NUFFNANG

Tuesday 12 May 2009

Nizar menang sorak kampung tergadai

Nizar menang sorak kampung tergadai

Nizar bersorak girang apabila Mahkamah Tinggi putuskan pelantikan Zambry sebagai MB Perak tidak sah. Maknanya Nizar boleh kembali ke kediaman MB, ke pejabat MB di bangunan SUK dan dapat semula memandu Camry idaman.

Ya, Nizar bersorak, Nik Aziz bersorak, Anwar bersorak dan yang paling kuat bersorak sehingga berguling-guling sudah pastilah Ngeh dan Nga, dua tok dalang yang selama ini memegang tangan dan kaki Nizar dalam mentadbir negeri.

Dan dengan keputusan mahkamah itu bermakna surat perjanjian pemberian pajakan tanah kampung baru selama 999 tahun akan dapat dilaksanakan selepas terbantut dek perebutan kerusi MB dan selepas Zambry mendudukinya selama beberapa bulan ini.

Dan nampaknya keseronokan Nizar dan puak2 Pas boleh diibaratkan macam Pak Kadok. Mereka bersorak girang meraikan kemenangan tetapi tanpa disedari kampung mereka tergadai dek begitu taksub dengan keseronokan tersebut.

Keputusan mahkamah itu sudah pasti bukan sahaja kejayaan kepada Nizar yang akan menduduki kerusi MB semula selepas ini, tetapi juga kemenangan besar DAP di Perak kerana seluruh rakyat Perak tahu Nizar adalah MB Perak yang mewakili DAP dan bukannya Pas. Selepas ini puak2 DAP di Perak boleh merancang pelbagai rancangan yang memberi keuntungan kepada puak2 mereka.

Pun begitu, aku percaya Nizar tidak akan lama menjadi MB kerana mahu tidak mahu beliau terpaksa memilih sama ada membubarkan DUN Perak dengan segera ataupun berhadapan dengan undi tidak percaya dalam sidang DUN yang sudah pasti akan memberi kelebihan kepada BN+Bebas yang mempunyai 31 kerusi berbanding pakatan 29 kerusi.

Pagi nanti difahamkan Nizar akan menghadap Raja Nazrin untuk memaklumkan bahawa beliau kini MB Perak dan khabarnya meminta perkenan Raja Muda untuk membubarkan DUN bagi mengadakan pilihan raya negeri.

Ini kerana Nizar tidak mungkin dapat memerintah negeri Perak dengan selesa memandangkan PR telah kehilangan majoriti di Perak dan sudah pasti segala cadangan yang dibuat tidak akan memperoleh keputusan majoriti.

Mungkin mereka yang propembangkang akan menyatakan perkara tersebut mudah diselesaikan memandangkan Sivakumar telah menggantung ketujuh2 ADUN BN dari menghadiri sidang DUN dan menganggap 3 ADUN Bebas telah meletakkan jawatan.

Namun harus diingat pengesahan penggantungan 7 ADUN BN tersebut masih boleh dipertikaikan memandangkan keputusan sidang DUN bawah pokok tidak memperoleh keputusan majoriti dan status kesahannya juga boleh dipersoalkan.

Manakala bagi 3 ADUN Bebas itu pula, mahkamah telah memutuskan bahawa mereka masih sah sebagai wakil rakyat dan peletakan jawatan yang dibuat oleh PKR tidak sah.

Jadi, jika Nizar tidak membubarkan DUN beliau akan berhadapan dengan kemelut untuk mentadbir negeri dan perkara itu akan berterusan sehinggalah PRU-13 nanti.

sumber : mesintaipburuk.blogspot.com


No comments: