NUFFNANG

Thursday, 7 May 2009

MENJAWAB TUDUHAN DR MUJAHID YUSUF RAWA

MENJAWAB TUDUHAN DR MUJAHID YUSUF RAWA

PADA lewat malam 6 Mei 2009, di Markaz PAS Kg Tengku Hussein, ahli Parlimen PAS Parit Buntar Dr Mujahid Yusuf Rawa, telah membuat beberapa tuduhan terhadap Kerajaan Barisan Nasional Perak serta beberapa tokoh perundangan negara.

Antara intipati ceramahnya adalah tindakan membawa keputusan speaker V. Sivakumar menggantung YAB Dato' Seri Dr Zambry Abd Kadir serta enam ahli exco kerajaan negeri ke mahkamah, hujah Peguam Negara Tan Sri Abdul Gani Patail serta "sarkas" yang akan terjadi di sidang DUN pada 7 Mei ini.

1. Menyamakan tindakan speaker DUN Perak V. Sivakumar menggantung Dr Zambry dan enam exco dari menghadiri sidang dengan tindakan speaker Dewan Rakyat Tan Sri Pandikar Amin menggantung ahli Parlimen Puchong Gobind Singh Deo. Kata Dr Mujahid jika Dr Zambry boleh membawa kes ini ke mahkamah, Gobind juga boleh mengambil tindakan yang sama.
Bezanya : Gobind membuat kesalahan menghina timbalan speaker di dalam Dewan Rakyat, tetapi Dr Zambry dituduh melakukan kesalahan bukan semasa dewan bersidang. Itu adalah beza utama kedua-dua senario. Adalah tidak adil bagi Dr Mujahid tidak menjelaskan keadaan sepenuhnya.

Bagaimanapun sebagai seorang rakyat, Gobind berhak membawa kesnya ke mahkamah seperti juga Dr Zambry dan enam exconya.

2. Menuduh Gani berhujah di mahkamah menyokong Dr Zambry dalam kes Dato Seri Ir Mohd Nizar Jamaluddin vs Dr Zambry. Tan Sri Gani dalam hujjahnya menyatakan bahawa Sultan Perak tidak memecat Nizar sebaliknya dilucutkan jawatan kerana kehilangan majoriti dalam DUN.

Sudah semestinya Gani berhujjah bagi pihak Dr Zambry, kerana Dr Zambry adalah Menteri Besar (the mentri besar of the day). Takkan dalam mahkamah, Gani berdiam diri kerana beliau bertindak bagi pihak Menteri Besar yang sah ketika ini. Dr Mujahid gagal menjelaskan kedudukan sebenar Gani.

3. Akan berlaku "sarkis" pada 7 Mei kerana terdapat dua menteri besar, dua speaker, dua setiausaha DUN dan perebutan kerusi dalam DUN.

Sebenarnya kes sarkis yang paling besar ialah sidang bawah pokok yang dilaksanakan oleh pakatan pembangkan pada 3hb Mac 2009. Tidak adalagi kes sarkis sebesar itu dan tidak ada yang lebih mengejutkan lebih besar dari senario ini. Tidak ada yang lebih pelik dan lebih memalukan dari memanggil sidang DUN tanpa kebenaran DYMM Sultan Perak dan mengadakan sidang di bawah pokok. Tidak pernah terjadi seperti ini kecuali di dalam cerita Laksamana Do Re Mi.

Sebenarnya juga tidak ada dua menteri besar kerana menteri besar yang sah buat masa ini adalah Dr Zambry. Nizar telah dilucutkan jawatannya dan selagi mahkamah tidak membuat keputusan yang sebaliknya, Dr Zambry masih lagi menteri besar.

Sebenarnya juga hanya ada satu speaker iaitu Sivakumar. Sebagai kerajaan yang patuh terhadap peraturan dan undang-undang buat masa ini, Barisan Nasional masih mengaku beliau adalah speaker.

Kedudukan Abdullah Antong sebagai setiausaha DUN masih lagi sah kerana beliau adalah penjawat awam di bawah kuasa Setiausaha Kerajaan Negeri. Buat masa ini, Dato' Abdul Rahman Hashim tidak pernah memecat Abdullah.

Dr Zambry telah berkali-kali menyebut Adun BN tidak akan mengamalkan akhlak yang rendah dan kebudak-budakkan untuk berebut kerusi. Kedudukan kerusi tidak penting tetapi asas demokrasi iaitu siapa majoriti dia adalah kerajaan akan menentukan suara di dalam DUN.

4. Dr Mujahid juga mengaku dan meramalkan Sivakumar tidak akan menerima usul untuk memecatnya.

Jika pakatan pembangkang benar-benar memegang konsep demokrasi dan keadilan mengapa harus tolak usul tanpa undian. Konsep asas demokrasi ialah majoriti memerintah dan ketika ini BN mempunyai majoriti. Berpeganglah kepada pegangan natural justice terima usul dan buat undian.

5. Bubarkan DUN dan pulangkan hak rakyat.

Mengapa apabila Dato Seri Anwar Ibrahim meramalkan pembentukan kerajaan pada 16 Sept 2008 dengan hasil pelompatan beberapa ahli parlime BN kononnya, mengapa konsep ini tidak dibangkitkan. Mengapa apabila ada DUN BN melompat ke pakatan rakyat tidak perlu pilihanraya, tetapi apabila berlaku sebaliknya heboh supaya diadakan pilihanraya. Mengapa harus ada double standard dan mengapa Dr Mujahid tidak persoalkan Anwar?

Mungkin Dr Mujahid boleh menjawap persoalan-persoalan ini.

No comments: