (6).
Mengenai perkara Karpal Singh The King yang mahu membawa Baginda Sultan ke mahkamah atas alasan bahawa kuasa dan imuniti Raja dah terhapus semasa Tun membawa usul dan diluluskan Parlimen, penulis ingin membetulkan fakta tersebut. Tindakan Sultan adalah di bawah kuasa yang ditetapkan dalam Perundangan, maka keputusan atau tindakan tersebut adalah sah. Apa yang diluluskan semasa Tun adalah tindakan personal/tingkahlaku Sultan/kerabatnya sahaja. Tindakan Sultan Perak adalah dibawah peruntukkan yang tersedia ada dan untuk kepentingan rakyat dan negeri Perak.
Adalah malang apabila kuasa Sultan dicabar. Mengikut undang-undang Perak, Sultan mempunyai enam prerogative dalam Perkara 10 Bahagian ll yang jelas menunjukkan kuasa Sultan dalam isu penghormatan, keadilan, keampunan, agama, adat Melayu dan tanah. Kuasa Sultan jelas dan nyata serta sedia tertulis.
Di kesempatan ini penulis ingin memaklumkan bahawa kesungguhan pakatan pembangkang untuk memastikan mereka masih lagi kekal sebagai kerajaan di Perak adalah amat jelas sekali. PAS mahu kekalkan kerana mereka adalah Pemimpin tertinggi negeri tersebut dan Perak adalah negeri ketiga dibawah mereka. Manakala bagi PKR, ia adalah satu lagi saluran untuk memastikan hasrat Anwar jadi PM tercapai. Manakala bagi DAP pula, visi dan misi mereka untuk mendapatkan hak kuasa penuh dan menjalankan aspirasi mereka yang berbentuk perkauman dapat direalisasikan. Ketiga-tiga parti pembangkang walaupun dalam satu pakatan tetapi dalam konteks negeri Perak ini jelas membuktikan bahawa mereka masih lagi sebuah pakatan yang berorientasikan kepntingan terpisah masing-masing – bukan untuk rakyat Perak!
source : sahabatmantap.wordpress.com
No comments:
Post a Comment